Jumaat, 30 April 2021

Hukum Haram Rentas Negeri Hari Raya Aidilfitri??


HARAM RENTAS NEGERI?

Daripada apa yang ambo faham, fatwa Mufti Wilayah tentang haram rentas negeri ini bukan lah  semata-mata rentas negeri, akan tetapi haram itu kerana tidak taat kepada arahan pemerintah. Sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم;

من أطاعني فقد أطاع الله ، ومن عصاني فقد عصى الله ، ومن يطع الأمير فقد  أطاعني ، ومن يعص الأمير فقد عصاني. 

Barang siapa mentaatiku, sungguh dia telah mentaati Allah. Barang siapa memaksiatiku, sungguh dia telah bermaksiat kepada Allah. Barang siapa mentaati pemimpin, sungguh dia telah mentaatiku. Barang siapa bermaksiat (tidak mentaati) kepada pemimpin, sungguh dia telah bermaksiat kepadaku.

Ibnu Hajar al-Asqalani رحمه الله menjelaskan;

وفي الحديث وجوب طاعة ولاة الأمور ، وهي مقيدة بغير الأمر بالمعصية ، والحكمة في الأمر بطاعتهم: المحافظة على اتفاق الكلمة ، لما في الافتراق من الفساد.

Pada hadis ini terdapat dalil wajibnya mentaati pemimpin, dengan syarat dalam perkara yang bukan maksiat. Adapun hikmah dari perintah untuk mentaati pemimpin adalah terjaganya kesatuan umat Islam. Sebab, dalam perpecahan terdapat (banyak) kerosakan.

Ada pula yang mengkaitkan fatwa ini dengan dajjal, katanya bila berfatwa salah, maka nantilah kemunculan dajjal. Kenapa perlu nanti, ada temu janji dengan dajjal kah? 

Dajjal tetap akan keluar bang, ini kerana telah sabit dalam hadis Nabi صلى الله عليه وسلم, tak perlu nanti. Yang perlu buat adalah pekukuhkan aqidah. Jangan hanya tahu cakap dajjal, dajjal, dajjal, tapi aqidah entah kemana...

Dan juga, ini fatwa daripada Sohibul Fadhilah Dr Luqman(Mufti Wilayah yang sekarang) , bukan dari Dr Zulkifli(Mantan Mufti Wilayah). Jika kita tidak setuju dengan fatwa ini, hujjahkanlah dengan ilmiah, bukan dengan mencaci maki.

والله أعلم.

Coretan facebook Rasmi Muhammad Basirun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan