02 Mac

Resepi Kepak ayam yogurt airfryer




Bahan2 :
8 keping kepak ayam dipotong dua menjadi drumette & wingette
2 inc halia diparut/kisar
2 ulas bawang putih diparut/kisar
2 1/2 sdm yogurt asli / mayonis
1 sdm sos lada hitam
1 sdm sos tiram
1 sdm kicap pekat
1 sdm madu
1 sdm minyak masak / butter
1/2 sdk herba kegemaran (akk guna thyme)
1/2 sdk serbuk cili
1/2 sdk garam

Cara2 memasak
1. Perap kepak ayam dengan bahan2 diatas selama 1 jam atau seeloknya semalaman
2. Panaskan airfryer pada suhu 160c & airfry kepak ayam selama 15minit. Balikkan ayam, naikkan suhu ke 180c dan airfry lagi selama 8-10min atau hingga nampak sedikit garing
3. Hidangkan bersama sos kegemaran

📝 utk oven bakar pd suhu 180c selama 30min atau hingga masak. Boleh guna magic pan jgk, hepi meneraiiii 😉

Credit : Keroroyz Royz

AYAM GORENG SERINGGIT


Bahan-bahan perap:

Ayam seekor potong 24

5 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 inci halia

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil lada putih

1 sudu besar serbuk kari

Garam

Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum jenama ros

1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:

1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.

2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.

3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.

4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.

5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.

Kredit : Murni Rahmat

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Bahan-bahan:
* 1 ekor ikan siakap.
* 1 batang serai – dihiris nipis
* 1 biji bawang besar – dipotong dadu
* 3 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 inci halia – dicincang halus
* 1 biji cili merah
* 3 biji cili api
* 1/2 biji timun
* 1 biji tomato
* 1 potong nenas
* 4 helai daun limau purut
* Sedikit daun sup 

Bahan sos:
* 3 sudu besar cili kering.
* 3 sudu besar sos cili.
* 2 sudu besar sos tomato.
* 2 sudu sos tiram.
* 2 sudu sos ikan

Cara-cara:
1. Lumur ikan dengan garam dulu kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup. Goreng. Pastikan minyak panas betul-betul sebelum menggoreng.
2. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah dan serai
3. Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu. Saya letak sikit je sebab tak tahan pedas.
4. Masukkan 3 sudu cili kering. Biar sekejap bagi cili kering tu masak.
5. Masukkan sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak.
6. Masukkan 1 cawan air dan biar sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan sos ikan
7. Masukkan pula daun limau purut, timun, tomato dan nenas
8. Siap dan tuangkan ke atas ikan yang dah siap digoreng tadi 

Selamat mencuba

Sumber : Facebook Page Dapur Kita

01 Mac

Resepi Asam Pedas Ikan Pari


Ada peminat asam pedas ikan pari ?.. asam pedas ni style selatan.. kalo sya masak nk bg Mak sya mkn, dia suruh buat asam pedas style cayaq, asam pedas utara.. sya buat asam pedas mcmni mak x reti mkn.. yg sya pulak suka asam pedas pekat² mcmni hehe selera berbeza. # Update Resepi:

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

4 ketul isi ikan pari sdrhana besar
1labu bawang besar *
6 biji cili padi hijau/merah *
1 inci kunyit hidup *
3 biji bwg merah*
2 ulas bawang putih *
Sedikit belacan*
1 sdk serbuk lada hitam kasar
1 btg serai titik
1 biji tomato potong 4
5 biji kcg bandi
1 mangkuk kecik cili kering kisar
½ cawan air asam jawa < agak²
½ sdk rempah kari ikan
Air secukup nya
Daun kesom
Gula & garam @ serbuk perasa

Caranya:-
Kisar semua bahan yg bertanda ***.. kemudian panaskan kuali taruh mnyak agak², pastu masukkan bahan kisar tdi + cili kering kisar + rempah kari ikan..masak sampai terbit minyak, bila dah terbit mnyak masukkan air asam jawa, serai , serbuk lada hitan dan ikan, reneh sekejap. Masukkan air sukatan air bergntung pda kitalah nak cair atau nak pekat, kalau suka pekat masukkan sikit je air, kcg bandi, garam dan sedikit gula utk seimbangkan rasa, daun kesom kemudian reneh sampai masak.. Bila bendi dah agak lembut masukkan tomato pastu padam api dah siap..

Kredit: Cik Puan Julieta

 

Resepi Cencaru sumbat Sambal Portugis

 



Cara MamaUna
Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.
Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.

Bahan2 sambal
Daun kesum racik2
Bunga kantan hiris nipis2
15biji Limau kasturi/cuit(perah amik air)
Gula
Garam
Secukup rasa
Aji (ikot masing2)
*1biji bawang besar
* 3 biji Bawang kecil
*3 biji Bawang putih
*Sedikit belacan
*1biji Tomato
*15 tangkai Cili kering direbus
*3 cili besar hijau
*10 cili api

Cara masak
Blend kasar2 semua bahan bertanda*
Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak.
Bila sambai dh masak,masukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.
Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa klo nk letak aji boleh jgk.
Kacau2 lg dan rasakan.
Bila dh pekat ttp api.
Dan masukkn dlm cencaru td belah belakang sumbat sambal td.
Goreng dgn garing.
Angkat dan boleh letak lg sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng td.
Siap mkn ns pns2😋😋
Kalo nk bakar pom boleh ikot cara masing2. 😊
Ikan apa2 pom boleh jgk ikot selera masing2😊

Kredit : Una Husna 

Asam Pedas Ikan Pari

 


Asam pedas ikan pari.. memang terangkat!
.
Bahan-bahan:
Bahan A
5 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 tbsp belacan
Segenggam cili kering rebus
Daun kesom segenggam
.
Bahan B
Ikan pari
Asam jawa
Daun kesom
Bunga kantan
Bendi
Serai
Lada hitam
Garam
.
Cara penyediaan:
.
1. Kisar bahan A dan tumis sehingga pecah minyak.
Tips: Kisar bersama daun kesom tanpa batang untuk lebih sedap.
.
2. Setelah pecah minyak, masukkan bahan B.
.
3. Setelah ikan pari masak. Sedia dihidang.
.
.
Kredit : Seminit Resepi 

Resepi Kerabu Tempe

 


Resepi KERABU TEMPE.. Mudah sangat.. Orang bujang pun boleh buat resepi ni..
.
.
Bahan-bahan:

• 1 keping tempe
• 1 biji kentang
• 2 sudu makan ikan bilis
• 4 biji tomato (2 tomato oren dan 2 tomato hijau)
• 1 labu bawang besar (Dihiris)
• 2 biji cili merah (Dihiris)
• 4 biji cili hijau (Dihiris)
• 5 biji cili api (Dihiris)
• 1 cawan minyak masak
• Garam secukup rasa
.
.
Cara-cara:

1. Potong tempe kecil-kecil dan nipis. Gaulkan dengan sedikit garam dan goreng sehingga garing.
2. Potong kentang kecil-kecil dan gorengkan sehingga garing.
3. Ikan bilis dibelah dua dan digoreng garing.
4. Potong tomato kecil-kecil.
5. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar dan sedia dihidangkan.

Resepi ini dipetik dari: MyResepi