AWANG LIKU Ikan Segar, Simpang Kolam (berhampiran Masjid Jamek Mg Telipot)..adalah salah seorang dari.beberapa orang penjual ikan gigih di sekitar pantai Kolam Mg Telipot.
Nama sebenarnya ialah Sabri Abdul Rahman..
bukan orang lain, ialah bapa saudara Lanbayu tetapi lebih muda beberapa tahun dari Lanbayu.
Dia adik bongsu kepada emak Lanbayu (Robeah) iaitu cucu kepada PokYok (Ishak).
Pokyok adalah keluarga besar di Mg Telipot dengan dikunrniakan anak seramai 16 orang.
Pokyok nelayan dan memiliki tangkul sendiri sejak 1950 dan selepas itu menjalankan usaha membuat tali dari sabut kelapa.
Arwah Ishak (Pokyok) bin Muhammad mempunyai 4 beradik iaitu Jusoh, Hj Deraman dan Hj Bilal. Muhammad ayahnya adalah datang dari Betu Hulu Merchang . Datang ke Kolam Telipot sekitar akhir 1800 dan merupakan antara pengasas masjid Mg Telipot, termasuk abangnya Encik Latif. Keluarga mereka sebenarnya datang dari Betu (Kg Dalam Rhu) Patani Thai sebelum berhijrah ke Betu Hulu Merchang, akibat Patani tewas oleh serangan Siam 1820an.
Cucu Pokyok beratus ratus orang.cicit juga dan.cuet demikian juga begitu ramai di serata pelusuk negeri, malah negara.
Apapun ringkas kata, orang Mg Telipot termasuk kalangan keluarga kami tidak boleh dipisahkan dengan laut, ikan atau dunia nelayan walaupun ramai yang berjaya dalam lapangan dengan kedudukan tinggi dan penting peringkat negeri dan negara, tetapi sebenarnya asal kebermulaannya adalah laut, ikan, pantai yakni dunia nelayan. Itulah asalnya keluarga yang diwarisi
Antara jualan hasil laut di gerai Awang Liku termasuklah ikan ebek..kembung, bawal , layur, tombok dan remong sotong dll..semua segar baru sampai dari laut.
Menurut Awang Liku, dia sentiasa mencari ikan segar untuk pelanggan termasuk ke Batu Rakit dan Merang.kerana pelanggannya suka ikan 'fresh'.(berkualiti) lebih lebih lagi di bulan puasa nanti
"Sudah 10 tahun saya berniaga ikan basah ini..Alhamdulillah sentiasa mendapat sambutan' katanya yang baru pindah dari tempat asalnya di selekoh Wakaf Pantai Kolam, akibat hakisan, gerainya rosak
Mengapa popular dengan gelaran Awang Liku..difahamkan kerana dia pandai bercerita, kelakar dan menghiburkan.
Dulu dia pernah mengembara sampai ke Kuantan, Kuala Pahang,bahkan Kuala Lumpur, tetapi akhirnya kembali ke Mg Telipot menjadi peniaga ikan.
Di samping itu bagi menambah pendapatan Awang Liku juga menjual permainan kanak kanak di kawasan PokNong Ikan Celup Tepung pantai Kolam dan juga di pantai berhampiran IKan Celup Tepung baru yang juga popular di Kg Tengah Mengabang Telipot.
019 977 2027 - ini WhatsApp Awang Liku untuk sebarang pertanyaan tentang jualan ikan..tempahan dsb.
Nak bakar berempah kat Lanbayu Seafood, pulau Duyong pun enak juga..rempah warisan bonda.cu try rasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan