Jumaat, 31 Mei 2024

RESEPI AYAM GORENG


(Ala2 mamak)

BAHAN-BAHAN :

* 1 ekor ayam
* Bawang putih
* Halia
* 1 biji telor
* 1 sdb serbuk kari
* 5 sdb tepung jagung
* 3/4 cawan air sejuk
* Sedikit pewarna merah/oren (saya guna oren)
* Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1. Kisar bawang putih dan halia.

2. Campurkan dalam mangkuk, tepung jagung, serbuk kari, telur, pewarna, air sejuk dan garam secukup rasa. Masukkan bahan kisar tadi. Pastikan adunan tidak terlalu pekat/cair. Kalau cair, tambah tepung jagung lagi.

3. Perapkan ayam bersama adunan tadi dan dedaunan kari selama 30 minit.

4. Kemudian sedia untuk digoreng.

Kredit - Nor Hairiyah Hassim

Rempah Perapan Ayam Mamak :-
https://s.shopee.com.my/5AWKdL7OtP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan