Coretan: Lanbayu Seafood
Masakan sayur lemak jambu golok bersama sotong adalah salah satu tradisi masakan orang lama lama, khususnya di kawasan pantai Mengabang Telipot.
Bahkan ia adalah masakan popular pesisir pantai di Pantai Timur Semenanjung walaupun kini sudah ada di sesetengah kedai makan di ibukota.
Namun ia adalah masakan bermusim, terutama untuk mendapatkan buah gajus agak sukar jika di luar musim..begitu juga sotong segar..tetapi sotong sejuk beku boleh juga.
Sekarang ini musim mencandat sotong bermula, alhamdulillah seperti sudah dijanjikan,.kini buah gajus (jambu golok) sudah mula berbuah walapun masih sedikit.
Harganya masih tinggi di pasaran antara RM8 - RM12 sekilo.
Mungkin ada yang berkata..ala tepi jalan berlambak pokok pokok jambu golok yang tumbuh meliar....itu dulu,.sekarang semua kena beli
JAMBU GOLOK atau gajus atau kajus, janggus, kanjus, janggar, jambu monyet, jambu terong, bunga kesasar, jambu irong, ketereh (Kelantan) marañon jambu mete, jambu carang, jambu monje, gaju dalam bahasa Indonesia , Ya-koi, Ya-ruang, mamuang himapan dalam bahasa Thai . Maknanya di tempat lain ada juga jambu golok ni.
Nama botaninya Anacardium occidentale L. berasal daripada family Anacardiaceae. Di dalam bahasa Inggeris gajus dikenali sebagai “cashew apple atau Cashew nut”
Pokok jambu golok ini ialah sejenis pokok yang malar hijau sepanjang tahun yang boleh mencapai ketinggian 10 – 13 merter tinggi. Gajus banyak tumbuh meliar di tepi pantai timur semenanjung Malaysia dan di kawasan kampong. Daunnya dijadikan ulam oleh orang kampong.
Unikkan kejadian Allah terhadap buah jambu golok ni yang selalu kita buat teka teki, buah apa butirnya di luar?
Betullah bijinya akan tumbuh terlebih dahulu dan bila hampir matang baru isinya akan tumbuh di atasnya.
Bijinya yang terletak diluar ini mempunyai kulit yang tebal dan berbentuk seperti ginjal dan berwarna perang atau kuning atau merah atau diantaranya. Isinya amat lembut seperti span yang mengandungi air dengan rasa kelat-kelat manis ber pH asidik.
Saintis telah mengkaji khasiat buah jambu golok ini dan sebatian utama terkandung dalam ialah kardol, metikardol, anakardol dan pelbagai khasiat yang lain.
Kegunaan Dalam Rawatan
Jus buah jambu golok yang tidak dibuang “tannin” (pembentukan kepada bahan phenolic asli tumbuhan) dikatakan ubat rawatan sakit tekak dan cirit birit.
Didalam perubatan tradisional, daun jambu golok ni yang ditumbuk lumat dan disapukan unruk meredakan sakit gigi, penyakit kulit dan kesan daripada kulit terbakar.
Daun juga biasanya direbus, air rebusan tersebut diminum dan ia mampu merawat cirit birit, sakit perut, kencing manis. Air rebusannya juga boleh bertindak sebagai “air moist” untuk menyegar dan membersihkan mata.
Pada bahagian bunga pula, ia juga boleh direbus dan air rebusan tersebut diminum untuk mengubati batuk.
Struktur yang paling menonjol ialah buahnya yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan antaranya dibuat jus dan minum untuk mengubati sakit kerongkong, penyakit kulit, buasir, cirit birit, melegakan muntah muntah, melawaskan pembuangan air besar dan menghalang keguguran rambut. Disamping itu, bijinya boleh dikeringkan dan dijadikan minyak untuk merawat penyakit kulit.
Kulit darpada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk merawat penyakit kulit. Kulit daripada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk mengubati sakit gigi, sakit gusi, malaria, cirit birit, sakit kerongkong, ulser mulut dan juga bertindak sebagai tonik.
Minyak daripada biji dan jus buah juga boleh digunakan dalam industri kosmetik sebagai bahan dalam syampu dan perapi rambut. Sebab itu dulu pernah ditanam besar besaran di sempada Setiu - Besut (sebelah pantai) untuk tujuan komersial itu.
Tapi kita selalu juga bakar buah ini diproses menjadi makanan seperti kacang...Lanbayu pernah lihat di Kg Saujana ada keluarga yang usahakan butir jambu golok ini untuk.dijual di pasar, tetapi kualitinya tidak boleh menandingi butir jambu golok dari Thai yang ranggup, tetapi harganya mahal sekali.
Berbalik kepada sayur lemak buah gajus campur sotong..anda boleh mencubanya di musim sekarang, rasanya sekarang ini di pasar kedai Payang sudah mula ada jual buah jambu golok. Atau ada yang boleh ' minta beli 'dengan jiran jiran yang ada pokok yang sedang berbuah...pernahkah dengar perkataan 'Mintak Beli'?
Ramuan
Buah gajus 5-6 biji
Sotong 3-4 ekor
Ikan Selayang 2 ekor
Bawang besar 1 biji
Lada besar 2-3 biji
5-6 batang Kacang panjang
2 1/2 cawan Santan pekat
Air
Garam
Potong kacang panjang agak-agak. Jangan panjang sangat dan jangan pendek sangat. Celurkan kemudian asingkan.
Hiriskan buah gajus sederhana halus, asingkan biji dia. Basuh dengan garam kasar. Kalau boleh basuh banyak kali kemudian perah sehingga kering. Kita nak hampas ye bukan air. Asingkan.
Siangkan ikan selayang dan potong dua dan buangkan tulang tepi ikan. Asingkan
Siangkan sotong dan potongkan. Agak-agak ye. Kalau sotong tu besar 2 jari potong lebih kurang 4-5. Asingkan
Hiriskan bawang besar bulat-bulat kasar sikit dan hiriskan cili menyenget. Juga kasar sikit. Asingkan
Masukkan semua bahan tadi termasuk hampas buah gajus. Masukkan santan, air, garam secukup rasa. Kalau kurang lemak boleh tambahkan santan lagi. Masak sehingga mendidih. Pastikan sotong jangan terlebih masak. Lupa nak bagitahu.
Kalau nak buat banyak, pastikan buah gajus lebih banyak ye. Baru sedap. Isi Ikan selayang dan kacang panjang tu tidak dimasukkan pun tidak.mengapa. Selamat mencuba.
Salam hormat dari LANBAYU Seafood..
Pakej berbuka puasa di Lanbayu Seafood di birai sungai/muara: wsap Lanbayu 013 581 1561
Tiada ulasan:
Catat Ulasan