03 Jun

KEK MINYAK MOIST


Bahan-bahan:
5 biji telur ( asingkan putih dan kuning)
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan

Penyediaan:

1) ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
2) panaskan pengukus terlebih dahulu.
3) lenser loyang size 8 inci dengan marjerin. Alas dengan baking paper. Mudah nak keluarkan kek. Ketepikan loyang.
4) masukkan putih telur dahulu dan blend sehingga berbuih. Anggaran 3 minit.
5) kemudian barulah masukkan gula kastor. Blend sehingga kelihatan warna putih dan cairan sebati. Anggaran 3 minit.
( Inilah cara yang saya tiru dalam youtube nak hasilkan kek yang moist iaitu mix atau blend dulu putih telur, barulah masukkan gula kastor).
6) masukkan ovalete, blend anggaran 3 minit.
7) masukkan kuning telur, blend sebati semua bahan anggaran 1 minit.
8) masukkan pula susu pekat dan esen vanila. Blend sekejap anggaran 1 minit.
9) kemudian masukkan bahan2 kisar ke dalam bekas adunan.
10) masukkan tepung gandum sedikit2 dan gaul rata adunan menggunakan spatula ataupun whisk.
11) bahagikan adunan dan warnakan.
12) masukkan ke dalam loyang dengan cara marble.
13) kukus kek selama 50 minit dengan air yang mendidih atau sehingga kek masak.
14) kalau cara membakar pula, panaskan oven dengan suhu 170C dan bakar selama 45 _ 50 minit..

📸 Foto & Kredit : Noor Baini Bakar
     Sumber : Azie Kitchen
PERKONGSIAN PAGE RASMI CHEF FAZALINA

Kek Moist
👉 https://shope.ee/5zudNmvqsC

RESEPI KEK COKLAT TANPA TELUR


Kek coklat leleh tanpa telor. Memang moist sangat. Dah banyak resepi versi tanpa telor saya cuba tapi yang ni paling senang dan puas hati. Resepi asal saya cedok dari group ni jugak ☺

Bahan2:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanila
1 sk baking powder
1 cawan air panas

Caranya:
- Satukan semua bahan. Kacau sebati. Tapiskan adunan.
- Kukus 45-50 minit api besar.

Coklat leleh
- Cairkan 1/2 cawan dark coklat + 1/4 cawan susu cair

Kredit resepi Nur Syarah‎
Resepi mudah dan sedap
PERKONGSIAN PAGE RASMI CHEF FAZALINA

Instant Mix Chocolate Moist Cake
👉https://shope.ee/5fHmz1VxTO

RESEPI KUEWTIAU SUP FISHBALL


Bahan-bahan

1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang

1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan.

1 pek kecil fishball dibelah dua.

1 pek kecil fishcake - dihiris nipis.

Cara nak buat dia:

1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.

2. Ehhh dah siap dah.

Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih.

Minyak bawang putih:

Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap.

Cili Kicap:

Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka. Perah sedikit limau.

Siap.

Hidangkanlah kuewtiau tadi bersama si ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, ihirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.

Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa.

Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.

Fresh Fishball
👉https://shope.ee/1ApMEztB68

27 Mei

13 TIPS MUDAH CARA TANAM POKOK DAUN KESUM RIMBUN DARI CIKGU KEBUN

hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni.
.
pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
.
jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nk ajar ni.
.
CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe
.
jadi CK nk kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
.

13 Teknik mudah tanam daun kesum :-

1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.

2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.

3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.

4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.

5. letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.

6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.

7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.

8. Kenapa CK semai dahulu? tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.

9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan kedalam pasu.

10. jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.

11 . Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.

12. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.

13. tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.

haaahh... macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti..
.
tengah kalut-kalut buat laksa tadi, jiran belakang hantar mee goreng. hangpa faham2 la sistem barter...macam tau2 CK buat laksa...hehe

Kredit : Gardening By Cikgu Kebun

Beli Anak Pokok Kesum Disini :-

25 Mei

PIZZA MINI HOMEMADE


Bahan doh :
250ml cawan air suam
1 paket yis mauripan
1 sudu teh gula
1 sudu teh susu pekat manis
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 cawan marjerin

1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk yang lain masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk, gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti.

3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit.

4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggunakan kain atau plastic dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.

Bahan topping pizza :
Tomato puri
Sayur campur
Sosej
Keju cheddar atau mozarella
Sos cili
Mayonis

1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut citarasa memasing.

3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190°c selama 20 minit atau hingga masak. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar memasing.

Tepung pizza segera noraini : https://shope.ee/4pib98Q5PE

Resepi & foto : Natasha Jeffrey

17 Mei

JENIS TEPUNG BERAS




Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!

Untuk pengetahuan korang, ada banyak jenis tepung beras yang dijual di pasaraya dan setiap satu itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat.

Pasti ramai juga yang tidak perasan, ada 3 tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Kalau salah guna tepung untuk buat kuih atau masakan lain, nanti hasinya tidak akan menjadi.

Kalau nak tahu perbezaan diantara 4 tepung beras tersebut dan apa fungsinya, jom ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.

BEZA 4 JENIS TEPUNG BERAS WAJIB TAHU

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
https://shope.ee/funavSxRQ
Sangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
https://shope.ee/8KKEj8jLBA
Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung beras cap gajah 5 ini pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
https://shope.ee/5V03M7BgLh
Tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.

Semua jenis tepung beras ada dekat sini:
https://shope.ee/7pNy8SEmpM

Credit : Ruhana Zalina

14 Mei

JENIS KOPI

Nah, rujuk gambar kalau nak kenal jenis-jenis kopi.

Espresso ni ibarat macam pati kepada kopi, ia diseduh dari air panas bersuhu tinggi ke serbuk kopi. Kalau order espresso sahaja biasanya dapat dalam cawan yang kecil, rasa pahit yang kuat dan bagi yang minum untuk tahan mengantuk akan order ni. Doppio pula double espresso. 

Americano, bahasa mudahnya ialah kopi O. Iaitu espresso yang ditambah dengan air panas kosong. Yang lain-lain seperti latte, cappucino dan sebagainya ialah kopi susu. Tapi bukan kopi susu krim pekat macam yang biasa kita minum, susu yang dipakai ialah susu segar. Ada sesetengah kopi ada ditambah coklet di dalamnya, contohnya mocha. 

Beza kopi susu sehingga terhasil banyak jenis ialah kandungan berapa banyak espresso, foam milk & steam milk. Foam milk ni ialah susu ada dua lapisan susu iaitu lapisan susu biasa dan lapisan buih. Foam milk ni tak bercampur dengan banyak dalam espresso, ia akan beri rasa yang menarik. Steamed milk pula buih susu yang tiada rasa sangat macam foam milk, biasanya diguna untuk buat art pada permukaan hidangan kopi. Nak buat susu berbuih ni dah biasanya pakai steam yng disembur dari steam wand yang ada pada mesin espresso. Kalau seduh cara manual, boleh buat susu ni dari french press. 

Kalau ada pun bercampur dengan susu krim pekat, ia disebut sebagai dolce latte. Tapi kedai kopi yang guna mesin biasanya guna susu segar bercampur dengan kandungan gula yang banyak untuk ganti susu krim. 

Yang buatkan kopi di starbuck dan kedai kopi yang hidangkan jenis kopi begini jadi mahal ialah ia diseduh dari biji kopi arabica dan kopi kampung pula dari biji robusta. Dan mesin untuk menyeduh pula bukan mesin yang biasa, harga untuk mesin-mesin begini agak mahal.

Saya sendiri biasanya minum americano, menyeduh dengan menggunakan dripper sahaja (hand brew). -u.d-

Kopi Bangsawan Original :-