03 Jun

RESEPI MEE KARI


Bahan Kuah Kari:
* Ayam atau daging
* Tauhu pelampung (goreng sekejap)
* 2 biji bawang merah besar (dikisar)
* 3 biji bawang putih (dikisar)
* 2 sb udang kering (dikisar)
* 10 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 batang serai (diketuk)
* 4 sb serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
* 2 sb serbuk cili – optional (bancuh dengan sedikit air)
* 1 kotak kecil santan
* 1 cawan air
* 1 pc kiub pati ayam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, bahan kisar dan serbuk kari dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air
2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam atau daging, biar bagi masak sekejap ya.
3. Lepastu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah agak-agak saje ya, jangan cair/pekat sangat.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biar mendidih dan baru masukkan tauhu tadi. Siap!

Bahan lain:
* Mee kuning (celur sekejap)
* Fishball (goreng&hiris)
* Fishcake (goreng&hiris)
* Tauge
* Daun sup (hiris)
* Lada merah/ hijau (hiris)
* Bawang goreng
* Limau kasturi
* Telur rebus- belah dua

Kredit: Bunga Jua

Serbuk Kari
👉 https://shope.ee/AyxCRmwVc

AIR KATIRA


Bahan-bahan :

Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
Susu pekat manis
Biji selasih (rendam dulu)
Cincau (potong ikut suka)
Sirap Ros/pewarna merah

*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti?
Iye tebu, takde rasa tebu pun sebenarnya. Rasa macam air Katira.
*Sukatan ikut sedap mata memandang sedap lagi tekak menelannya. 😁

Cara-cara :

1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
2. Masukkan air kosong.
3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
4. Masukkan ais.

Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. 😘

EDIT : Tak semua tempat sng cari katira, kembang semangkuk dan bahan lain dalam katira asli. Dan tak semua orang rajin nak blend kurma dan daun pandan masa puasa ni. Sekali lagi diingatkan bahan y ni versi ekspres, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa. Maaf kalau ada tersalah dalam berkongsi resepi. 😊

Kredit : Siti Hajar Mat Rasid

Gum Katira
👉 https://shope.ee/2Ak1ZyaAI0

RESEPI MEATBALL ALA ALA IKEA


📌 Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya
📌 Kentang Putar
3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)
1 sudu besar butter
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu teh garam halus
3 sudu besar susu full krim
👉 Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.
👉 Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.
👉 Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.
📌 Sos Gravy
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2¹/² cawan air
1 ketul kuib pati daging Knorr
1/4 cawan susu cair
1/2 sudu kecil gula
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

👉 Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang
👉 Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.
👉 Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata
👉 Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.
Selamat Mencuba

Kredit: Nazri Ahmad

Meatball Ayam :-
👉 https://shope.ee/8evccoJOFu

RESEPI PULUT DAKAP ORANG DULU2


Bahan-bahan :

Beras pulut 1kg
Santan pekat 500gm
Air 1 gelas
Gula dua cawan
Garam halus 3 sudu kecik
Daun pisang yg hijau
Pisang tanduk
Pisang kebatu pun boleh
Pisang nipah pun boleh
Pisang kelat siam atau kelat lega pun boleh
Tali ropia
Atau pun tali getah.saya guna tali ropia sebab ikut cara orang tua dulu2

Cara caranya :

Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudiam kukus pulut sampai naik wap
Kemudiam masak santan gula garam sampai mendidih kemudiam tutup api angkat periuk santan letak kat bewah ambil pulut yg telah di kukus takdi buh dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudiam panas kan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit2 kemudiam
ambil daun pisang letak kan pulut dn pisang tutupkan dengan pulut balut2 kemudiam ikat dengan tali ropia atau pun tali getah
Dah siap boleh lah kukus atau pun rebus

Selamat Mencuba 👍

Credit : Azura Yusoff

Pulut Dakap :-
👉 https://shope.ee/A9kQJVBR7t

RESEPI NASI AYAM SEDAP


Resepi ini adalah untuk sesuai untuk: 4 orang makan
.
BAHAN-BAHAN:
.
Bahan untuk ayam (direbus):
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam
.
Bahan untuk ayam (diperap):
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan
.
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
.
Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
.
Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
.
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
.
Cara Penyediaan – AYAM:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
.
Cara untuk memasak nasi:
+ Basuh beras dan tos air.
+ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
+ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
.
Cara untuk memasak sup:
+ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
+ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
.
Cara untuk memasak sos:
+ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)
.
Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
.
TIPS:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Makanan Segera Sedia Untuk Dimakan :-
👉 https://shope.ee/5UyZVxTtth

APAM BALIK NIPIS RANGUP


Bahan-Bahan:

½ cawan gula pasir
1 biji telur
1 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan Tabur –

Gula Pasir
Jagung Krim
Kacang tanah – ditumbuk kasar

Cara Membuat:

1. Blend gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi.

2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati.

3. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.

4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.

6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.

Kuali Apam Balik :-
👉 https://shope.ee/3VDUQ68ncl

RESEPI APAM BALIK RANGUP 🥰


Bahan
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu besar susu pekat
-1/4 cawan gula
-1 sudu kecil yis
-1/2 cawan air suam
-2 sudu besar minyak masak
-1 sudu kecik soda bikarbonat
-Sedikit garam
-1 biji telur saiz kecil
-1 cawan susu segar (kalau takda boleh je letak air kosong)

Bahan Topping :
-Jagung
-Kacang tanah disangai dan ditumbuk kasar
-Gula
-Sedikit marjerin utk disapu pada permukaan apam balik setelah masak

Cara-cara:
1. Bahan bertanda gula, yis dan air suam di campur dalam satu cawan, tutup permukaan cawan dan biarkan 5 minit dah naik berbuih boleh dicampur dalam adunan tepung nanti.
2. Pecahkan telur kacau dengan whisk hingga berbuih, campur semua bahan2 di atas, kacau hingga sebati, tuang campuran yis tadi dan sekali lagi kacau hingga sebati.
3. Biarkan dalam 30 minit dan boleh dioles pada permukaan pan nonstick (tak perlu sapu minyak ya) dalam 1 senduk atau lebih sikit.
4. Api dapur hanya guna api perlahan saja ye utk elakkan ia hangus, bila nampak dah separuh kering bolehla tabur gula, jagung dan kacang tanah. Dah masak lipat dua.
5. Dah siap masak boleh sapu sikit marjerin pada kulit apam balik.

** jika nak buat apam balik krispy hanya guna sikit je adunan tepung oles bagi nipis...

SELAMAT MENCUBA SEMUA..😘

Kredit resepi : Siti Nadirah

Tepung Apam Balik :-
👉 https://shope.ee/8pF0lwVY0o