Tak ada siapa dalam kerajaan yang risau bahawa hampir satu pertiga kluster baru setiap hari melibatkan sekolah ke?
Dalam tempoh 2 minggu lepas (16 Apr hingga 29 Apri), KKM telah umum 139 kluster baru di mana 43 kluster (31%) melibatkan sektor pendidikan.
Bagi saya, risiko kluster pendidikan merebak ke masyarakat adalah lebih tinggi berbanding sektor-sektor kilang dan pembinaan di mana kebanyakan mereka yang berjangkit mungkin pekerja yang tinggal bersama.
Kerumitan utama ialah secara umum murid-murid dan remaja kurang terkesan akibat Covid.
Walaupun positif, kebanyakan mereka tidak ada gejala dan sukar dikesan telah berjangkit pada ketika mereka masih boleh menjangkit orang lain.
Ertinya, murid-murid sendiri tak sedar mereka positif tetapi mereka akan menjangkit kawan-kawan, guru-guru dan orang dewasa di rumah dan seterusnya merebak ke komuniti.
Apabila Covid semakin menular ke masyarakat umum maka ianya akan jauh lebih sukar untuk KKM bendung.
Orang dewasa serta guru-guru yang dijangkit pula akan lebih terkesan dan kemungkinan jatuh sakit.
Risiko kesihatan pada orang dewasa dan orang tua yang dijangkit adalah lebih tinggi berbanding murid-murid sendiri.
Sebab itu, saya harap KKM akan menilai semula risiko bagi sektor pendidikan dan menambah baik apa yang perlu termasuk kemungkinan tukar SOP, mengurangkan jumlah hari persekolahan, mewajibkan murid-murid disaring setiap 2 minggu seperti dibuat di beberapa negara atau tutup sekolah untuk beralih semula ke PDPr selagi bilangan kluster baru pendidikan tinggi.
Apapun keputusan, jika purata 31% daripada kluster baru yang dikesan setiap hari melibatkan sekolah maka ini adalah satu masalah serta risiko besar dan tidak patut dipandang ringan.
Coretan/Kredit:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan