28 Februari

TOK SHARIF ..membawa nama Kubur Sharif Mengabang Telipot, bandar Baharu Kuala Nerus...siapa dia Tok Sharif@ pahlawan Sharif??


0leh: Lanbayu @ Lanbayu seafood

 Kubur Sharif....Mengabang Telipot, kini ramai yang menghuni kawasan itu, terdapat banyak perumahan terbina, tidak lagi sepi seperti 30 atau 40 seperti dulu dulu.

2. Tapi ramai yang tidak tahu di situ terdapat kubur seorang pejuang digelar Pahlawan Sharif atau Tok Sharif , seorang yang dikenali amat kuat beribadat dan tiada henti berzikir kepada Allah semasa hayatnya

(Lanbayu Seafood..Pulau Duyong..jom singgah.makan makan, tempat yang indah damai)

3. Bahkan sebelum ini Lanbayu pernah coretkan mengenai persembahan drama pentas Pahlawan Sharif oleh Angkatan Muda Sepakat (AMS) Mengabang Telipot sekitar 1970/71/72

4.  Hanya kubur Almarhum sahaja terdapat di situ di depan Dewan Sivik Padang Nenas, di belakang kedai fotostat, Jalan Kg Baru Gong Dato'.
5. Dahulunya kawasan itu agak semak dan hutan kecil tetapi.kini semakin membangun, terutama bila wujudnya bandar Baharu Kuala Nerus tidak jauh dari situ.

6. Akan tetapi kini siapa peduli kubur itu, seperti menumpang di birai pembangunan. Perigi  yang ada di sekitarnya sudah lama ditimbus dan sudah tidak dapat dikesan lagi. Begitu juga pondoknya sudah tiada dan tidak tahu ke mana.

7. "Tetapi saya diamanahkan oleh arwah ayah untuk memastikan kubur ini tidak dimusnahkan' kata Badli Hassan ,65 tahun.
8. Badli yang dikenali Pok Awang adalah anak kepada Tok Hassan sahabat baik Tok Sharif sejak belum merdeka lagi.

9. Tok Sharif @ pahlawan Sharif dipercayai dari keturunan Raja terakhir Patani Tengku Abdul Kadir (Phrya Patani V) yang dipecat oleh kerajaan Siam.

10.Tok Sharif dari keturunan Raja Kerajaan Patani itu diancam bunuh oleh penentang keturunan raja itu bersama seorang anak perempuannya yang cantik yang mahu dirampas pihak yang berdendam akan keturunan raja Patani yang dipecat 1901.

11. Mungkin isteri dan keluarganya yang lain telah dibunuh, lalu YM Tok Sharif lari ke Kelantan hinggalah sampai ke Mengabang Telipot sekitar 1950 dan diterimabaik oleh penduduk tempatan bernama Hassan.

12. Penduduk tempatan tahu Tok Sharif ini seorang yang zuhud, sentiasa berzikir , begitu juga Hassan mengikut jejaknya. Dipercayai meninggal pada awal tahun ,1960an dan dikebumikan di kawasan pondoknya di situ. Manakala anak perempuannya yang meninggal terlebih awal dikebumikan tidak jauh dari situ di tempat bernama Wakaf Melintang.

13. Selepas itu ada berlaku khurafat zaman dulu dulu 60/70an  bilamana kubur Tok Sharif itu dipuja secara yang bercanggah dengan Islam. Ada juga yang datang menggantung pisang , buah buahan dan sebagainya, malah terdapat yang datang memohon nombor ekor.
14. Bagaimanapun Tok Hassan sentiasa mengawasi sehinggalah 1975 Tok Hassan meninggal dan dikebumikan di kubur Gong Pok Jin/Padang Nenas.
 Demikianlah Tok Sharif yang kuburnya masih ada di tepi rumah di kawasan tidak jauh dari bandar Baharu Kuala Nerus...
   Wallahualam..

Allahyarham Maarof Zakaria, pejuang ekonomi Melayu.


Siapa kenal pelakon kacak era 50 an dulu? Allahyarham Mustapha Maarof . Ini adalah ayah beliau yang di bunuh oleh gangster gangster  yang di dalangi PKM komunis.  Pemilik Bank Melayu pertama yang menggoncang ekonomi Tanah Melayu ketika itu yang dikuasai oleh British dan kongsi kongsi gelap pendatang Cina
Inilah Allahyarham Maarof Zakaria, pejuang ekonomi Melayu... Allahyarham tak sanggup melihat orang Melayu berhutang dengan ceti , maka ditubuhnya Bank Kebangsaan Melayu di Jalan Klang Lama dengan menjual tanah tanah milik keluarga beliau untuk mendapatkan modal permulaan

Allahyarham sedar, kekuatan politik tidak cukup membangunkan bangsa Melayu tanpa orang Melayu dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.

Pemikiran jauh dan tindakan Maarof yang juga seorang Lawyer  itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking milik kaum cina yang hanya memberi pinjaman kepada kaum cina tetapi tidak kepada kaum melayu. Kaum melayu di kena kan bunga yang amat tinggi apabila terpaksa meminjam dari ceti dan kongsi kongsi gelap. Dia di ugut dan di suruh menutup bank beliau oleh kongsi gelap , tetapi beliau tidak tunduk. Akibat nya beliau di ugut dan kongsi kongsi gelap ini telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta. 

Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong. 

Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.

bertapa dengkinya mereka sejak puluhan tahun yang lalu....kita adalah Bangsa Hebat. Mereka sebenarnya gentar kepada kita lebih lebih lagi bila kita bersatu.

24 Februari

Skim MySalam dibuka untuk golongan B40 dan M40 tahun lepas 2020.

Tapi golongan M40 tiba-tiba dipinggir tanpa penjelasan sejak bulan lepas?

Adakah golongan M40 kebal daripada dijangkit Covid atau tidak terkesan dari pandemik Covid?

Kos MySalam adalah RM400 juta setahun.

Tahun 2019, jumlah pampasan dibayar syarikat insurans Singapura yang mengendalikan skim MySalam cuma RM13.7 juta.

Tahun 2020, jumlah pampasan dibayar dianggar sekitar RM50 juta (termasuk RM35 juta untuk pampasan berkait Covid).

Masih ada ruang kewangan untuk membantu golongan M40.

Jadi, kenapa pula golongan M40 ini tiba-tiba dipinggir oleh Kementerian Kewangan kerajaan PN tanpa penjelasan?

TARIK BALIK DAN PERBETULKAN FAKTA SEJARAH TINGKATAN 4 YANG MENGAGUNGKAN KOMUNIS


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4 KSSM.
Perkara ini semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan memerintah bagi menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan secara halus menyuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila terdapat juga elemen memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang Komunis dan MPAJA (Rujuk muka surat 75 Buku Teks Sejarah Tingkatan 4).
Secara halus dan tersirat, Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan. 

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kementerian Pendidikan segera menarik balik buku-buku sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta-fakta yang cuba dimanipulasi bagi merubah sejarah negara. 
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

24 Februari 2021

#PemudaJurubicaraRakyat

KISAH ISTIMEWA DUA INSAN ..BAPA &.ANAK Dari KOLAM MENGABANG TELIPOT


Coretan : Lanbayu 
                 (Lanbayu Seafood , Pulau Duyong)

 Namanya Shukri bin Mat Nong. Lanbayu pergi menemuinya kerana diberitahu dia boleh bertutur dalam bahasa Vietnam walaupun tidaklah sepenuhnya tetapi boleh difahami.

 Umurnya lewat 40an. Dia berasal dari Kg Kolam Mengabang Telipot. Lanbayu pernah kenal arwah ayahnya Mat Nong dan.arwah ibunya Mek Ngah. Neneknya bernama Minah Pok Omar jiran Lanbayu masa di Kg Pengkalan Maras, Mg Telipot.

3. Dia boleh berbahasa Vietnam kerana pernah selama lebih dua tahun tinggal di Vietnam termasuk di bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi .

 4. Mengapa dia sampai ke sana...sebenarnya dia suatu ketika pernah menjadi nelayan bubu dan mengail di Laut China Selatan tetapi memasuki perairan Vietnam lalu ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam.

 5.  Selepas dibebaskan dia tidak balik dan terus bekerja di Vietnam hinggalah beberapa tahun lalu pulang ke tanahair dengan kerjasama kedutaan Malaysia di Vietnam. Beliau juga sering.diminta menjadi penterjemah kepada nelayan Vietnam di Terengganu bila diperlukan.

 6. Dia kini bekerja di sebuah pusat membasuh kenderaan di Kg Kolam Mengabang Telipot.

7. Pada ketika Lanbayu menceritakan kisah kedatangan pelarian Vietnam ke Malaysia/Terengganu, berlainan pula  kisah Shukri ini yang adalah sebaliknya.

8. Ayahnya Mat Nong juga tidak kurang hebat, bijak berpidato, boleh berbahasa Inggeris walaupun tidaklah terlalu fasih serta seorang Qari yang bagus memperdengarkan bacaan Al Quranul Karim.
9. Selain seorang ahli persilatan, Mat Nong juga mempunyai ilmu menjinakkan sejenis binatang yang tidak kurang buas, iaitu beruk.

 10. Pernah berlaku beruk milik seorang pemanjat kelapa terlepas di kampung pantai Pengkalan Maras..Mat Nong dipanggil untuk membantu menangkap semua binatang itu.

 Dengan mulut kumat kamit membaca sesuatu lalu ditangkapnya beruk itu, diiikat semula pada tali dan diserahkan semula kepada tuannya tanpa perlu membunuh binatang ganas itu.

 12. Di suatu peristiwa lain, terdapat seorang pemanjat kelapa yang sedang berusaha menumpulkan taring beruk miliknya, Mat Nong  datang membantu dengan memegang taring beruk itu dengan menggunakan kapur sirih,.arang dan getah betik. Lalu tiba tiba dalam tempoh sepuluh minit bahagian tajam taring beruk itu patah dengan mudah. Demikian hebatnya arwah Mat Nong ini yang juga turut mempunyai beruk untuk memetik buah kelapa. Tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang tukang guting yang mahir di Pantai Kolam suatu ketika dahulu sekitar awal 1980an.
 12. Walaupun terkait gelaran dirinya dengan binatang itu, tetapi sebenarnya kisah arwah dengan binatang itu amat positif dan menunjukkan keistimewaan yang dimiliki arwah Mat Nong.
   Semoga roh arwah Mat Nong dalam rahmat Allah & semoga Syukri sihat, mampu bekerja dan menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat.
   Wallahualam ...wsap Lanbayu 013 581 1561

23 Februari

Sejarah Batu Burok


Selalu dengar, pergi, melawat pantai batu buruk. Tapi tak pernah tengok batu buruknya tu kat mana?. 

Inilah Batu Buruk rupanya. Berada  tengah laut, sebelah kanan pantai. 
Dahulunya cerita orang lama-lama kalau air surut, boleh main bola sampai kat batu tu. Sekarang masih boleh dilihat kalau perhati betul-betul. 

📸 @mohd_tarmizi_mohd 

#batuburuk #terengganu #pantaibatuburuk #amazingterengganu

Warung D' Pantai, Terengganu

Mengabang di Kampung Tanjung Kapur, Batu Rakit (lebih ramai kenal kawasan ni sebagai Kg.Tanjung Batu Rakit atau nama panggilan mengabang kapal). Keindahan yang tak disedari sekitar kawasan pantai disini. 
Bayangkan sebuah perahu/sampan kayu menyusuri alur ngabang ini diiringi lagu klasik dan  angin bayu sepoi-sepoi bahasa. Secawan kopi termenung disini. Asyikkan ☺️🙏🏻
Yang biasa sebenarnya luarbiasa. 
☺️ With love from Terengganu.
📍 Warung D' Pantai
https://maps.app.goo.gl/5HEYdAGAJjfLhVRq8
📸 Amazing Terengganu

#amazingterengganu 
#pantaitimur #terengganu #baturakit #MalaysiaTrulyAsia 
#ExploreTerengganu #tourismterengganu 
#visitterengganu #terengganudaruliman #kualanerus