03 Jun

TEPUNG BOKO UBI KAYU


Bahan2:

3 cawan ubi kayu parut
2 cawan gula merah
½ cwn gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan

Cara2:
1) Masak bahan2 di atas hingga larut. Tapis dan sejukkan.
2) Campurkan ubi parut dengan air gula tersebut dan gaul rata. Tuang ke dalam bekas tapawere atau loyang saiz 7inci
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Angkat dan ketepikan

LAPISAN ATAS

Bahan2:
2 cawan santan pekat
1 cawan air -
140g tepung beras
50g tepung gandum
1½ sudu kecil garam

Cara2:
Satukan kesemua bahan di dalam periuk.
Kacau sehingga semua bahan larut.
Masak dengan api kecil sehingga hingga berwap.. kemudian tuang atas ubi yg dh masak td.. Kukus dlm 20minit lg.. Dh masak sejukkan dulu baru mkn.. πŸ˜…

kredit: izz mas

Tepung Beras
πŸ‘‰https://shope.ee/AK5RungQIz

RESEPI ASAM PEDAS PARI


BAHAN-BAHAN:

1 kg Ikan Pari
20 tangkai cili kering direbus *
5 ulas bawang merah*
1 Biji Bawang Besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
Sedikit belacan*
1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan ( belah 2 )
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

CARA2NYA:

1. Kisar bahan Yang bertanda *
Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau,,biar betul2 pecah minyak ye..

2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jgn cair ye biar pekat2 sikit, tp jgn pekat sngt, agak2 lah ye...

3. Kemudian tambahkan garam, gula dan
sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari msk, last masukkan bendi, xpayah Lama sngt nanti bendi lembek. .dh agak2 lembut bendi blh tutup api. ..Dan sedia dihidangkan,,

Kredit : Nor Khomariah Norrohman ex

Pes Asam Pedas Pak Man
πŸ‘‰ https://shope.ee/6pVrAFbmrh

RESEPI PUDING BUIH


Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

Cara Mmembuat
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.

Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya).

Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu.

Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.

Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan..

Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih.

Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.

Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah.

Sedap dimakan masa sejuk.

**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni.

Credit: Lubuk Resepi
Perkongsian Page Rasmi Chef Fazalina

Acuan Puding :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/7A8323iHMQ

KUETIAU SUP CHINESE STYLE


Kuetiau – celur dengan air panas

Bahan Sup:
* Bawang putih
* 4 cawan Air
* Fish ball
* Fish cake
* Sayur
* 1 ketul Kiub ayam

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih kemudian masukkan air secukupnya, ikut nak banyak mana kuah sup tu nanti
2. Masukkan fish ball, fish cake dan kiub ayam
3. Bila dah mendidih, masukkan sayur
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau ada minyak bijan, boleh masukkan sikit, nanti kuah tu wangi je

Minyak Bawang Putih:
* 1 labu Bawang putih – dipotong dadu
* Minyak secukupnya

Caranya: Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Dah perang boleh angkat

Cili Kicap:
* Kicap cair
* Kicap manis
* Minyak bijan
* Cili potong

Caranya: Campurkan saja semua bahan

Kredit: Nur Habibah Yapani

Pes Char Kuetiaw :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/6AFO9eBgS9

RESEPI AYAM PERCIK


Bahan-bahan:
* 7 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 3 tangkai serai
* 2cm kunyit hidup
* 1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar jintan manis
* Garam dan gula secukupnya
* 1 ekor ayam
* Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak, masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200c selama 15 minit, bakar atas dapur pun boleh.

Bahan kuah:
* 7 tangkai cili kering
* 3 ulas bawang putih
* 5 sudu sos cili
* 1 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali, masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air, kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
6. Tuang kuah atas ayam.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Rempah Ayam Percik :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/2pyvqmFsrA

πŸ”RESEPI AYAM MASAK KICAP MABELESπŸ”

BAHAN2:
●7@8 ketul ayam-potong kecik n gaul garam kunyit dan goreng
●2 biji kentang-hiris n goreng
●*10 tangkaicili kering
●*1 biji bwng besar
●*3 ulas bwng putih
●*1 inci halia
●Sedikit kicap
●1 sudu mkn sos tiram
●1 sudu mkn cili sos
●Garam, perasa n sedikit gula
●1 biji bwng besar-hiris bulat
●2 biji cili hijau-belah 2
●Cili padi merah + hijau
●Tomato ceri

CARA2:
○Mesin bhn bertanda *
○Tumis bhn mesin hingga garing
○Masukkan sos tiram dan cili sos
○Masukkan garam,perasa n gula
○Masukkan ayam dan kentang, tuangkn sedikit kicap (ikut nak hitam mn warnanya)
○Akhir skali..masukkan bawang hiris, cili belah 2, cili padi n tomato ceri.

Kredit: Najwa Zulkifli

Readymade Ayam Masak Kicap :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/5zvsI7eJeK

RESEPI MEE BANDUNG ABANG


2 sudu cili kering kisar (ikutlah nk pedas mana)
Air Rebusan daging
3 ulas bawang putih -
½ biji bwg besar..
udang kering kisar
daging /udang
sawi
garam, gula
1 sudu besar sos tiram

Bancuh air tpung jgung sikit je.. Bg pkat sikit je
-tumis bhn racik sampai wangi
-masukkn udang kering sampai wangi
-masuk sos tiram, daging rebus dulu
-masuk air sampai didih (terpulang nk byk mana)
,garam, gula
-last baru masuk udang
*, pecah telur sebiji
*mee basuh, tos pastu rendam dgn air panas kejap
Kalau buat kat rumah.. Korang blend skali keledek.. Bg pekat.. Kalau buat mee kari blend kentang... Mmg sedapppp.. Pekat
Kalau nak kisar pon bole.. Tp sini buat bila org order... Ketuk2 campak je... Hihi
Ni untuk sorang makan

Rempah Mee Bandung :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/4AUE6owsXS