09 April

Pak Mat Api


Orang kampung dan kawan-kawan di sini kenal dia sebagai Pak Mat Api.

Dahulu pernah menjadi Ketua Cawangan Temai Tengah.

Tahun ini sudah mencapai usia 89 tahun.

Namun hati dan jiwanya tetap bersama parti kita.

Keprihatinan tetap wujud terhadap pembangunan dan kebajikan luar bandar.

Akar umbi kita tidak lupa akan perjuangan parti, tidak pernah tinggalkan kami.

Malah sehingga hari ini tetap menyumbang kepada parti.

Saya kenal. Saya ingat. Saya hargai.

Mereka akar umbi adalah kekuatan UMNO.

Semoga sentiasa diberkati Allah SWT.

Coretan Facebook Page Rasmi,
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

Graduan Perlu Bersyukur Terima Gaji Rendah Dari Kadar Gaji Minima


Disebalik kontroversi graduan perlu bersyukur walaupun gaji rendah di bawah gaji minima. kadar pengangguran belia naik sekali lagi pada bulan Februari 2021 mengikut laporan terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia.

Februari 2021 (terbaru): Kadar pengangguran belia naik lagi 0.4% (52.4 ribu orang) kepada 13.9% (347.6 ribu orang).

Januari 2021:  Naik 0.3% ke 13.5%

Disember 2020: Naik 0.2% ke 13.2%

Naik 0.2% bulan Disember, naik 0.3% bulan Januari dan naik 0.4% bulan Februari.

Trend kadar pengangguran belia yang semakin naik dan juga kadar kenaikan yang semakin besar ini amat membimbangkan.

Kita perlu tahu bahawa hampir 400,000 graduan baru masuk ke pasaran buruh tiap-tiap tahun.

Adakah kerajaan masih akan suruh mereka bersyukur apabila mereka tak dapat cari kerja atau hanya dapat pekerjaan dengan gaji di bawah gaji minima RM1,200?

Ke mana perginya penguatkuasaan gaji minima yang ditetapkan kerajaan?

Coretan Facebook Page Rasmi,
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

KEDAI KOPI POK ID Wakaf Tengah (depan MRSM) kedai lagend yang masih ada di Mengabang Telipot lebih 50 tahun bertahan!


Coretan: Lanbayu 

Marin Lanbayu minum pagi di kedai 'lagend' arwah Pok Id Wakaf Tengah, depan MRSM

2.  Mungkin ramai di kalangan ahli GAMT  belum lahir tetapi kedai kopi ini telah wujud sekitar  awal 1970an tetapi Alhamdulillah kekal  hingga kini.
 3.  Arwah Pok Id sebenarnya pok saudara Lanbayu sebelah ayah di mana arwah merupakan adik arwah Pok Man Robeah Kalan Mara's, ayah Lanbayu.

4. Adik beradik Pok Id yang lain termasuk Pok Ngoh Lib Juselam (Tokki YB Us Hishamuddin A Karim), Pok Li Tukang Gunting zaman dulu pantai Kolam, arwah Pok Loh dan Pok Ud (Daud) Gong Awang Lib,  jual ikan zaman dulu. Hanya seorang adik beradik mereka yang perempuan iaitu Mok Cik Mek Pok Nik (emak Naemah Talib) sebab Naemah anak arwoh Pok Lib dipelihara oleh arwah Mokcik Mek.

5.Pok Id asalnya kelaut tangkul dengan abangnya Pok Lib, tetapi mencuba untuk berniaga selepas itu di Wakaf Tengah yang masih sunyi di tahun 1970,.maksudnya tidak ramai penduduk seperti hari ini, berbanding kawasan pantai Mg Telipot.

6. Zaman dulu memang begitu penempatan yang padat dan meriah ialah di kawasan pantai sebab di sana kawasan bekerja (nelayan, perusahaan ikan kering, belacan dsb berkaitan).

7. Alhamdulillah percubaan arwah Pok Id berjaya berikutan ada pembinaan MRSM di Jalan Wakaf Tengah itu sekitar ,1975/76. Ramai pekerja pekerja binaan MRSM di situ menjadi pelanggan utama kedai Pok Id, tidaklah bergantung kepada tempatan semata mata.

8. Mungkin ada kalangan yang terbabit itu masih ingat atau anak anak mereka tahu bahawa ayah mereka selalu minum kedai kopi Pok Id ini

9. MRSM dibuka dengan rasminya 1978 oleh Menteri Pelajaran ketika itu Tun Mahathir Mohamad, maka bertambahlah maju kedai kopi Pok I'd dengan kehadiran para pekerja MRSM sehinggalah selepas itu wujud pula Maktab Perguruan dan lain lain sekitar ,1980. Hinggakan Pok Id bukan sahaja jadi kedai kopi tetapi pada masa sama kedai barangan runcit

10.Air teh kedai Pok Id memang sedap.dan murah, malah ada yang terbawa bawa minum air.dalam 'cetong' bekas tin susu. Ini kerana tradisi.orang kelaut dan pekerja pekerja perusahaan ikan dulu minum dalam cetong kerana dulu belum ada 'rajut' plastik, gelas pakaibuang  jauh sekali , maka minum dalam cetong ni kira macam teh bungkus lah- sekadar selingan!

11. Malah Pok Id juga mesra dengan pelanggan - gurauannya melucukan- ramai suka caranya

12.  Marin (7 April) Lanbayu minum di sana bersama sama penduduk tempatan dan Ahli Parlimen Setiu turut  sama minum di kedai lagend itu- Lanbayu beritahu YB itu kedai arwah Pok Saudara Lanbayu.

13. Sebagai orang lama politik dan juga sebagai wartawan Lanbayu gembira ada pemimpin datang minum di kedai arwah Pok saudara yang kita sayangi, malah pada tahun 1980 Lanbayu waktu umur awal belasan tahun Lanbayu mencuba jadi pembancuh air di kedai Pok Id beberapa hari. 
Alhamdulillah hari ini selepas bersara Lanbayu membuka restoran (Lanbayu Seafood & steamboat di pulau Duyong Kecil) dan.Lanbayu 2 Westernfood di Jln Gong Badak - Tok Jembal, Cafe Hadami Resthouse.
14. Pada pembaca coretan ini marilah mencuba menikmati makanan di Lanbayu  ..wsap terus kepada Lanbayu 013 581 1561 untuk pertanyaan, tempahan, dapatkan location dsb. 
Semoga pertemuan kita makin suburkan cerita cerita nostalgia yang mungkin boleh dicadangkan.

 15.Kedai kopi Pok I'd kini diusahakan diteruskan oleh isterinya yang kita panggil Mek Pok I'd, selepas.Pok Id pergi buat selamanya pada 2005. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
 
16.Isterinya kini dibantu oleh anaknya juga kita panggil Mek atau Da. Kini di bawah pengurusan Da lah kedai ini kekal beroperasi

"Kita buka kdai 7.30 spai 12 tghari" beritahu Da Pok Id.
Ramai orang orang lama termasuk dari kg Maras minum pagi di kedai ini..mungkin kerana nostalgia lama....jom gi minum kedai Da Pok Id deh.
 Dan Wakaf Tengah serta sekitarnya kian membangun - lebih lebih lagi bandar baru.Kuala Nerus tidak jauh dari situ-. namun kedai Kopi Pok I d masih tetap bertahan! InsyaAllah

Saya tak faham kenapa nama saya disebut sedangkan saya bukan presiden parti mahupun ahli MKT UMNO.


Malah, saya mungkin tak dapat pertahankan jawatan ketua bahagian Pekan pun jika hasrat kerajaan PN untuk membankrapkan saya berjaya.

Namun, sama ada Zahid kekal sebagai presiden atau diganti dengan pemimpin lain secara mutlak ataupun secara sementara dalam masa terdekat bukan isu paling penting sebab itu proses demokrasi melalui pemilihan parti dan keputusan MKT.

Akar umbi yang pilih, kita akur.

Yang paling penting ialah sesiapa yang ingin mengambil alih pimpinan tertinggi parti perlu peka dan akur pada kehendak akar umbi.

Jika niat pemimpin-pemimpin "UMNO 3.0" ini ialah mengambil alih parti hanya supaya UMNO akan sokong parti lain untuk menjadi PM maka ini bertentangan dengan suara akar umbi yang tidak mahu bekerjasama dengan PPBM.

Kenapa pula mereka mahu sokong parti lain yang telah merampas kerusi-kerusi UMNO melalui lompatan katak, menindas UMNO, pernah membeku akaun UMNO dan pernah cuba membatalkan UMNO?

Kenapa mereka mahu sokong parti yang ternyata gagal dalam pentadbiran ekonomi dan Covid negara?

Kenapa mereka tetap sokong parti yang terus memberi alasan mengarut kenapa parlimen tidak boleh bersambung dan demokrasi tidak dapat dipulihkan?

Kenapa mereka ingin sokong parti lain yang mendapat sokongan paling corot dalam survei-survei seperti survei UUM, survei Sinar Harian-SinChew, IDE dan UtusanTV baru-bari ini?

Adakah rancangan "scheme of things" untuk pecahkan UMNO sudah berjaya dan ramai telah disogok dengan jawatan-jawatan kerajaan?

Jika niat pemimpin-pemimpin UMNO 3.0 ini adalah untuk menentang kehendak dan suara akar umbi maka mereka akan dihukum dengan dashyat dalam pemilihan parti yang melibatkan 160,000 perwakilan.

Dan sejarah bakal berulang sebagaimana sebilangan pemimpin PAS kalah teruk dalam pemilihan PAS tahun 2015 sebab mereka bertentang dengan suara akar umbi PAS.

Dan akhirnya mereka yang kalah telah keluar dan membawa lari kerusi dari PAS tubuh parti PAN.

Inilah kebimbangan saya. pada parti tersayang saya.

Coretan Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

06 April

STEP UNTUK TEMPAH ROTI GARDENIA


☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut credit sangat. Letih dah saya cerita kat post dari tahun lepas 🤣

☑️ Bagi tahu Cik/Puan/Datin/Puan Seri nak tempah berapa banyak roti. Kalau nak tau harga sila lah tanya dulu. Kalau kena dengan bajet boleh proceed langkah seterusnya. 

☑️ Lepas dapat harga, depa akan bagi no akaun gardenia & email. Apa kita kena buat, kita kena bayar duit dan kita kena email resit dalam bentuk PDF. 

☑️ Waktu send email bagi sekali details kita. Nama, Alamat, Tarikh nak anta roti, berapa banyak roti nak, dan no telefon kita. 

Okey, sampai hari kejadian tak yah dok gelabah apa. Memang lori gardenia akan sampai depan umah hg. Zis pun cempera gak dok tunggu. 

Dah sampai tue, kita pack sendiri lah roti masuk lam kotak tue nah. Kita bayar harga roti dan harga kotak tue sekali. Dalam R M 2.65 tahun lepas. Tahun ini tak tau. 

Tak ada charge delivery. Percuma sahaja sampai depan pintu umah kita. 

JIKA BAJET HAMPA BAWAH RM 2. BOLEH TEMPAH NUMEE GARDENIA, SIAP SEKALI KOTAK JUGA. 

Ok selamat menempah! 
Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd

#rotigardenia #doorgiftkahwin

NEKBAT Midah Berahim, Melah Pok Yer, Ngoh Kinah dll popular di Mg Telipot di bulan puasa


Coretan: Lanbayu Seafood& Stemaboat Pulau Duyong dan Lanbayu 2 Western Cafe Hadami Resthouse Jln Gong Badak - TokJembal Golf
  Jom singgah ..murah murah aja. Chikenchop RM5 aja...steamboat RM35 untuk 4 orang makan...sebarang pertanyaan wsap Lanbayu 013 581 1561.

DULU.DULU  orang sebelah pantai Timur,.khususnya Terengganu dan Kelantan memang suka berbuka puasa dengan juadah sira nekbat.
   Nekbat diadun dengan tepung (biasa gandum kalau di Mg Telipot) ada juga dibuat dengan tepung beras, dibakar seperti bahulu tetapi ingat ia masih tawar dan belum boleh di makan.
    Namun ia dijual kepada pelanggan dalam bentuk demikian...pelanggan akan bawa balik dan sira sendiri  dengan gula dan dimasukkan daun pandan, ada juga yang masukkan bunga cengkih. Jadi selepas itulah menjadi gebu bergula dan boleh dinikmati seenaknya.
   Bagaimanapun ia bermula dengan proses pertama iaitu adunan tepung dan bakar seperti bahulu...kalau peringkat itu menjadi baik berkualiti, barulah peringkat kedua akan hasilkan rasa yang enak atau sedap.

  Jadi nama nama pembuat nekbat lagenda itu amat sinonim.di Mengabang Telipot. Ia masih ada dalam ingatan kalangan 'orang orang lama'  bila tiba bulan puasa. Mungkin tidak bagi generasi baru, tetapi ketahui itulah zaman emak ayah dan tok nenek mereka.
 Lanbayu 2 Western Hadami Resthouse Cafe Jln Gong Badak - Tok Jembal Golf cuba mengesan para pewaris nama nama itu..yang meneruskan penghasilan nekbat warisan bonda mereka pengusaha di zaman lalu.di Mg Telipot
  Alhamdulilah dapat dijejaki Nekbat Warisan arwah Bonda Ngoh KINAH
  Ngah adalah nama suami Kinah sebenarnya tetapi akhirnya.dikenali Nekbat, Akok dan Menganan 'Ngah Kinah'
  Tiga tiga kuih warisan bonda itu kini diusahakan anaknya Kak Yati dibantu adiknya Zakiah.
    Yang turut sama bersama mereka ialah Mok saudara mereka sendiri iaitu adik bongsu kepada Kinah.
  Mok saudara mereka sebenarnya pembantu emak mereka Kinah masa dahulu sebagai pembuat kuih Menganan Kinah - bermakna resepi dan cara tetap dikawal jaga, malah KakYati pun dulu pembantu ibu mereka, jelas Zakiah yang kini turut membantu KakYati mengusahakan ketiga tiga kuih itu di Kg Pok Yok Tuyu depan pagar Unisza sebelah timur.

Jadi sesiapa yang hendak buat tempahan bolehlah hubungi Zakiah whatsapp 011 1785 0464.....Zakiah kata: Nekbt 4utir rm1.00.
Akok 3 utir rm2.00
Gnam rm8.00 sutir.

pewaris lain ada dok bagi pelbagai kuih muih lagend Mg Telipot?..beritahu Lanbayu ye 013 581 1561 (wsap) untuk dibuat tinjauan dan coretan ATAU jumpa Lanbayu di Lanbayu 2 WesternFood Jln Gong Badak- Tok Jembal Golf , Hadami Cafe Resthouse..

05 April

Adakah Malaysia bakal menghadapi gelombang ke-4 Covid?


Sangat membimbangkan bahawa KKM melapor kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt telah naik semula ke 1.02 setelah negara telah hampir 3 bulan melaksanakan darurat + PKP 2.0.

Nilai yang melebihi 1.0 merupakan unjuran bahawa penularan Covid bakal meningkat.

Ia adalah kali pertama nilai Rt kembali mencatat nilai melebihi 1.0 dalam tempoh dua bulan lepas.

Walaupun gelombang ke-3 belum reda sepenuhnya, KKM sudah mula mengeluarkan amaran bahawa negara sedang berisiko menghadapi gelombang ke-4.

Kegagalan untuk mencegah penularan tempatan varian Covid baru dari Afrika Selatan serta pembukaan semula semua sekolah-sekolah menengah semalam juga menambah kepada risiko.

"6 Aprl 2021: Possibility of '4th wave' depends on reopening of borders, SOP adherence"
https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/04/05/health-minister-concerned-by-rise-in-covid-19-cases-and-talk-of-fourth-wave