Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam. Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat Rm800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Disinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka.
Saya terus ke sana tadi. Saya belikan 7 khemah baru beli untuk mereka buat 7 peniaga yang tiada khemah. Berikan sedikit duit belanja buat sebahagian peniaga.
Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadhan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk. Dengan keadaan covid 19 sekarang. Allahuakbar.
Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik ni berubah sebak sayu jer. Ucap terima kasih. Gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini.
Saya borong dekat 3 kedai tadi. Beli makanan mereka dengan bekas-bekas saya pinjam dahulu sebab nak jamu orang buka puasa. Melihat senyuman mereka buat saya gembira. Ada ibu tunggal. Ada bawa anak tolong berniaga.
Ramai berlari-lari ajak ambil gambar dan hadiah saya apa sahaja mereka jual. Saya juga beri sedikit belanja hadiah buat mereka.
Musim hujan sekarang. Agak kurang orang membeli. Tengok makanan banyak rasa sedih. Tapi kata peniaga disini. Beginilah ustaz cari rezeki. Adat berniaga. InsyaAllah sekejap lagi ramai datang membeli. Allahuakbar.
Berapalah sangat untung mereka. Tapi demi rezeki halal. Bagi kita mungkin sedikit tetapi bagi peniaga 50 sen itu rezeki buat mereka.
Saya doakan Allah berkatkan dan mudahkan buat semua peniaga Bazar Ramadhan dan Pasar malam di seluruh Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan