Coretan ini dibawakan LANBAYU Seafood & Stemboat Pulau Duyong & LANBAYU 2 Western AnisGanu, Cafe Hadami Resthouse Jalan Gong Badak - Tok Jembal Golf (buka 5 ptg - 12 malam) tel: 018 910 8039
...pernahkah anda makan Mee Che Da atau sekurang kurangnya dengar dari sesiapa tentangnya?
2. Mee Che Da popular di Mg Telipot suatu ketika dulu di awal kemerdekaan negara terutama 1970an.
3. Kedainya dulu ialah di Simpang Pok Tuyu (sekarang kawasan kedai itu telah masuk dalam kawasan pagar Unisza).
4. Bukan sahaja mee Che Da yang popular tetapi air tehnya dengan 'cawan tembikar.cina yang tebal' juga begitu menjadi pujaan (selain mee, Che Da juga tersohor kedai minum pagi di Simpang Pok Tuyu (dulu simpang, tak ada roundabout lagi).
5. Siapakah arwah Che Da? Che Da atau nama sebenarnya Muda bin Man, asal Mengabang Telipot..adik beradiknya lima orang termasuk 'Cik Karim' yang pernah tersohor dengan nasi dagang Che Karim.
Begitu juga adiknya Mok Yam tersohor dengan kedai goreng pisang di Tanjung Gelam.
7. Dulu Che Da awal awal merdeka dulu buka kedai mee & kopi di berhampiran Masjid Mg Telipot, bawah pokok sentul.
8. Selepas itu sekitar 1970an hingga awal 1980an pindah ke Pok Tuyu..beritahu menantunya Puan Saibah.
9. Menurutnya.ayah mertuanya membuat mee rebus menggunakan ayam kampung dan cukup teliti memasakknya walaupun memakan masa, kata Saibah yang kini menyambung legasi Mee Che Da itu. 'Bahkan, membeli dan memilih sayur terbaik untuk meenya pun arwah ayah mertua saya sendiri ke pasar kedai payang'.
10. Jika ada yang ingin menikmati warisan Mee Che Da (mee rebus asli Terengganu) bolehlah ke kedainya @ suaminya Che Darus di selekoh Pok Tuyu sempadan Tanjung Gelam( depan surau).
10. Saibah dan anak perempuannya ada meneruskan mee legend itu tetapi bagaimana pun tidak masak guna ayam kampung lagi seperti arwah bapa mertuanya.
10. Cucu arwah Che Da menambah, tokkinya dulu amat teliti..'saya masa kanak kanak pun tidak dibenar masuk ke tempat dia memasak mee, kerana tidak mahu tumpuan memasaknya terganggu" jelas cucunya itu yang turut belajar dengan ibunya pula dan bapanya Che Darus untuk meneruskan mee Che Da.
11.Teh Che Da sedap kerana campuran serbuk tehnya dengan teh cap tabik dan lain lain..'ada alat khas (tong besi) untuk proses campuran serbuk teh dilakukan' jelas cucu arwah Che Da yang merupakan menantu perempuan kepada Rohim@ Che Su Ikan Celup Tepung, pantai Pengkalan Maras.
12. Jadi jika yang kepingin Mee Che Da cubalah.mee warisannya itu di selekoh Pok Tuyu (depan surau) tetapi di waktu malam sahaja..hendak sedap bawalah sotong segar untuk.dimasak bersama.
Kalau ingin tahu tentang wujudnya nostalgia Mee Che Da rajin rajinlah bertanya kepada generasi lama. Che Da meninggal pada usia 93 tahun pada tahun 2005, sakit tua. Demikian adanya.
Salam hormat dan salam perkenalan dari Lanbayu buat semua pembaca (wsap Lanbayu 013 581 1561) khususnya adik adik dan.anak anak PokLanbayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan