03 Januari

BEKAS KEDAP UDARA

Kt sini sy shre resepi..  Bhn2 simple je. P rsa mcm aym kfc original 😄😄.. Setabung 2 dn la 2minggu klu mls.. Klu rajin xdn seminggu Setabung besar.. Jimat kos..jimat ms xpyh g beratur beli kfc🤗🤗

bekas kedap udara cantik:
https://shope.ee/6zundLvvsg

Resepi..
1/2  peket tepung gandum
1 peket tepung beras jati
1 peket tepung jagung cap bintang
1 peket kecil serbuk kari ayam/daging
1 peket kecil serbuk kunyit
Serbuk cili klu nak pedas letak lebih tak nak pedas letak sedikit..

Cara: Campur semua bahan dalam bekas kacau dan gaul hingga  sebati dan dah siap. boleh guna terus atau simpan dalam bekas bertutup..🫰😋..

Credit to owner resepi

KEPAK AYAM MANIS2 PEDAS

Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata.  Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.

Kepak Ayam  Manis² Pedas

oven: https://shope.ee/4pqJ3E3HN4

RESIPI::
1 kg kepak ayam -
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)

REMPAH²"

1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan  tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Satukan semua rempah  dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian  terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit . 

Akhir sekali,  campurkan madu dgn krpak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup ... lebih kurang 10 - 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing² dan kalau nak ranggup ke atau tidak.  Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan.  Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.

Resipi ini  lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.

Petua:
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing².

Selamat mencuba.

Kredit: victoria van bennekum MAHN

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP


Resepinya mudah saja.

BAHAN-BAHAN :

Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak

**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita.

CARA MEMBUATNYA :

1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.

2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.

3. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.

4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.

6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.

7. Saya punya ni saya guna hand blender.

8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.

9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.

10. Siap!

SELAMAT MENCUBA 👍

Sambal nyet khairul aming :-
https://shope.ee/8pMRo8d1oR

RESEPI ROTI JALA 🧡


Acuan roti jala: https://shope.ee/4AacFQXhCt

☑1kg tpg gandum
☑1sdb tepung ubi (fungsi tepung ubi x nak jalanye mudah putus²)
☑ 2bji telor
☑ ½tin susu cair
☑ 2sdb minyk msk
☑ Garam 1sdb
☑ pewarna kuning
☑ air secukup nya (adunan jgn cair sgt or pekat sgt)

➡Satukan smua dlm bekas..
kacau dgn whisk smpai sebati..
next blend..tuang dlm acuan roti jala..
(Yang ni guna acuan botol)
biarkan adunan dlm 10 minit..
baru mula menebar menjala

Kredit resepi: Nora Syikin Azmi

RESEPI KEK TAPAK KUDA


kotak kek tapak kuda:  https://shope.ee/4VDSdyl6X2

4 Biji telur gred A / 5 biji B
1/2 cawan Gula castor
1/2 cawan Tepung naik sendiri
1 sdb Ovellete
3 sdk Susu tepung
1 sdk Esen vanilla
125 gram marjerin/butter (dicairkan)

CARA²
Pukul sampai gebu & kembang semua bahan kecuali butter cair. Dah gebu dan fluffy masukkan butter cair. Kaup balik sehingga sebati.
Asingkan 100g adunan dan masukkan 1sdb serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.
Simpan sikit lebihan utk lorekkan bhgian atas.
Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing².
Dah siap bakar sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula. Wrap dgn menggunakan plastik cyling wrap kemas².
Boleh letak filling kesukaan. Boleh letak chiller sebelum potong utk elakkan filling terlalu meleleh.

Credit to Rosmah Ahmad

AGAR-AGAR LUMUT

Alhamdulillah siap ustazah ank sekolah agama order, blk klinik ank sakit. Ibu pun buat agar-agar lumut cantik kejadian satu rumah bau pandan wangi je.

Resepi agar-agar santan pandan

cutter agar- agar: https://shope.ee/1LGQs6GNGa

Bahan-bahan:

1 liter air
20g agar-agar tali (bilas)

Masak api kuat sampai agar-agar cair jadi air

200ml santan kotak
1biji telur gred B@C
15@16 daun pandan tua hijau pekat - Cuci dan bilas daun pandan
500ml air

Cara buat:

Masuk air dalam blender dan daun pandan potong sedang2. Blender sikit2 sampai abis daun pandan, tapis guna tapis kain.

Perah dahulu buang hampas, santan dan telor blender kejap je, tapis dalam bekas air daun pandan.

Masukkan gula 3 senduk sedang dalam periuk agar-agar dan masuk air daun pandan. Kacau sesekali dan rasa.

Bila dah ok, tunggu agar-agar mendidih dan tutup api. Bilas loyang dan jangan lap, biar je dan masuk agar-agar ke dalam loyang.

Size loyang 26×28
Potong 8×8=64pcs

Resepi Oleh: Rozita Daud

IKAN STIM LIMAU

Ikan Stim Limau bahan yg simple tapi rasa sebijik kt kedai thai😍memang menambah nasi la jawabnya😋
sape suka ikan stim limau ni ❤️ silakan masak🥰

Bahan2:
🌹Ikan siakap
🌹Bawang putih cincang/potong dadu
🌹Halia hiris
🌹Serai 1btg untuk hiris & 2btg untuk letak              dalam ikan.
🌹Cili padi merah &hijau
🌹Asam Limau
🌹Daun ketumbar.akarnya jangan buang,rebus skali ngn ikan👍
🌹Garam @ sos ikan untuk perasa.

Cara2 masak ada kt gambar ye u olss🥰sangat2 senang👍
Tunggu ape lagi!!!arrr jom makan🤲

kredit: zafirah zawawi

Sos Stim Limau :-