Hanya tinggal 6 minggu lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Namun jumlah kes Covid baru setiap hari masih melebihi paras 1,000.
Nampaknya perancangan kerajaan semasa melaksanakan PKP 2.0 separuh masak untuk sasar kes baru jatuh ke dua angka pada bulan Mei agak sukar untuk dicapai.
Jika kadar keberjangkitan (R-nought) lebih dari 1.0 (sekarang 0.95) dan jumlah kes baru masih melebihi 1,000 sehari dalam tempoh seminggu sebelum raya maka rentas negeri tidak patut dibenarkan.
Namun jika kadar keberjangkitan (R-nought) di bawah 1.0, saya cadang kita buat lock-down PKP yang amat ketat tapi singkat untuk lima hingga tujuh hari seminggu sebelum rentas negeri dibenarkan untuk Hari Raya bagi menurunkan risiko Covid dibawa ke kampung seluruh negara.
Dan jika ada tanda-tanda kes Covid-19 menaik semula selepas cuti Hari Raya, kita boleh juga buat lock-down lima sehingga tujuh hari lagi.
Kita buat PKP amat ketat dan pendek (short and sharp) untuk elak mengulang apa yang berlaku di negara-negara lain selepas setiap hari perayaan besar.
Atau apa yang telah berlaku di negara sendiri pada bulan November tahun lepas apabila rentas negeri dibenarkan pada ketika kes masih melebihi 1,000 kes sehari yang kemudiannya membawa mudarat besar bagi negara pada bulan Januari dan Februari di mana kes baru sehari melepasi 3,000 hingga 5,000 kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan