Rabu, 7 Disember 2022
RESEPI MUDAH AYAM GUNTING ALA PASAR MALAM.
Bahan - bahan :
4 hiris isi ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan serbuk cili
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Bahan Tabur:
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit lada putih
Cara membuat:
1. Sediakan satu bekas dan masukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk cili. Gaul sehingga semua rata.
2. Ambil hirisan isi ayam dan tumbuk - tumbuk dengan lesung batu supaya isi ayam padat dan nipis dan dapat menyerap bahan perapan nanti.
3. Masukan hirisan isi ayam itu ke dalam sebuah mangkuk, masukan telur, serbuk kunyit, sedikit garam dan 2 sudu besar campuran tepung yang disediakan awal tadi. Perap sebentar dalam 15 minit.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Sebelum menggoreng, celup dan salutkan hirisan ayam yang sudah diperap tadi dengan campuran tepung. Pastikan ia menyaluti keseluruhan bahagian hirisan isi ayam itu.
6. Apabila ia sudah kekuningan, tanda ia masak dan toskan.
7. Kemudian gunting sederhana kecil hirisan ayam yang dah siap digoreng tadi.
8. Taburkan dengan serbuk cili dan lada putih bersesuaian dengan tahap kepedasan dan kesukaan anda.
Nikmati ayam gunting yang rangup, sedikit pedas dan sangat sedap. Mudahkan, selamat mencuba
Pek Ayam Gunting
👉 https://shope.ee/7A47w5mBV2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan