03 Jun

RESEPI PUDING MILO OREO yummy!!!!


Bahan
.
Serbuk agar2 clear 10gm
Air 4 cup
Gula pasir 1/2 cup (suka makan manis letak la 1 cup)
susu cair 1 tin
oreo 1 paket (krim jangan buang)
milo 1 cup (eyna campur serbuk koko sikit*)

Cara2

1) Larutkan agar2 dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
2) Masuk susu, kacau sampai didih.
3) Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
4) Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.
5) Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.
6) Tunggu sehingga layer tu keras, garit2 kan pakai garfu diatas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih .Patahkan dua biskut oreo tu, dan susun biskut ikut suka byk mana atas layer putih tu.
7) Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam2 boleh masuk dalam esbok, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selamat mencubaaaa πŸ₯°

p/s: eyna buat 1/2 cup gula dan oreo dalam 5 keping je sbb tak suka manis.
eyna pakai serbuk agar2 yang color coklat (ketua keluarga salah beli🀭)tapi rasanya lagi nmpak menarik layer tgh tu, dun wori rasa still sama hihii

Credit : Nurfarleena Shuko

Beli Milo Disini
πŸ‘‰https://shope.ee/7A74KfxaBF

Beli Oreo Disini
πŸ‘‰https://shope.ee/A9kfuGFcRT

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

RESEPI BAKSO


🌰 Bawang Merah
🌰 Bawang Putih
🌰 Serai (2 batang) - 1 blend 1 diketuk
🌰 Halia
🌰 Lada Hitam biji
🌰 Biji ketumbar
🌰 Rempah sup ayam
🌰 Kiub Pati Ayam
🌰 Bebola daging (frozen)
🌰 Garam
🌰 Gula
🌰 Ajinamoto / perasa
🌰 Bihun (dicelur)
🌰 Suhun (dicelur)

RESIPI CABAI BAKSO

🌢️ Cili thai merah (pedas)
🌢️ Cili burung(kalau ada)
🌢️ Bawang putih
🌢️ Bawang merah
🌢️ Cuka

☝️ Blend bahan- bahan ni semua dan masak atas api sederhana pekat (nak perasakan terpulang masukan gula dan garam) tak nak pun tak pa

KUAH πŸ‘‡

🍑 Blend bahan- bahan iaitu bawang merah,bawang putih,halia,serai,biji lada hitam,biji ketumbar dengan sedikit air..

Cara - cara :

🍜 Tumiskan serai yang diketuk.Kemudian baru masukan bahan yang dikisar tadi..tumis sehingga naik bau..

🍜 Masukan rempah serbuk sup ayam,kiub pati ayam,dan perasakan secukup rasa dengan garam,gula dan ajinamoto kalau nak. Dan masukan air secukupnya.

🍜 Dah didih baru masukan bebola daging . Lepastu celurkan bihun dan suhun dengan air panas. Hiaskan dengan daun sup ,daun bawang,bawang goreng ,taugeh dan yang penting cabai nya 🀀🀀

Sumber : Cik Merpati Putih

Bumbu Kuah Bakso
πŸ‘‰ https://shope.ee/4V6J9uDInZ

RESEPI AYAM PERCIK


Bahan-bahan:
* 7 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 3 tangkai serai
* 2cm kunyit hidup
* 1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar jintan manis
* Garam dan gula secukupnya
* 1 ekor ayam
* Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak, masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200c selama 15 minit, bakar atas dapur pun boleh.

Bahan kuah:
* 7 tangkai cili kering
* 3 ulas bawang putih
* 5 sudu sos cili
* 1 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali, masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air, kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
6. Tuang kuah atas ayam.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Buluh Ayam Percik
πŸ‘‰ https://shope.ee/1AprBpyFjk

RESEPI MEE KARI


Bahan Kuah Kari:
* Ayam atau daging
* Tauhu pelampung (goreng sekejap)
* 2 biji bawang merah besar (dikisar)
* 3 biji bawang putih (dikisar)
* 2 sb udang kering (dikisar)
* 10 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 batang serai (diketuk)
* 4 sb serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
* 2 sb serbuk cili – optional (bancuh dengan sedikit air)
* 1 kotak kecil santan
* 1 cawan air
* 1 pc kiub pati ayam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, bahan kisar dan serbuk kari dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air
2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam atau daging, biar bagi masak sekejap ya.
3. Lepastu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah agak-agak saje ya, jangan cair/pekat sangat.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biar mendidih dan baru masukkan tauhu tadi. Siap!

Bahan lain:
* Mee kuning (celur sekejap)
* Fishball (goreng&hiris)
* Fishcake (goreng&hiris)
* Tauge
* Daun sup (hiris)
* Lada merah/ hijau (hiris)
* Bawang goreng
* Limau kasturi
* Telur rebus- belah dua

Kredit: Bunga Jua

Serbuk Kari
πŸ‘‰ https://shope.ee/AyxCRmwVc

AIR KATIRA


Bahan-bahan :

Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
Susu pekat manis
Biji selasih (rendam dulu)
Cincau (potong ikut suka)
Sirap Ros/pewarna merah

*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti?
Iye tebu, takde rasa tebu pun sebenarnya. Rasa macam air Katira.
*Sukatan ikut sedap mata memandang sedap lagi tekak menelannya. 😁

Cara-cara :

1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
2. Masukkan air kosong.
3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
4. Masukkan ais.

Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. 😘

EDIT : Tak semua tempat sng cari katira, kembang semangkuk dan bahan lain dalam katira asli. Dan tak semua orang rajin nak blend kurma dan daun pandan masa puasa ni. Sekali lagi diingatkan bahan y ni versi ekspres, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa. Maaf kalau ada tersalah dalam berkongsi resepi. 😊

Kredit : Siti Hajar Mat Rasid

Gum Katira
πŸ‘‰ https://shope.ee/2Ak1ZyaAI0

RESEPI MEATBALL ALA ALA IKEA


πŸ“Œ Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya
πŸ“Œ Kentang Putar
3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)
1 sudu besar butter
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu teh garam halus
3 sudu besar susu full krim
πŸ‘‰ Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.
πŸ‘‰ Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.
πŸ‘‰ Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.
πŸ“Œ Sos Gravy
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2¹/² cawan air
1 ketul kuib pati daging Knorr
1/4 cawan susu cair
1/2 sudu kecil gula
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

πŸ‘‰ Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang
πŸ‘‰ Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.
πŸ‘‰ Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata
πŸ‘‰ Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.
Selamat Mencuba

Kredit: Nazri Ahmad

Meatball Ayam :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/8evccoJOFu

RESEPI PULUT DAKAP ORANG DULU2


Bahan-bahan :

Beras pulut 1kg
Santan pekat 500gm
Air 1 gelas
Gula dua cawan
Garam halus 3 sudu kecik
Daun pisang yg hijau
Pisang tanduk
Pisang kebatu pun boleh
Pisang nipah pun boleh
Pisang kelat siam atau kelat lega pun boleh
Tali ropia
Atau pun tali getah.saya guna tali ropia sebab ikut cara orang tua dulu2

Cara caranya :

Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudiam kukus pulut sampai naik wap
Kemudiam masak santan gula garam sampai mendidih kemudiam tutup api angkat periuk santan letak kat bewah ambil pulut yg telah di kukus takdi buh dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudiam panas kan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit2 kemudiam
ambil daun pisang letak kan pulut dn pisang tutupkan dengan pulut balut2 kemudiam ikat dengan tali ropia atau pun tali getah
Dah siap boleh lah kukus atau pun rebus

Selamat Mencuba πŸ‘

Credit : Azura Yusoff

Pulut Dakap :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/A9kQJVBR7t