Semalam saya ulas semula bahawa dendam Mahathir terhadap saya tiada kena-mengena dengan 1MDB.
Sebagai bukti, saya naikkan kenyataan Mahathir sendiri semasa dia tarik sokongan terhadap saya pada tahun 2014.
Antara sebab dia kata saya lagi teruk banding Pak lah ialah:
- bersikap rendah diri kepada negara jiran (saya tak buat jambatan bengkok)
- saya mansuhkan ISA (dan diganti dengan SOSMA)
- wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan dalam pilihan raya (BR1M yang dimaksudkan dia)
- pengabaian industri tempatan (saya kurangkan cukai import untuk kereta daripada Jepun)
- pertambahan cuti (saya perkenalkan Hari Malaysia pada 16 Sept)
- saya perkenalkan dan naikkan gaji minimum.
- saya rosakkan hubungan antara kaum (Mahathir tak suka dasar 1Malaysia)
Itulah dia dari mulut dia sendiri.
Saya cuba buat terbaik dan paling adil pada Rakyat tapi dia tak suka sehingga dia dendam terhadap saya sehingga hari ini.
Atas alasan-alasan yang diberikan dia di atas secara umum (dan sebab-sebab yang tidak diumum dia seperti anak dia kalah pemilihan UMNO dan saya tak beri geran percuma RM3 bilion kepada Proton), Mahathir berpakat dengan PM8 (semasa dia masih Timbalan PM) untuk tumbangkan saya bermula tahun 2014.
Sebab itulah dia dendam pada saya sehingga hari ini dan telah menpergunakan segala institusi kerajaan untuk mengenakan saya
"18 Julai 2014: Dr M tarik balik sokongan pada Najib"
https://www.malaysiakini.com/news/271960
Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan