Ikan Celup Tepung, di pantai Kolam Mg Telipot
Inspirasi legasi POK MAT TOK NOH bola
Coretan : Lanbayu
(Lanbayu Seafood pulau Duyong..bakar bakar sotong segar..steamboat, masakan panas dsb) wsap 013 581 1561
Masihkah ingat Mat Tok Noh? Pertanyaan ini sesuai untuk mereka yang dah berusia 45 tahun ke atas!
Bila pagi pagi dah nampak dua bendera kecil terpasang di tengah tengah padang bola Padang Bola Pengkalan Maras, pasti anda akan tahu bahawa sebelah petangnya akan ada perlawanan bola sepak.
Itulah usaha sukarelawan dikenali dengan panggilan Mat Tok Noh.
Menurut anaknya dikenali Semek, ayahnya yang berasal dari Kuala Berang datang berhijrah ke Pengkalan Maras setelah berkahwin dengan ibunya Mek Timoh. Ini kisah sebelum merdeka lagi, pertengahan 1940an/awal 50an.
Di bawa bersamanya ialah minat yang mendalam dalam.arena bola sepak, bahkan PokMat Tok Noh sekitar 1960an dan 70an terkenal juga sebagai pengadil dan penjaga line atau penolong pengadil. Apapun terkenal pada zaman itunyang serba kekurangan jangan dibanding dengan zaman yang lebih ke depan dan moden.
Pada usia 60an hingga ke akhir hayat pun beliau masih memperhambakan dirinya sebagai sukarelawan bolasepak..tanpa sebarang bayaran, di sebalik kemiskinan hidupnya, tetapi minat dan hobi mengatasi segalanya.
Mungkin ada yang menderma untuknya atas kasihan melihat kehidupannya dan kesungguhannya membuat bendera kecil itu sekalipun menggunakan cat yang digunakan untuk tikar mengkuang.
Kadang kadang masih terbayang bendera yang dipasang oleh arwah Mat Tok Noh di tengah padang serta dipenjuru sudut padang. Kadang kadang terdengar di telinga visel yang ditiupnya...mungkin ada kalangan rakan rakan Lanbayu lebih tahu tentang kisah 'Mat Tok Noh' dan lagenda bola sepak di Mg Telipot .
Mat Tok Noh mempunyai menantu bernama Pok Rani (dikenali Rani Semek) Pengkalan Maras. Semek adalah anak arwah Mat Tok Noh.
Sebagai menghargai jasa jasa arwah Mat Tok Noh Lanbayu suka mencoretkan berkaitannya dan keluarga warisannya kali ini. Sekurangnya sebagai nostalgia /kenangan untuk ketahuan generasi baru kini.
Kalau ada yang hendak hargai dalam bentuk lain lagi amatlah dialu alukan walaupun arwah Mat Tok Noh sudah lama meninggalkan kita, tetapi namanya masih abadi dalam sejarah dan lagenda bola sepak Mg Telipot, khususnya Pengkalan Maras...
Baru baru ini Lanbayu berkesempatan bertemu dan minum bersama, Pak Rani pemilik pengusaha kedai ikan celup tepung Adik Beradik yang beroperasi lebih 20 tahun lalu di pantai Kolam di atas tanah milik keluarga Almarhum Ibrahim Fikri .
Pak Rani kebetulan sekampung dengan keluarga Lanbayu dan kawan ayah Lanbayu mencari rezeki untuk sara keluarga tahun tahun 1970an dan awal 80an.
Mereka (arwah ayah saya dan Pok Rani) sering kayuh basikal pergi beli ubi kayu di Maras, Bukit Wan, Lingai, Pecah Rotan dan sekitarnya. Balik dijual pula secara runcit kepada orang kampung dapatlah untung seringgit dua. Rata rata orang kelaut (nelayan) tidak berduit bila musim tengkujuh, maka ubi kayulah pengalas perut keluarga kerana dengan 20sen atau 40 sen sudah dapat 'seikat ubi kayu' untuk kenyangkan keluarga nelayan yang miskin. Demikian penghidupan masa lalu.
4. Pak Rani dahulu pernah jadi nelayan perahu 'kolek' tapi ternoktah bila akhirnya memilih menjadi 'tok peraih ikan' pula; pernah naik basikal ke pelabuhan ikan Pulau Kambing melalui feri Bukit Datu/Losong awal tahun 1970an atau akhir 60an.
5. Entah macam mana tergerak hatinya di awal tahun 1990an untuk berniaga kedai makan (kedai kopi) walaupun bermodal hanya RM50 sahaja waktu itu. Ramai juga yang menyumbang derma untuknya termasuk yang bernama arwah Pok Su Said Tukang (ayah bekas YB Tepoh, Hj Wahab Said) .
Katanya Haji Ab.Karim kedai runcit (ayahanda YB Ustaz Hishamuddin Karim, Adun Tepoh sekarang) juga memberi beliau hutang barangan untuk keperluan kedai kopinya kerana ketiadaan modal.
6. Sekarang kedainya Ikan celup tepung Adik Beradik di Pantai Kolam adalah antara yang maju dan mendapat sambutan. Alhamdulillah sudah beberapa ekar tanah dapat dibeli hasil dari usahanya gigih perit itu, Pok Rani yang kini sudah berusia 83 tahun tidak lupa ucap terima kasih yang membantunya terkeluar dari kepompong kesusahan, termasuk juga Dato ' Nasir Ibrahim Fikri mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus) yang sekian lama mengizinkan tapak tanah milik keluarga Fikri itu dijadikan tempat perniagaan tanpa sewaan.
7. Lanbayu juga menemui Semek anak Mat Tok Noh di kedai ICT Adik Beradik. Dulu 1970an, tempat itu dikenali Wakaf Pok Teh Ali.
Alhamdulilah perniagaan semakin maju, walaupun berdepan hakisan.
Rupanya Rani & Semek pernah berbesan dengan pemain bola sepak Terengganu iaitu arwah Mohd Nor Boto'. Bermakna adalah juga hubung kait legasi bola sepak yang dipelopori Mat Tok Noh bila cucunya berkahwin dengan anak pemain bola sepak negeri.
8. Semoga perniagaan yang kini dijalankan Semek Rani (serta anak anaknya secara adik beradik) terus maju. InsyaAllah pantai akan menjadi lebih cantik dan indah bila pihak berkuasa berusaha membina semula pantai yang rosak akibat hakisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan