20 Disember

KUIH TELAGA EMAS


Bahan Kulit Hijau :

250g tepung pulut

3 sudu makan tepung gandum

1 sudu makan tepung jagung

1 1/4 cawan air

Sedikit perisa pandan

Sedikit pewarna hijau

Secubit garam

Cara2 :

▶satukan semua tepung²..garam & perisa pandan
▶kemudian tuangkan air sikit² jgn sampai habis..uli jadi doh tak lekat di tangan
▶letak sedikit pewarna hijau
▶buat bulat² anggaran 24g..tekan & ratakan doh ke dlm acuan lompang saiz kecil yg telah disapu minyak masak..ketepikan

Inti Kastard :

1 cawan santan kotak

1 cawan air suam

1/2 cawan gula

2 sudu besar tepung kastard

1/4 cawan tepung gandum

3 biji telur

1 penutup botol esen vanilla

Sedikit pewarna kuning telur

secubit garam

.

Cara2 :
.
▶satukan santan dan air suam..campurkan esen vanilla & gula..kacau hingga larut
▶masukkan telur & kacau sebati..kemudian masukkan juga tepung kastard..garam & pewarna kuning telur..kacau sebati & mesra
▶tapis adunan & tuang ke dlm acuan lompang yg disapu sedikit minyak
▶pastikan air kukusan betul2 mendidih..kukus selama 10 - 12 minit atau hingga masak..api sederhana besar

Credit : Zura Zul

Tepung Pulut
👉 https://shope.ee/3VB7q69i65

15 Disember

ROTI CHEESE 🧀


Bahan-bahan:

• 4 cawan tepung gandum
• 4 sudu besar susu pekat
• 3 sudu besar gula pasir
• 1 biji telur
• 1 cawan air suam
• 1 paket yis mauripan
• 2 sudu besar margerin
• 1 sudu teh garam
• 1 sudu teh bread improver (tak letak pun boleh, jadi jugak)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan & putar guna mixer selama 15minit. Kalau uli guna tangan, satukan semua bahan kecuali air. Kemudian letak air sedikit demi sedikit & uli dalam 30 minit hingga doh cantik, elastic & berkilat. Memang macam melekat di tangan sikit. Sapu tepung pada tapak tangan untuk mengurangkan lekat dia tu.
2. Biarkan doh berehat selama 10 minit dalam bekas bertutup.
Kemudian keluarkan & uli sekejap je.
Bentukkan bulat-bulat sama rata. Kemudian golek-golek sampai doh memanjang.
3. Biarkan kembang naik 2 kali ganda dalam 30 ke 40 minit.
4. Sapu permukaan doh dengan susu segar (kalau tak ada, boleh bancuh 1 sudu besar susu tepung bersama sedikit air suam. Kalau tak ada juga, boleh sapu dengan telur yang dikacau bersama sedikit air).
5. Tabur cheddar cheese yang diparut. Tabur juga sedikit gula pasir ke seluruh permukaan.
6. Bakar pada suhu 200, selama 10 ke 15 minit atau sehingga masak keperangan, bergantung oven masing-masing.

Kredit: Noraini Hussin

Nacho Cheese Powder
👉 https://shope.ee/4pgPjfPUwK

11 Disember

MEE KARI CHINESE STYLE


Bahan
Segengam cili kering - kisar utk sambal
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor

Hiasan
Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
.
Sambal:-
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan sedikit gula..
.
Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar...kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.

Kemudian masukkan ayam dan
kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair) sya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.

Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula.. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering siap.

Kredit Cik Puan Julieta

Rempah Serbuk Kari
👉 https://shope.ee/6ABhjErsLx

RESEPI AYAM PERCIK


Bahan-bahan:
* 7 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 3 tangkai serai
* 2cm kunyit hidup
* 1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar jintan manis
* Garam dan gula secukupnya
* 1 ekor ayam
* Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak, masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200c selama 15 minit, bakar atas dapur pun boleh.

Bahan kuah:
* 7 tangkai cili kering
* 3 ulas bawang putih
* 5 sudu sos cili
* 1 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali, masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air, kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
6. Tuang kuah atas ayam.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Pes Sambal Ayam Percik
👉 https://shope.ee/407CcsEyDw

AYAM TANDORI


Bahan bahan : (untuk 2 ekor ayam dipotong 4)

Campuran rempah ratus:
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar cserbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 ikat daun pudina
2 biji buah lemon
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
2 sudu besar sos tiram
sedikit pewarna merah

Cara membuat tairu:

Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja. Kemudian perahkan ke dalam satu cawan susu cair. Kacau sehingga sebati. Susu cair akan berubah tekstur. Kalau malas nak buat, cuma beli plain yogurt sahaja.

Cara membuat bahan perapan:

Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar. Perah satu biji lemon ke dalamnya. Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

Kemudian sediakan ayam dan lumurkan bahan perapan kesemua tempat.

Perapkan ayam di dalam beg kedap udara. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam. Perap ayam selama 5 jam.

Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam. Kalau nak cepat, boleh goreng seperti biasa ..
Selamat Mencuba..

Rempah Ayam Tandoori
👉https://shope.ee/2VIOcb2wu8

09 Disember

EASY TUTORIAL CRISPY ENOKI VIRAL


So , kali ni nak share dengan korang semua tutorial yang sangat mudah untuk buat crispy enoki viral dengan menggunakan 4 Bahan sahaja ! Actually , trend ni min ada tengok dalam tiktok , so min try buat sendiri . Rupa - rupanya memang sedap 👍

Bahan diperlukan ;
-Tepung serbaguna ( min guna brand bestari )
-Cendawan enoki
- Telur
- Kulit popia

Cara - cara ;
1. Potong enoki seperti biasa iaitu buang bahagian akarnya
2. Basuh enoki hingga bersih dan sejatkan ia .
3. Potong kulit popia menjadi kepada 2 bahagian . Yang ini min guna kulit popia yg berukuran 190mmX190mm ( yg lebih kecil )
4. Sediakan telur yang telah dipukul dan tepung bestari dalam bekas yang luas .
5. Ambil sedikit enoki dan letak di atas kulit popia yang telah dipotong tadi . Biarkan ada sedikit ruang dibawah . Enoki ni jangan letak banyak sangat nanti jadi besar lah crispy enoki korang nanti hehe
6. Lipat di bahagian bawah yang ada ruang tadi , kemudian gulung enoki menjadi separuh sahaja . ( seperti dalam gambar )
7. Sapu sedikit telur di bahagian hujung dan gulung sampai habis hingga kulit popia itu melekat
8. Salut popia enoki ke dalam telur
9. Salut tepung serbaguna sehingga rata . Yang ni macam kita nak goreng ayam crispy lah ye
10. Panaskan minyak masak dan boleh mula menggoreng ! Tapi korang kena guna api yang sederhana je tau . Risau hangit pula popia enoki korang nanti
11. Angkat popia enoki setelah sedikit garing dan kelihatan rangup .
12. Sediakan sos pencicah atau sos cili untuk merasai extra sedap min guna sos pencicah So , dah siaplah crispy enoki kita🥰

Tepung serbaguna: https://shope.ee/6pRLUAoWUi
Cendawan enoki: https://shope.ee/1L6Ow87mDJ

Korang should try buat sendiri kat rumah daripada beli yg dah siap . Lagi jimat kos , boleh makan banyakk dan lebih sedap !

07 Disember

RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI


Bahan-bahannya :
2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
Minyak bijan
Cara-Cara membuat Sayur Kailan Ikan Masin.
Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda,
Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.
Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .
Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau.
Akhir sekali masukkan sayur kailan.
Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .
Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.
Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.

Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan.

Ikan Masin
👉 https://shope.ee/89wg1bW0or