Jumaat, 9 Disember 2022
EASY TUTORIAL CRISPY ENOKI VIRAL
So , kali ni nak share dengan korang semua tutorial yang sangat mudah untuk buat crispy enoki viral dengan menggunakan 4 Bahan sahaja ! Actually , trend ni min ada tengok dalam tiktok , so min try buat sendiri . Rupa - rupanya memang sedap π
Bahan diperlukan ;
-Tepung serbaguna ( min guna brand bestari )
-Cendawan enoki
- Telur
- Kulit popia
Cara - cara ;
1. Potong enoki seperti biasa iaitu buang bahagian akarnya
2. Basuh enoki hingga bersih dan sejatkan ia .
3. Potong kulit popia menjadi kepada 2 bahagian . Yang ini min guna kulit popia yg berukuran 190mmX190mm ( yg lebih kecil )
4. Sediakan telur yang telah dipukul dan tepung bestari dalam bekas yang luas .
5. Ambil sedikit enoki dan letak di atas kulit popia yang telah dipotong tadi . Biarkan ada sedikit ruang dibawah . Enoki ni jangan letak banyak sangat nanti jadi besar lah crispy enoki korang nanti hehe
6. Lipat di bahagian bawah yang ada ruang tadi , kemudian gulung enoki menjadi separuh sahaja . ( seperti dalam gambar )
7. Sapu sedikit telur di bahagian hujung dan gulung sampai habis hingga kulit popia itu melekat
8. Salut popia enoki ke dalam telur
9. Salut tepung serbaguna sehingga rata . Yang ni macam kita nak goreng ayam crispy lah ye
10. Panaskan minyak masak dan boleh mula menggoreng ! Tapi korang kena guna api yang sederhana je tau . Risau hangit pula popia enoki korang nanti
11. Angkat popia enoki setelah sedikit garing dan kelihatan rangup .
12. Sediakan sos pencicah atau sos cili untuk merasai extra sedap min guna sos pencicah So , dah siaplah crispy enoki kitaπ₯°
Tepung serbaguna: https://shope.ee/6pRLUAoWUi
Cendawan enoki: https://shope.ee/1L6Ow87mDJ
Korang should try buat sendiri kat rumah daripada beli yg dah siap . Lagi jimat kos , boleh makan banyakk dan lebih sedap !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan