Coretan: Lanbayu
Marin Lanbayu minum pagi di kedai 'lagend' arwah Pok Id Wakaf Tengah, depan MRSM
2. Mungkin ramai di kalangan ahli GAMT belum lahir tetapi kedai kopi ini telah wujud sekitar awal 1970an tetapi Alhamdulillah kekal hingga kini.
3. Arwah Pok Id sebenarnya pok saudara Lanbayu sebelah ayah di mana arwah merupakan adik arwah Pok Man Robeah Kalan Mara's, ayah Lanbayu.
4. Adik beradik Pok Id yang lain termasuk Pok Ngoh Lib Juselam (Tokki YB Us Hishamuddin A Karim), Pok Li Tukang Gunting zaman dulu pantai Kolam, arwah Pok Loh dan Pok Ud (Daud) Gong Awang Lib, jual ikan zaman dulu. Hanya seorang adik beradik mereka yang perempuan iaitu Mok Cik Mek Pok Nik (emak Naemah Talib) sebab Naemah anak arwoh Pok Lib dipelihara oleh arwah Mokcik Mek.
5.Pok Id asalnya kelaut tangkul dengan abangnya Pok Lib, tetapi mencuba untuk berniaga selepas itu di Wakaf Tengah yang masih sunyi di tahun 1970,.maksudnya tidak ramai penduduk seperti hari ini, berbanding kawasan pantai Mg Telipot.
6. Zaman dulu memang begitu penempatan yang padat dan meriah ialah di kawasan pantai sebab di sana kawasan bekerja (nelayan, perusahaan ikan kering, belacan dsb berkaitan).
7. Alhamdulillah percubaan arwah Pok Id berjaya berikutan ada pembinaan MRSM di Jalan Wakaf Tengah itu sekitar ,1975/76. Ramai pekerja pekerja binaan MRSM di situ menjadi pelanggan utama kedai Pok Id, tidaklah bergantung kepada tempatan semata mata.
8. Mungkin ada kalangan yang terbabit itu masih ingat atau anak anak mereka tahu bahawa ayah mereka selalu minum kedai kopi Pok Id ini
9. MRSM dibuka dengan rasminya 1978 oleh Menteri Pelajaran ketika itu Tun Mahathir Mohamad, maka bertambahlah maju kedai kopi Pok I'd dengan kehadiran para pekerja MRSM sehinggalah selepas itu wujud pula Maktab Perguruan dan lain lain sekitar ,1980. Hinggakan Pok Id bukan sahaja jadi kedai kopi tetapi pada masa sama kedai barangan runcit
10.Air teh kedai Pok Id memang sedap.dan murah, malah ada yang terbawa bawa minum air.dalam 'cetong' bekas tin susu. Ini kerana tradisi.orang kelaut dan pekerja pekerja perusahaan ikan dulu minum dalam cetong kerana dulu belum ada 'rajut' plastik, gelas pakaibuang jauh sekali , maka minum dalam cetong ni kira macam teh bungkus lah- sekadar selingan!
11. Malah Pok Id juga mesra dengan pelanggan - gurauannya melucukan- ramai suka caranya
12. Marin (7 April) Lanbayu minum di sana bersama sama penduduk tempatan dan Ahli Parlimen Setiu turut sama minum di kedai lagend itu- Lanbayu beritahu YB itu kedai arwah Pok Saudara Lanbayu.
13. Sebagai orang lama politik dan juga sebagai wartawan Lanbayu gembira ada pemimpin datang minum di kedai arwah Pok saudara yang kita sayangi, malah pada tahun 1980 Lanbayu waktu umur awal belasan tahun Lanbayu mencuba jadi pembancuh air di kedai Pok Id beberapa hari.
Alhamdulillah hari ini selepas bersara Lanbayu membuka restoran (Lanbayu Seafood & steamboat di pulau Duyong Kecil) dan.Lanbayu 2 Westernfood di Jln Gong Badak - Tok Jembal, Cafe Hadami Resthouse.
14. Pada pembaca coretan ini marilah mencuba menikmati makanan di Lanbayu ..wsap terus kepada Lanbayu 013 581 1561 untuk pertanyaan, tempahan, dapatkan location dsb.
Semoga pertemuan kita makin suburkan cerita cerita nostalgia yang mungkin boleh dicadangkan.
15.Kedai kopi Pok I'd kini diusahakan diteruskan oleh isterinya yang kita panggil Mek Pok I'd, selepas.Pok Id pergi buat selamanya pada 2005. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
16.Isterinya kini dibantu oleh anaknya juga kita panggil Mek atau Da. Kini di bawah pengurusan Da lah kedai ini kekal beroperasi
"Kita buka kdai 7.30 spai 12 tghari" beritahu Da Pok Id.
Ramai orang orang lama termasuk dari kg Maras minum pagi di kedai ini..mungkin kerana nostalgia lama....jom gi minum kedai Da Pok Id deh.
Dan Wakaf Tengah serta sekitarnya kian membangun - lebih lebih lagi bandar baru.Kuala Nerus tidak jauh dari situ-. namun kedai Kopi Pok I d masih tetap bertahan! InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan