Zaman dahulu awal 1970an ketulan ais dulu sesuatu yang amat bernilai terutama bila hendak berbuka puasa.
Yelah ketika itu bekalan elektrik dan peralatan letrik tidak seperti sekarang- tekan aja boleh pilih nak air panas, suam atau sejuk seperti ais.
Dulu 1960an..apatah lagi sebelumnya mana kenal ais ; yang ada air sejuk dalam temalung atau gelok yang diperbuat dari tempurung yang rasanya sedikit sejuk bagi hilangkan dahaga.
1970/71/72 ,kami kanak kanak ketika itu memanglah ketulan airbatu menjadi keutamaan selain nasi untuk berbuka; kuih muih tu sudah jadi no 2- tapi kalau ada makan juga. Airbatu bungkah/ketul tu adalah segala galanya...itulah zaman kami.
Ketulan ais pada peringkat awal dibekalkan oleh sebuah lori Datsun dari Durian Burung, namanya Ismail (Pok.Wei).
Kalau musim biasa lori ini biasa muat berbagai barang termasuk kelapa kering yang hendak dibawa ke kilang bagi diproses menjadi minyak masak (dulu belum ada minyak sawit)
Ketulan ais yang dihantar oleh Pok.Wei itu akan dipotong oleh penjual menggunakan gergaji sedikit di bahagian atas, selepas itu diketuk menjadi bungkah empat segi. Dan biasanya untuk tahan lebih lama (tidak cepat cair) diletak /salut dengan habuk/sekam kayu gergaji dan.diletakkan dalam tong kayu.(belum ada tong kedap udara).
Maka sebelah petangnya biasa selepas waktu Asar hingga menjelang waktu berbuka ia dijual dengan harga 20 sen seketul panjang. Ada juga yang tak.mampu beli 20.sen ,.lalu dikerat dua menjadi harganya 10 sen seketul kecil/pendek.
Maka dibuatlah air sirap dan sebagainya denga n jimat cermat , diletakkan juga biji selasih untuk melicinkan tekak ketika diminum dengan seenaknya. Dengan ketulan ais sebesar itu masing masing dapat hilangkan dahaga, minum berbuka beramai ramai setiap ahli keluarga tanpa membazir kerana sukarnya hendak perolehi ais itu. Sebelah malam sudah habis (cair).
Semasa elektrik mula ada di Mg Telipot sudah ada beberapa kedai kedai yang membeli peti sejuk besar yang membuat air batu ketul dalam tong besi panjang. Dalam tempoh sehari dalam peti sejuk air itu beku dan tong tong itu dikeluarkan.
Biasanya kedai Che Him wakil pos yang menjalankan perusahaan dan penjualan airbatu dari peti sejuk besar mereka itu, selain aiskrim dalam plastik panjang.
Lanbayu masa dulu dulu itu beli ketulan air batu itu kedai Mek.Sah Mamat Hassan di Jalan Sekolah Keb Mg Telipot...rakan rakan yang lain mungkin di beberapa kedai lain lagi di Mg Telipot. Ada yang sanggup berjalan kaki jauh atau naik basikal jauh ..semata mata mahu membeli.ketulan ais untuk sajian minuman berbuka puasa..betapa sukarnya masa.masa.lalu..boleh bilang dengan jari yang jual ketulan air batu di Mg Telipot peringkat awal itu.
Masa itu sumber air yang dijadikan bungkah ais hanyalah dari air telaga (perigi) bepum.ada bekalan air bersih (paip)
Bagi penjual yang rajin...mereka juga menjual airbatu sirap..ABC belum ada..kalau ada cumalah butir selasih dan cendor serta susu pekat dimasukkan dalam air batu parut itu.
Biasanya dijual 5 sen atau 10sen 'serajut' atau gelas teh. Parut macam ketam kayu..bukan guna mesin seperti sekarang .
Pastinya ramai yang terkenang suasana ini menjelang bulan puasa. Jom singgah ke.Lanbayu Seafood & Stemboat di Pulau Duyong sebelum Ramadan. Buka 5.30 petang - 12 malam. Atau anak anak nak Western ..Harga warong, makanan taraf hotel..di Lanbayu 2 Jln Gong Badak - Tok Jembal Golf, Cafe Hadami Resthouse..
Apa.apa.wsap.sepatah Lanbayu 013 581 1561..Kita biacara kisah kisah masa lalu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan