10 Mac

Kuala/Pelabuhan (pengkalan ).Maras di Pulau Jemaja Indonesia ..dan.Pengkalan Mara's di MENGABANGTELIPOT ?

Kuala/Pelabuhan (pengkalan ).Maras di Pulau Jemaja Indonesia ..dan.Pengkalan Mara's di MENGABANGTELIPOT ? 

Oleh : Lanbayu. @ Lanbayu seafood Pulau Duyong (013 581 1561)

ANTARA PENGKALAN MARAS DENGAN KUALA MARAS & BUKIT (HULU) MARAS DI JEMAJA

Pengkalan Mara's Mengabang Telipot, pada masa sama wujud Pengkalan (Pelabuhan) Kuala Maras yang terdapat di Jemaja Timur, Kepulauan Riau, Indonesia.
 2.Ada kemungkinan perkaitan kedua dua tempat ini, kampung Lanbayu Pengkalan Mara's, Mengabang Telipot Terenggganu dengan Maras di bawah provinsi Kepulauan Riau, Indonesia
    
3.Lanbayu fikir ia bukanklah mustahil sekiranya suatu masa dahulu terdapat juga orang kampung Lanbayu  (Pengkalan Maras) , khususnya berulang alik ke Kg Terengganu di Kuala Maras Riau kerana mengikut sejarah ulamak Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong sentiasa belayar ke Riau (Jemaja) menggunakan Perahu Besar Terengganu.
  Kalaulah benar, orang kampung Lanbayu suatu masa dulu..mungkin tahun 1800 atau awal 1900 belayar ke Jemaja dan.lain lain Kepulauan Riau,, bermakna ia adalah suatu sejarah yang hebat dan ada hubungan yang istimewa di antara Kg Pengkalan Maras dengan Kuala Maras
 di kepulauan Riau itu.
 4.Antara tempat yang banyak dihuni oleh orang-orang yang berasal dari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenal pasti adalah di Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. 
 Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernah dijelajahi dan menerima didikan daripada Haji Abdul Rahman Limbong.
5. Bahkan
Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Muhammad II Muazzam Shah (lahir 1823) ditabalkan sebagai Sultan Lingga pada tahun 1835 pernah datang berlindung di Terengganu di zaman Sultan Omar kerana dipecat dan.diburu.oleh penjajah Belanda.
Baginda telah berkuasa sepenuhnya setelah kemangkatan  pada 20 Julai 1841. Pada 7 Okober 1857 Baginda telah berselisih faham dengan pihak Belanda seterusnya dihalang dari berkuasa oleh pihak Belanda, lalu lari ke Pahang, Terengganu bahkan ke Siam.
6.Di Kuala Maras juga terdapat Hulu atau Bukit Mara's, iaitu tempat cantik dan mempunyai air terjun yang cantik
 Ada kemungkinan nama Pengkalan Maras ini mendapat pengaruh dari Maras.di.pulau.Jemaja itu kerana di zaman dahulu pelayaran orang Terengganu ke Kepulauan Riau adalah perkara biasa untuk tujuan perniagaan, pentadbiran (perhubungan Raja,) dan dakwah?
 Bahkan di sebelah Riau juga ada pantai Dungun, Pahang dan juga Pulau Duyong. Lanbayu pernah singgah di Pulau Duyong, di Kepulauan Riau. Begitu juga pakaian, bentuk bot/perahu, seni silat dan alatan muzik.seperti gendang.dan gong begitu banyak persamaannya. Persilatan dan gendang serta gong itu amat ada persamaan dengan kampung Mara's pula iaitu kalau di Jemaja di bahagian Ulu Maras.
7. Malah banyak makanan serta kuih muih sama antara Terengganu.dengan penduduk Mara's di pulau Jemaja khususnya dan Riau Indonesia amnya.
 8. Malah orang Riau dan Daik.Lingga juga ada kampungnya di Terengganu iaitu.Kg/Jalan Daik di dalam bandar Kuala Terengganu. Dan yang berketurunan Che Mat Riau juga terdapat di Kuala Terengganu.
   Wallahualam

09 Mac

Gambar2 di zaman 80an di Sekolah Rendah Kebangsaan Mengabang Telipot(SKMT) credit kepada cikgu Syed Azhan

Tiada dulu tiada sekarang. Gambar2 di zaman 80an di Sekolah Rendah Kebangsaan Mengabang Telipot(SKMT) credit kepada cikgu Syed Azhan yang kini tinggal di Kuala Kangsar Perak yang pernah mengajar di SKMT telah merakam dan masih menyimpan gambar2 ini. Semoga menjadi kenangan & Selamat tahun baru 2019 untuk semua warga Mengabang Telipot!

CERITA YANG AMAT PANJANG UNTUK DI AMATI BAGI WARGA 60AN 70AN 80AN..KENANGAN YANG SANGAT BERMAKNA,SEKOLAH KEBANGSAAN MENGABANG TELIPOT YANG MELAHIRKAN RAMAI CENDIAKAWAN²,TOKOH² DAN SEBAGAINYA

Oleh: Lanbayu Seafood,.Pulau Duyong 
(WhatsApp: 013 581 1561) atau 018 910 8039 

Kenangan waktu di bangku sekolah adalah sesuatu yang indah untuk dikenangkan, biarpun telah lama berlalu.
   Bersamanya juga hadirlah ingatan terhadap guru guru dan rakan sesekolah atau sekelas. Waktu persekolahan keakraban persahabatan tidak dibatasi status, taraf dan kedudukan, boleh dikatakan semua sama, cuma ada kelas yang cerdik dan kurang cerdik- namun tidak pernah memisahkan persahabatan atau orang Terengganu sebut 'saing'.
2. Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot sebuah sekolah yang lama wujud sejak sebelum negara merdeka lagi iatu sekitar awal 1940an,  beberapa tahun selepas wujud SK Batu Rakit yang dibuka pada 1939.

 3. Bahkan menurut arwah ayah Lanbayu, arwah Hj Abdul Rahman (Pok Man) yang sempat bersekolah di awal kewujudannya berkata hanya sekolah bangsal dan duduk di atas batang kelapa sebagai kerusi. Malah sewaktu kemasukan Jepun ke Tanah Melayu, mereka diajar bahasa Jepun.

 Sudah pasti waktu ini pembelajaran tidaklah bersistematik, namun bolehlah menulis, membaca dan mengira, itupun sudah dikira baik. Arwah ayah Lanbayu lahir 1927. 
  Kalau generasi kemudian sikit adalah penggunaan papan selit yang pasti menggamit kenangan..generasi baru bolehlah ke muzium, kalau hendak kenal apa itu 'papan selit'.
4. Alhamdulillah cikgu yang masih ada yang mengajar di Sek Mg Telipot ialah Cikgu (Dato' Wan Ibrahim Othman- bekas Adun Batu Rakit). 
 Cikgu Wan Ibrahim yang berasal dari Kg Banggol, dalam bandar Kuala Terengganu, selepas sahaja tamat di SITC Tanjung Malim, terus ditugaskan mengajar di SK Mg Telipot tahun 1948. Beliau kini telah berusia 96 tahun, masa mula datang mengajar dulu pertengahan usia 20an. Murid murid dia yang masih ada telah berusia 70an, antara yang diingati ialah Hj Abdul Karim (ayah YB Hishamuddin- Adun Tepoh)h
 5. Salah seorang Cikgu yang mengajar di sekolah ini di awal penubuhan awal 1940an dikenali cikgu Mohamad adalah pemimpin Persatuan Melayu Mengabang Telipot- bangunan persatuan itu dulu terletak di Pantai Kg Kolam Mengabang Telipot. Masa dahulu Persatuan Melayu ini begitu berpengaruh dalam hal kemasyarakatan di awal 1940an, termasuk di Mg Telipot. Cikgu Mohamad juga dikatakan berasal dari bandar Kuala Terengganu yang lebih awal sedikit dari Cg Wan Ibrahim Othman mengajar di Sekolah Mg Telipot iaitu di.awal.awal penubuhan.
6. Era kemajuan sekolah Mg Telipot dimulakan sepanjang Cikgu Wan Ibrahim lepasan SITC (seangkatan Allahyarham Tun Ghafar Baba) menjadi Guru Besar dalam tempoh masa yang panjang. Cikgu cikgu yang di bawahnya disahabati dengan baik, mesra tetapi tegas. Tahun tahun selepas merdeka, bangunan bangunan sekolah dibina dengan lebih baik, tetapi bangunan kayu seperti rumah panjang, ada yang bertiang berlantai kayu dan ada yang berlantai simen. Namun bangunan seperti bangsal tanpa dinding masih dikekalkan untuk menampung kelas/murid dari darjah 1 - 6.
7. Lanbayu masih ingat di  masa darjah satu kelas kami di bangunan kayu, bertiang, kalau tidak silap ada empat kelas yang hanya dipisahkan oleh pendinding mudah alih. Boleh kedengaran jelas suasana kelas sebelah tetapi tidak terasa terganggu kerana sudah terbiasa. Antara guru kami yang mengajar ABC dan menulis dengan tulisan cantik (buku tulis tiga baris) ialah arwah Cikgu Mat Hassan@ Kamarun dan juga  arwah  Ciksu yang agak cantik orangnya,  orang kampung Kolam/Banggol Mg Telipot yang difahamkan selepas itu bertukar ke SK Pulau Redang. Teringat arwah Cikgu Kamarun selalu guna minyak angin cap kapak, bahkan semasa darjah enam pun arwah masih mengajar lagi Lanbayu ean rakan rakan sebaya.
8. Selepas bersara pun se belum beliau meninggal dunia, Lanbayu sempat bersahabat baik dengan arwah Cikgu Kamarun di arena politik dan kemasyarakatan. Beliau ada membuka  peniagaan  petrol di Jalan Mengabang Telong, sebelum meninggal. Semoga roh cikgu Mat Hassan yang berjasa mendidik kami dan mengajar kami mengenal ABC,  dicucuri rahmat Allah SWT (dulu tidak ada Tadika, terus masuk darjah satu, guru darjah satulah ibarat guru tadika  bagi kami)
9. Seorang guru Lanbayu yang mengajar semasa darjah dua ialah sekitar awal 1970an ialah Cikgu Shamsuddin. Kelas kami  berdinding separuh sahaja waktu itu di kawasan selatan sekolah bersebelahan Kg Awang Lib. Banyak pokok temesu di depannya dan terdapat telaga sekolah dan pam air. Kelakarnya bila hujan, tempiasnya masuk ke kelas, tetapi itulah kenangan indah. 
 Cikgu Shamsudin Lanbayu ingat waktu itu memiliki 'lambretta' sejenis kenderaan bermotor.yang popular waktu itu. Alhamdulilah Lanbayu beberapa tahun lalu bertemu dengannya dalam satu majlis di Stadium Tertutup Gong Badak (lihat gambar)
 10. Semasa sekolah dulu kita murid takut kepada guru, bahkan kepada 'tukang kebun' pun kita takut antaranya Arwah Dolloh Tukang Kebun yang agak tegas kepada kami agar tidak membuang sampah merata.
: 11. Apabila murid bertambah dengan bangunan kelas tidak banyak, maka dibahagikan kepada dua iaitu SKMT 1 dan SKMT 2.
 12. Dulu sekolah tidaklah rigid sangat, kadang kadang persembahan silap mata boleh masuk ke sekolah, kami sempat melihat pertunjukan silap.mata ala 'david copper field' potong pisang kulit tak rosak, curah air dalam kertas terus hilang tak berbekas, bahkan potong badan macam putus dan sebagainya.
 Begitu juga apabila pertarungan tinju Mat Ali lawan Joe Burgner 1974 kami murid murid bersama guru dibenar melihat, masa itu TV baru  ada di kampung kami Mg Telipot (hitam putih)
 13. Kami digalakkan menyimpan duit melalui perkhdmatan pos, dengan cara membeli setem 5 atau 10 sen dan menampal, bila cukup jumlah seringgit /lima.ringit atau sepuluh ringgit  boleh dimasukkan dalam buku simpanan semasa van/kerani  pos datang  ke sekolah seminggu sekali.
  Yang paling seronok van/lori milo datang ke sekolah, berbarislah kami  untuk.menikmati milo sejuk dalam gelas kertas. Wow sungguh enak, bukan selalu dapat minum milo, biasa di rumah minum tea o atau kopi o  panas sahaja, belum ada 'peti sejuk' pun.

 14. Sajak Allahyarham Cikgu T.Alias Taib tentang sekolah ini menceritkan suasana murid yang rata rata datang dari keluarga nelayan Mg Telipot yang agak susah (miskin). Arwah yang kami panggil Cikgu Tat ini mengajar Lanbayu semasa darjah empat, suaranaya kuat dan mengajar pula subjel Bahasa Inggeris, sesuatu yang sukar bagi kami murid kampung yang hanya pandai loghat Terengganu. Tidak tahupun arwah seorang penyair tersohor dan ternama kerana penggunaan metafora yang hebat, sehinggalah Lanbayu tingkatan empat di sekolah menengah Maras (Tengku Mizan sekarang) mempelajari  puisinya yang diantologikan berjudul 'Di Penjuru Matamu' sebuah puisi pendek tetap mengesankan.
 15. Berbalik kepada SKMT,  selepas pembahagian 1 dan 2 , sesi pagi diketuai oleh Cikgu Wan Ibrahim Othman (Guru Besar), manakala sebelah p petang Mg Telipot 2 diketuai guru besar arwah Cikgu  Hj Wan Ahmad. Namun selepas itu hanya menjadi satu sessi semula dengan pertambahan bangunan kelas di bawah pimpinan Guru Besar bernama Wan Ibrahim juga, iaitu Wan Ibrahim bin Yusof yang agak tegas, kreatif dan banyak idea idea baru. Semasa beliau menjadi Guru Besar Lanbayu telah menduduki darjah enam, guru kelas, nama Wan Ibrahim juga, arwah Wan Ibrahim Hassan, orangnya tegas, agak garang, murid murid agak takut. Dengan Lanbayu dan arwah Raja Muzaffar ketua kelas kami dia baik kerana kami selalu berpakaian kemas dan kasut putih bersih (berkapur) serta rambut disikat rapi, kebetulan emak Lanbayu amat cakna dalam menjaga kebersihan pakaian sekolah Lanbayu. "Terima kasih emakku tersayang' yang kini telah berusia 88 tahun.
 16. Arwah Cikgu Wan Ibrahim juga mengajar kami Bahasa Inggeris,.darjah 6A dan merupakan guru pengakap yang kuat ber itpegang kepada disiplin Baden Powell, bahkan semasa di sekolah menengah arwah masih membimbing kami dalam pasukan beruniform pengakap.
 17. Semasa darjah enam ini juga kami dipertemukan oleh seorang guru yang banyak memberi motivasi di samping seni budaya iaitu Wan Thuwaibah Ghazali . Kami diberi kesedaran tujuan ke sekolah dan pentingnya ilmu dan ketrampilan diri. Lanbayu menjadi pengawas sekolah waktu itu, bertali leher merah. Diajarnya juga kami menyanyi lagu 'Seroja', berlakon drama, bersajak dan sebagainya
 Pernah di bawa kami menyertai pertandingan drama sekolah rendah di Dewan besar SM Vokasional 1974, Wakaf Temesu masa itu sekolah itu baru siap dan jalan utama di hadapannya penuh semak samun lagi.
 Wan Thuwaibah juga menguruskan lawatan sekolah kami ke Kuantan Pahang, melawat stelit bumi di Besar, Pasar Besar Kuantan, kilang ubikayu dan berkelah di Teluk Cempedak yang masih kekal keasliannya pada waktu itu. Bayangkan kami yang tidak pernah ke luar Terengganu, bagai rusa masuk kampung jadinya..terima kasih cikgu Wan Thuwaibah yang kemudiannya menjadi penyiar (DJ) terkemuka radio (RTM). Lanbayu bersahabat sampai sekarang dengannya apabila kerjaya sama (pengamal media dan penggiat sastera) walaupun beliau telah bersara, yang khidmat terakhir beliau ,di RTM Pahang.
 Bahkan kami beberapa tahun lepas datang melawat sekolah dan bangunan kelas 6A yang masih ada di SKMT.

 18. Di bawah era GB Wan Ibrahim Yusof, SKMT terus maju, bukan sahaja akademik, malah sukan olahraga serta pasukan beruniform. Bahkan murid murid yang cergas sukan, di hantar memasuki sekolah.menengah cemerlang seperti Sek Sultan Sulaiman, antaranya termasuk Habsah Jusoh, Pei Koon (anak cina 'Tokor') difahamkan telah memeluk Islam,  Normala Cikgu Omar dan lain lain. Ini kerana kejayaan mereka dalam sukan Sekolah Sekolah Terengganu ,(MSST).waktu itu.

 19. Sukan adalah sebahagian ko kurikulum yang diberi tumpuan sejak dahulu lagi. Dulu murid murid di bahagikan dalam sukan ikut warna. Lanbayu 'rumah merah'. Dulu tidak ada ' tracksuit ' macam sekarang. Pakaian sekolah pun tak berapa mampu dulu, pakaian sukan memanglah sekadar seluar pinggang getah pendek sahaja bewarna putih dan ada 'line" ikut warna rumah sukan yang kita sertai atau cikgu kelas yang tentukan.

 20. Lanbayu sebut tadi sebagaimana digambarkan dalam.sajak T Alias bahawa kebanyakan murid adalah dari keluarga nelayan, kecuali yang berada sikit ialah anak anak cikgu  Lebih banyak pakai selipar dari kasut, malah ada yang berkaki ayam ke sekolah . Kasut jenama 'bata' kira hebatlah,  walaupun 'bertahi sawa' kerana tidak.dibasuh, kebanyakan kasut getah yang hingga pecah kulit kaki dengan istilah 'dimakan kasut' .
 21. Yuran sekolah walaupun tiga ringgit ramai yang tidak jelas bayaran. Yelah guna pun beg plastik beriklan  'ajinomoto' , bekal air teh o dalam bekas botol kicap atau botol souce tomato, bekal nasi dalam 'tenong', itulah imej pelajar anak nelayan waktu itu. Pelajar dari golongan berada guna beg galas kain tebal atau beg kotak ala briefcase. Aduhai sungguh indah dikenangkan walaupun sesekali pilu rasa hati. Kantin pun ada, tetapi wang tak cukup hendak membeli...dulu pernah pihak sekolah keluarkan kupon untuk membeli di kantin...tea 0 lima sen sahaja segelas..era 1970an...Teringat arwah Pok Gembor..roti canainya kalau tidak silap 10 sen sahaja sebiji....arwah lama dapat menjual di kantin sekolah Mg Telipot..
Kadang kadang berbelanja di kedai arwah Che Musa di luar pagar sekolah, kebetulan Ramli anaknya kawan sekelas, rojak betik dan air 'lamnik' (20. sen) menjadi kegemaran.

 Melukis pun guna warna debu campur air kongsi ramai ramai. Bawa selut liat (konon plastesin') ambil dari anak sungai (Mengabang) Tanjung Gelam, baunya tahu ajalah. Atau ambil batang pelepah pisang untuk ditekat pada kertas lukisan. Itulah lukisan dan kemahiran tangan yang kami diajar.

 22. Apapun Alhamdulilah, ramai murid murid sekolah yang berjaya. Berjaya mereka tidak syak lagi atas asuhan guru guru, bermulanya di sekolah inilah sebelum akhirnya terkenal menjadi pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, ahli politik, peguam, ahli perniagaan, akauntan, pemimpin syarikat dan korporat dan berbagai lagi.

 23. Guru guru yang masih ada walaupun di penghujung usia mereka jangan dilupai,.kita pun sudah berusia, mereka lagilah amat berusia. 
   Masihkah kita ingat Cikgu Man (kita panggil dia dengan jolokan Cikgu Man Hacks),.isterinya Cikgu Hazami Embong (lihat gambar),. Cikgu Ismail Hitam (Banggul Pauh),.Cikgu Hamzah.(Mg Telipot). Shamsuddin.(ada di Kg Gong Dato'), hj Talib Salleh Pg Maras (uzur),
YM Cg Syed Muhamad Idrus (ada di Jln Gong Badak dekat Taman Bakti)  tidak lupa Cikgu Wan Ibrahim.Othman ...semuanya masih ada...itu era Lanbayu dan seangkatan atau terdahulu lagi...
   Kalau ada maklumat senaraikanlah....mari kita cari/kesan di.mana mereka,  kunjungi mereka...ucap terima kasih kepada mereka yang kini sudah bercicit pun ...

 24. Bayangkan betapa gembiranya mereka bila dapat menemui kembali murid murid yang pernah diajar,walaupun mungkin ingatan dan fikiran mereka tidak secergas dahulu lagi atas faktor usia. Yang dah pergi..doakan semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh roh mereka ..

 25. Lanbayu hentikan setekat ini dulu...biarlah gambar gambar yang disertakan bercerita....
 Mana mana yang hendak respon, tambah info teruatama generasi pelajar SKMT 1980an/1990an..yang tidak Lanbayu coretkan kisah kisah ..bolehlah bagi respon dan tambahkan ceretan di bahagian komen ya.
    Salah silap Lanbayu pohon maaf...
  Sekolah ibarat ibarat rumah kedua kita dahulunya..dan guru adalah ibubapa kedua kita, yang menjadi lilin menerangi kita...atau ibarat mentari yang sentiasa memancar sinar, terangnya sampai kini...
 Wallahualam...
Kunjungi lah Lanbayu di Duyong untuk bernostalgia kisah kisah masa lalu...WhatsApp.013 581 1561 kalau nak singgah ye..

Hishamuddin Abdul Karim
Wan Thuwaibah Ghazali
Dadan Satia
Najib Trg Norzanita
Zakaria Ibrahim
Kartini Yusof
Mohd Azdey Alias

Corat coret nostalgia sekolah Keb Mg TelipotMasihkah Kau Ingat.. TUKANG KEBUN INI?

Oleh lanbayu 

 Dulu waktu kita sekolah di SKMT wajah ini amat sinomim sekali.
  2. Biarpun dia bukan guru, bukan sesiapa tetapi uniform bewarna cokelat tetap menggamit kenangan persekolahan.

 3. Malah kita tetap menganggap dia dan rakan rakannya yang lain sebagai sebahagian orang penting sekolah.

4. Bahkan dia juga bagaikan guru yang juga menjaga kita pelajar, memesrai kita, sentiasa senyum dan boleh bersembang sembang mesra.
 5.  Itulah 'tukang kebun' sekolah kita SK Mengabang Telipot 1973 - 2004

6. Namanya Salleh bin Embong atau 'PokLeh Tukang Kebun' sekolah Kita, berasal dari Kg Tanjung Gelam

7. Mula mendapat tawaran bertugas sewaktu usianya 25 tahun. Sebelumnya Pokleh sejak umur 16 lagi.menjadi nelayan..bila.masuk umur 19  jadi tekong bot pukat tunda di bawah Syarikat Nelayan Pantai Timur (1967 - 1972) ..hebat Pokleh banyak pengalaman sebelum jadi tukang kebun sekolah lagi.

8. Rakan rakan sekerjanya dulu di SKMT termasuklah arwah Pokloh, Arwah Pok Awang dan Pok Tawang.

9. Bagaimana Pokleh dapat kerja tukang kebun'? Dia beritahu dengan sijil tamat sekolah darjah enam dia mendaftar dengan Jabatan tenaga rakyat (pejabat buruh) Terengganu.

10. Tahun 1973 dipanggil temuduga di Pejabat Pelajaran dan berjaya  lalu ditempatkan di sekolah Mengabang Telipot ...itu permulaan kerjayanya

11. Waktu itu SKMT di bawah pimpinan Cikgu Wan Ibrahim Yusof yang kreatif..maka Pokleh pun turut menjadi tukang kebun kreatif dengan pelbagai tugas di belakang tabir

12. Bukan hanya siram pokok bunga atau menyapu, tetapi bertukang membina pentas, membina bilik mesyuarat yang lengkap dengan papan maklumat berlapis, membina bilik tayangan dan sebagainya.

13. Dulu kita kerja sungguh..tak main main, kadang kadang tak balik rumah nak siapkan sesuatu projek sekolah. Guna pula alatan 'manual' sekarang banyak guna mesin
"Tak ada bayaran OT sangat dulu, tapi makan minum bolehlah dibayar pihak sekolah masa kita tidak balik itu' jelas Pokleh .

 14. Banyak kejayaan kejayaan SKMT hingga ke peringkat bartaraf dunia...di belakangnya yang mengolah sama kejayaan itu adalah tukang kebun atau pekerja am yang dikenali Pokleh ini.

15. Lanbayu temuinya kelmarin di pantai Pengkalan Maras, usianya kini 73 tahun..masih sihat tetapi hidup bersama anak anak kerana surinya sudah tiada lagi...semoga Pokleh tabah

16. 'Memang saya amat terkenang sekolah Keb Mg Telipot, 31 tahun berturut turut tanpa bertukar bersama SKMT, selepas 17 tahun bersara rasa ingin melawat tempat tempat yang pernah saya turut terlibat membinanya, tetapi saya segan, sebab mungkin pihak sekolah yang baru sudah tidak kenali saya lagi, ' ujar Pokleh kepada Lanbayu.

17. Apapun kita mendoakan Pokleh terus diberikan kesihatan yang baik dan diberkati hidup dan usianya...Lanbayu hanya sekadar pencoret kenangan Mengabang Telipot. Wallahualam 

( Kalau sudi singgah singgahlah jumpa  Lanbayu ...bernostalgia sambil nikmati selera di meja Lanbayu.
 (MINI BBQ VIRAL 
.,...santai santai bakar sendiri dengan kekawan atau keluarga hanya di atas meja sendiri, bakar guna arang aroma
Suatu inovasi baru Lanbayu...mini BBQ di atas meja pelanggan...pelanggan sendiri santai bakar bakar ikan, sotong, undang, ayam, daging, kambing dll..dengan rempah dan air asam percuma...nasi & masakan panas (sup, tonyam dll )boleh order jika ingin menambah lauk.
Tempatnya pula selesa di birai kuala, udaranya bersih segar serta mata bebas melihat bandar Kuala Terengganu indah bergemerlapan dari pulau Duyong. Lain lain..steamboat, ikan/sotong/udang celup tepung pun ada serta istimewa nasi goreng Lanbayu pun ada)

'NIKMATI SELERA DIIRINGi BISIKAN BAYU'
Buka 5 petang - 12 malam
Jom bila lagi...WhatsApp Lanbayu  013 581 1561)

Lagi lelaki MG TELIPOT menghampiri 100 tahun..berjalan kaki/bertongkat hampir tiap hari di Jalan Pantai Kolam- Pengkalan Maras


Oleh : Lanbayu 
  (Lanbayu Seafood Pulau Duyong..013 581 1561,  WhatsApp)

 Selalu kelihatan berjalan jalan dalam keadaan yang agak sukar, menggunakan tongkat. Berjalan pula bukan dekat, tetapi dari Kolam hingga ke Pengkalan Maras, kadang kadang sampai ke sempadan pantai Pengkalan Maras- Mengabang Telong. Wajah seperti garang, tetapi ternyata orangnya baik dan mesra sekali bila didekati.

2.  Siapakah lelaki yang telah berusia itu? Mengapa dia sanggup berjalan begitu jauh di birai jalan raya yang mungkin merbahayakannya.

3. Orang kenali dia sebagai 'Pok Wei', dulu pernah bekerja menjual ikan @ tok peraih ikan.

4. Lanbayu ambil kesempatan menemuinya di kedai kopi Jantan di pantai Pengkalan Maras, tempat kesukaan hariannya untuk minum dan damaikan jiwa di usia yang sudah menghampiri angka 100 tahun.

5. Pok Wei, pada usia hampir 95 tahun itu masih menggagahkan diri keluar dari rumah berjalan kaki kerana 'kesepian' bersendiri tanpa isteri dan anak anak di sisi.

6.Di zaman muda dulu pernah menjadi nelayan hingga ke Mersing, tetapi tidak lama di Mersing, 1967/69 sahaja sekadar pergi menemui ayahnya bernama Muda yang berada di sana kerana ayahnya buat kali kedua berkahwin dengan wanita Endau setelah berhijrah dari Mengabang Telipot.

7. Pokwei kemudian balik ke Mengabang Telipot, menjadi nelayan tangkul, termasuk antaranya tangkul Poklib.

8. Selepas itu katanya, buat ikan kering dan jual ikan kering,.kecil.kecilan.
9.  Selepas itu, mendapat pertolongan dari jirannya dikenali sebagai 'Pokloh Dayang' yang juga usahawan ikan kering untuk memulakan hidup sebagai 'tok peraih ikan' . Katanya, Pokloh Dayang memberikannya sebuah basikal besar lama, dibaiki dan sedikit modal awal.

10. Guna basikal tidak boleh pergi jauh, paling jauh ke Kubang Badak sahaja, lalu berusaha membeli sebuah motosikal untuk menjaja ikan kampung ke kampung

12. "Dengan motosikal Pokwei pergi jual ikan sampai ke Tepoh dan Gemuroh" katanya mengenang zaman zaman bertenaga .pada suatu ketika kemalangan di Jalan Gelong Maras, menyebabkan kakinya patah, beritahunya.

13. Biasanya beli ikan dengan nelayan kolek, tetapi yang biasa dia dapatkan bekalan ikan ialah dari Pektam Mamat Pokyok di Pengkalan Maras, beritahunya.

14. Sekarang hidupnya sepi sendiri, isteri sudah lama meninggal..anak anak jauh di Kuantan dan Kerteh.
 
15. Lelaki tua ini dalam kesedihan dan kesepian akan terus berjalan dan berjalan setiap hari mencari.damai di hati...berjalan dan terus berjalan..biarpun letih dan memenatkan..

 Semoga Allah merahmatinya..siapa yang hendak derma untuk lelaki bertongkat di tepi jalan raya pantai Kolam- Pengkalan Maras ini amatlah dialukan alukan. Wallahualam
Jom jumpa Lanbayu malam ini di Duyong bertukar tukar kisah....Lanbayu seafood..steamboat...mini bbq , ikan bakar dsb.

28 Februari

Datin Norhana kunjungi warga emas berusia menghampiri 100 tahun , 'Pokda Bbarat'

1.Kisah yang Lanbayu paparkan mengenai insan istimewa bekas seniman dikir barat era sebelum merdeka lagi iaitu Pokda Barat' mendapat perhatian Persatuan Darul Fitrah Terengganu, pimpinan Datin Norhana Ng Abdullah yang kebetulan tinggal di Mengabang TELIPOT ( Pengkalan Maras)

2. Datin Norhana tiba ke rumah Pok.Da yang berusia menghampiri 100 tahun di Kg Tanjung Gelam kira.kira jam 6 petang.

3. Beliau menemui sendiri.Pak.Da dan.menghadiahkan sedikit saguhati berupa barangan tanda ingatan kepada Pokda, turut dihadiri sama anak anak Pok Da.

4. Sambil mendoakan agar Pakda diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT, Datin Norhana yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Terengganu dan Naib Presiden peringkat Malaysia, menyifatkan Pokda seorang insan terpilih kurniaan Allah yang panjang usianya.

5. Datin Norhana berharap' Pokda menjaga kesihatan, kebersihan dan cukup tidur agar lebih selesa di usia emas itu.
6. Anak anak Pokda mengucap terima kasih kepada Persatuan Darul Fitrah Terengganu, khusus Pengerusinya Datin Norhana atas kesudian menemui orang tua , iaitu ayahnya itu, orang kampung, bekas nelayan sejak berzaman. -