Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini bahawa peningkatan pesakit Covid-19 telah memenuhi semua katil dan wad Covid-19 serta wad unit rawatan rapi (ICU) dan kebanyakan hospital swasta tidak mampu menerima lagi pesakit Covid-19, terutama di Lembah Klang.
“Kegusaran besar yang kita bakal hadapi adalah fasiliti kesihatan ditutup susulan katil dan bantuan oksigen yang terhad kepada orang ramai,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Kuljit menambah kemudahan kesihatan kerajaan di Lembah Klang turut berkurangan susulan peningkatan pesakit wabak tersebut, termasuk juga kemungkinan di Johor.
Pada awal tahun ini, kerajaan telah membuat satu keputusan bahawa mereka yang positif Covid tetapi tidak sakit teruk dibenarkan untuk rawat kendiri di rumah.
Hanya yang sakit teruk dimasukkan dalam hospital.
Sebab itu, ramai tak sedar bahawa situasi semalam sebenarnya jauh lagi teruk berbanding masa Darurat dan PKP 2.0 diisytiharkan.
- Jumlah kematian semalam adalah 275% lebih tinggi
- bilangan Pesakit dalam ICU naik 64%
- bilangan pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan oksigen naik 74%
- kluster aktif Covid adalah 43% lebih banyak
Followers saya masa darurat diisytiharkan tentu masih ingat bahawa saya membantah kuat langkah kerajaan buat PKP2.0 separuh masak.
Masa itu, desakan saya ialah kita perlu buat "short and sharp" iaitu amat ketat untuk tempoh 2 minggu dengan bantuan kerajaan yang mencukupi seperti PKP1.0 dulu agar penularan Covid dapat diputuskan dan penderitaan Rakyat tidak berpanjangan.
Sebab "short term pain" adalah jauh lagi baik berbanding mudarat yang berpanjangan yang tak nampak jalan keluar.
Saya bantah kuat dan kata ianya langsung tidak masuk akal bahawa sektor-sektor kilang dan pembinaan yang sumbang bahagian besar kluster Covid dibenarkan terus beroperasi sepanjang tempoh PKP2.0 tapi sektor-sektor lain yang tak ada kaitan dihukum pula.
Seolah-olah kerajaan langsung tak serious untuk mengawal Covid dan mahu situasi Covid tetap tinggi.
Masa itu, Jkom tuduh saya meroyan sebab saya bimbang akan dimasukkan dalam penjara. Itu saja modal Jkom.
Padahal langkah kerajaan adalah begitu jelas tak masuk akal masa itu.
Oleh sebab PKP2.0 separuh masak tidak berjaya membendung Covid sepenuhnya serta bantuan kerajaan yang suam-suam, ramai Rakyat mula amat marah dengan kerajaan.
Susulan itu, pada 2 Mac 2021, kerajaan umum PKP2.0 akan berakhir dan digantikan dengan PKPB.
Pada 2 Mac, jumlah kes baru Covid adalah sebanyak 2,528 berbanding 2,232 kes semasa darurat dan PKP2.0 diisytihar.
Ya, kita menjadi negara pertama dalam dunia yang keluar lockdown dengan kes baru yang lagi tinggi berbanding masa kita mula.
Kes tinggi, buat lockdown.
Kes lagi tinggi, keluar lockdown.
Langsung tak masuk akal tapi dibuat kerajaan juga. Benar-benar berlaku di depan mata.
Walaupun diberi kuasa darurat oleh YDP Agong, kerajaan telah gagal segagalnya dalam PKP2.0 ini.
Hari ini, sasaran rentas negeri untuk Raya tak kesampaian.
Jumlah pesakit dalam keadaan kritikal, kematian baru dan kluster aktif jauh lebih tinggi berbanding masa darurat+PKP2.0 bermula.
Jumlah katil ICU bagi pesakit Covid dalam hospital swasta dan hospital awam sedang penuh dan hospital swasta kata mereka tidak lagi ada kapasiti untuk menerima pesakit Covid.
Ekonomi Rakyat biasa tak pulih.
Nasi sudah menjadi bubur.
Apa lagi yang boleh dibuat kerajaan PN masa?
Cuma pujuk atau guna kuasa darurat untuk arahkan hospital swasta dan awam tambah kapasiti pesakit Covid dan katil ICU serta memastikan pengeluar oksigen tempatan naikkan pengeluaran dan stok mereka untuk elak kita menghadapi tragedi seperti berlaku di negara India baru-baru ini sekiranya kes-kes serious Covid tiba-tiba melonjak lagi tinggi dalam Malaysia.
Coretan/Kredit:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan