10 Jun

CARA BETUL CUCI SOTONG

Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong.

Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan korea. Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.

CARA-CARANYA :

1. Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki.

2. Taburkan garam kasar dalam satu-dua dalam bekas berisi sotong (boleh juga guna garam halus tapi lebih baik garam kasar).

3. Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar.

4. Ramas sampai keluar buih macam sabun.

Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas-ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.

5. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih sehingga hilang air buih air garam. Insya-Allah sotong tak masin jika basuh bersih.

6. Kemudian tos kan sotong.

Bole masak seperti biasa. Insya-Allah sotong tak keluarkan banyak air dan pejal walaupun dah masak.

Kredit: Noris Nora via viral malaysia ku

Kicap Sotong Pengganti Garam :-
https://s.shopee.com.my/7Uv9sAjl4R

KEK MILO 3 BAHAN 3 CARA


2 cawan Milo
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat

1. Blend semua bahan.
2. Masukkan adunan salam loyang.
3. Kukus selama 1 jam.

Dah siap! Selamat mencuba

Kredit resepi: Noriza Awang Hamat

Kek Lapis Milo :-
https://s.shopee.com.my/40LHhILSFa

RESEPI SAMBAL IKAN TENGGIRI


Sedap, pedas dan padu. Spicy Mackerel Fish sambal

BAHAN-BAHAN :

5 keping Ikan Tenggiri
1 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1/2 buah limau jus
Sedikit lada hitam/putih
1 sk tepung jagung
1 bawang besar hiris
Sebesar limau kecil asam jawa +1/4 cawan air
1 sb kicap manis
1 sk gula putih + 1sk gula perang/nisan
1 bawang Holland potong bulat
Minyak secukup untuk goreng
1/4 cawan untuk masak (atau guna minyak goreng ikan)

(A) BAHAN KISAR :

5 ulas bawang putih
5 bawang kecil
1 Serai hirisan nipis
2 inci halia
1 tomato
20 to 25 Chili kering rebus dulu
1 sk garam
2 sb minyak
1/4 cawan air

CARA MEMASAK :

*Kisarkan bahan (A) dan letak tepi akan guna Kemudian.

*Bersihkan ikan dan Perapkan dengan kunyit, garam, jus limau, serbuk lada hitam dan tepung jagung. Biarkan rehat 10 minit Kemudian Gorengkan ikan.

*Panaskan kuali, guna minyak goreng ikan atau minyak baru, Masukkan hirisan Bawang.

Kemudian Masukkan pes cili kisar tadi. Tumis hingga pecah minyak. Sentiasa periksa.

Masukkan air panas jika perlu dan biarkan masak lagi.

Masukkan air asam, biarkan masak lagi 2 minit.

Kemudian Masukkan gula, kicap manis dan garam secukup.

Masukkan ikan goreng dan masak lagi 3 hingga 5 minit atau hingga sauce sambal salut dengan ikan.

Akhir sekali masuk hirisan Bawang dan Gaulkan sebati masak seminit dan hidangkan.

Kredit :
MommaTsCookingDiary

SELAMAT MENCUBA 👍

Sambal Ikan Thai :;-
https://s.shopee.com.my/7KbGGwnKc0

RESEPI ROTI TURKI


BAHAN-BAHAN :

◾️8½ cawan tepung (1.1kg)
◾️1.7 cawan air suam 400 ml
◾️1.7 cawan yogurt 400ml
◾️1 sudu kecil garam
◾️1 pek yis segera kering 10 g
◾️3 sudu besar minyak sayuran
◾️½ cawan mentega 60 g

CARA MEMBUATNYA :

◾️Campurkan yogurt dan air bersama-sama.

◾️Kacau dalam tepung, yis dan garam.

◾️Apabila anda mendapat doh yang halus, sapukan dengan minyak, dan tutup
dengan bahan lutsinar

◾️Biarkan doh selama 15 minit di tempat yang kering dan hangat.

◾️Setelah doh masuk, minyak tangan anda, asingkan doh dari kuali.

◾️Bahagikan kepada lapan bola.

◾️Uli bebola dan biarkan selama 15 minit.

◾️Gulungkan setiap bebola doh ke dalam bulatan dan bakar di atas kuali yang telah dipanaskan.

◾️Sementara roti suam, sapukan dengan mentega.

Kredit : Empunya resepi

Roti Turki :-
https://s.shopee.com.my/7Uv9rYhVdk

RESIPI AIR KATIRA PALING SEDAPPP!


Kalau bulan puasa air katira ni memang famous untuk di jadikan juadah berbuka, resepi yang sangat mudah dan sedap untuk dinikmati.

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)
Pewarna hijau
Gula secukup manis
Cincau
Biji selasih

Dapatkan air katira original
👉 https://s.shopee.com.my/30SGo2yUfI

CARA PENYEDIAAN:

1. Rendamkan biji selasih dengan air panas terlebih dahulu supaya mengembang.
2. Hingga jadi kembang begini.
3.Sagatkan cincau hingga halus begini.
4.Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air, ais dan gula ke dalam gelas atau jag.
Kacau sebati dan masukkan cincau serta biji selasih.
5. Siap untuk dihidang.

Kredit kepada pemilik resepi  .

AISKRIM KACANG MERAH


plastik aiskrim:
https://s.shopee.com.my/oemrU8ZG

Resipi 👇

Bahan - Bahan:

Kacang merah (lebih krg 300grm )
1.5 liter air masak
1cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 satu kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
Sedikit sirap
Sedikit garam

1.Rendam kacang semalaman ...pstu rebus sampai empuk .. pstu lenyek ..(Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk)*kcang merah sy suka letak byk ..lagi sedap ..resipi diatas anggaran shja .
2 .l.5 liter air + 1 cwan gula masak atas dpur smpi gula hancur
3. 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dlm air gula tu ..kcau smpi tpung larut ..nk snang guna mixed
4 . masuk 1/2 susu pekat ..1 kotak santan yg kecik ..1 tin susu cair ..gram ckt ..sirap sikit utk bg color cntik ..buka api kecik kacau smpi mendidih ..last skli msuk kacang yg ditumbuk tu ..kacau smpi kcang sebati ttup api

Sumber : Siti Norazliana

RESEPI AYAM GORENG HOT AND SPICY


BAHAN-BAHAN

🐣Ayam
Tepung jenama BESTARI
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili (jika perlu)
Minyak Masak

***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin

CARA MEMBUATNYA :
1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh smpai jadi sederhana pekat. (ikot pada kuantiti ayam)

2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Sy perap 5 jam.

3. Sediakan tepung untuk salutan pulak.

4. Campurkan tepung bestari yg blm di bancuh dgn air dgn tepung gandum & tepung beras (sy xda sukatan yg tetap. Main agak2 je. Anggaran 1 senduk tepung bestari 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras

5. Pastu amik aym yg dh perap tdi masuk dlm cmpuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul2 sebab kalau buat bnyk2 dia jadi x cntik & tak bersalut. So kene sabarrrrrr masa bedak kan dia.

6. Masukan ayam dh salut tadi dalm minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata & ayam terendam (xperlu gaul2 banyak kali. Biarkan dia masak dgn tenang)

*Masa goreng dlm periuk or kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jgn bnyk2 sngt. Ikot saiz tmpt masak tu lerrr

7. Lepas tu dah masak  agak2 kekuningan. Angkat lerrrr. Lepas tu ngap la 😂

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA 👍

Tepung Ayam Goreng :-
https://s.shopee.com.my/6fLYWTdwIe