Ahad, 11 April 2021

NoStALGIA BULAn PUASA dulu dulu di kampung Mg Telipot...

Cortetan: Lanbayu
  (Lanbayu 2 ..WesternFood ,.Hadami Cafe Gong Badak..wsap
013 581 1561)

 Zaman dulu dulu walaupun serba kekurangan, taraf hidup masih rendah, tetapi bulan puasa tetap indah,  penuh kenangan berharga.

  2. Waktu waktu tahun 1960an/awal 70an yang pernah dilalui sebagai zaman tanpa elektrik yang cukup sukar tetapi bahagia. Coretan Lanbayu ini sekadar maklumat kisah kisah lama buat anak generasi baru..sekurang kurangnya tahu betapa itulah dulu dulu di kampung kita, Mg Telipot khususnya.

 3. Bila waktu bersahur nampak cahaya pelita di rumah rumah jiran..yang sedang menyediakan juadah sahur. 
   Bunyi menumbuk lesung batu samada tumbuk bawang atau bahan bahan untuk di masak memecah kesunyian malam/dinihari.

4. Emak ayah akan mengejut anak anak supaya bangun sahur. Emak Robeahlahlah yang akan mengejutkan kami dengan memanggil nama kami adik beradik seorang demi seorang supaya bangun sahur.

5. Syukur emak Lanbayu masih ada, suara itu masih Ada,. tetapi ayahanda Lanbayu arwah Pokman telah tiada,   abang sulung abang Samat (arwah Cikgu Samat ) telah tiada.

6. Kisah ini sebenarnya sekitar 1970, kala elektrik belum ada di Mg Telipot. Paling bercahaya pun seketika waktu malam bila arwah ayah pasang 'lampu spirit', sekadar sejam atau dua jam sahaja untuk waktu berbuka khususnya. Namun ramai lagi yang masih guna hanya cahaya pelita (pelita ayam).

 7. Kami juga berpeluang berbuka puasa dengan kurma. Kurma telah ada masa itu. Memang kurma makanan sunah waktu berbuka, tetapi kurma di zaman itu hanyalah kurma gred rendah sahaja yang penuh bersalut manisan gula. Tetapi kami syukur dapat juga berbuka dengan kurma seluas dua 
 Airbatu ' tongkol' (yang telah Lanbayu kisahkan sebelum ini)  biasa untuk kami anak anak, orang tua kekal dengan minuman panas waktu berbuka.
Di Mg Telipot bedil waktu berbuka, imsak jelas kendengaran dan itulah menjadi panduan kami kala itu kerana alat komunikasi lain tidak ada sangat ...jam pun jarang jarang dimiliki .
8. Walaupun serba kekurangan..kami kanak kanak kala itu tetap menjadikan masjid surau tempat tumpuan selepas berbuka. Di sanalah kami akan bertemu kawan kawan sebaya dan sepermainan. Biasa masjid dan surau ada.lampu spirit di pasang. Namun di waktu 72- 75 zaman kanak kanak kami di Mengabang Telipot lebih ceria kerana elektrik sudah ada walaupun untuk waktu malam sahaja.
9. Kami ramai ramai akan menyahut selawat bilal  beramai ramai .dengan sekuat kuatnya dan berbagai nada....kadang kadang yang kuat di hujungnya sahaja..'alaih!'

 10. Yang nakal akan  lebih awal ke tempat main bedil buluh, 'main tor nusuk' dsb (kalau bulan cerah).kanak kanak.lelaki dan perempuan pun sama...turut serta...malah ada yang bermain tanglung, jamong daun kelapa atau tempurung kelapa dsb.

 Selain bedil buluh kami juga main kereta gandar yang biasanya diletak dengan pelita..Kami masuk kampung keluar kampung tanpa berasa penat..misalnya dari Pg Maras, Gong Sekolah, Kolam dan balik semula ke Pengkalan Maras. Begitulah juga..Padang Nenas, Gong Dato' Gong Pok Jin, Pok Tuyu, Tg Gelam, Kg Tengah, Banggol dan lain lain..semua kanak kanak terlibat dengan destinasi masing masing .
..yang nakal pula ada yang berlaga kereta gandar itu sampai pecah/rosak. Kadang kadang sampai bergaduh..tetapi.kata orang kanak kanak bergaduh untuk akhirnya kembali berkawan semula.

 11. Berbuka puasa kami tidaklah memilih dan tidak banyak pilihan. Apa yang emak sediakan..itulah yang kita makan..dulu tiada bazar ramadan..cuma kuih kuih tradisinal adalah yang dibeli di rumah rumah pembuat kuih yang pakar ( nekbat terutamanya).

 Tetapi adalah juga pisang yang diletak gula sekurang kurangnya, biasanya menjadi makanan morih selepas selesai solat terawih. Apapun ia cukup sedap dah bagi kami kanak kanak waktu itu

 12. Untuk makan lebih sedap biasanya bila ada 'namat' di masjid atau surau surau besar

 13 . Tradisi namat sekarang sudah pupus.namat ini maksudnya ialah setelah selesai bacaan Al Quran 30 juzuk dan diadakan berbuka beramai ramai dengan masakan di bawa oleh ahli jemaah atau ahli kariah mengikut cita rasa dan kemampuan masing masing. 
 14. Lauk dan nasi itu diletak dalam talam, dalam bungkusan atau tudung saji (dulu tudung saji dibuat dari buluh.& mengkuang, berwarna warni dianyam macam tikar)..

 Tidak kiralah apa lauk dan juadah ada dalam talam bertudung itu, kita berbuka puasa.seadanya beramai ramai.

 Suasana ini mungkin tidak dilalui lagi oleh generasi sekarang.

 Setakat inilah dulu untuk kali ini..yang ada kenangan..yang ada kisah ingin dikongsikan,..kisah ibu ayah..kisah tokki dll...silalah..bawakan nostalgia untuk sama sama dihayati.
Jumpa Lanbayu di Lanbayu 2 AnisGanu Western..Cafe Hadami Resthouse, Jln Gong Badak - Tok Jembal Golf...wasap 013 581 1561

Tiada ulasan:

Catat Ulasan