22 Mac

Syarikat IT gergasi IBM umum mereka akan tutup pusat operasi mereka di CyberJaya.

Pagi ini, syarikat IT gergasi IBM umum mereka akan tutup pusat operasi mereka di CyberJaya.

Pelaburan ini di bawa masuk oleh kerajaan BN masa saya PM dan mula beroperasi pada tahun 2014.

Hari ini, IBM sahkan ianya akan ditutup pada bulan Mei. Sekitar 3,000 pekerjaan nilai tinggi terjejas.

Ini berikutan syarikat teknologi asing T-Systems dengan 800 pekerja di CyberJaya yang juga telah umum tarik diri dari Malaysia pada bulan November tahun lepas.

Pekerjaan-pekerjaan kemahiran teknologi dengan nilai tinggi inilah yang diidamkan Malaysia selama ini. 

Amat rugi sekali bagi negara.

"23 Mac 2021: IBM to shut down Cyberjaya Global Delivery Centre on May 31"
https://www.theedgemarkets.com/article/ibm-shut-down-cyberjaya-global-delivery-centre-may-31

Coretan,
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

21 Mac

ASAL USUL NAMA KELANTAN , GELARAN CIK SITI WAN KEMBANG (RAJA PEREMPUAN KISARAN PAYUNG)


#SambunganBahagianAkhir

Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad) telah menganugerahkan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung kepada Adruja sebagai tanda penghargaan.Setelah kemangkatan Raja Sang Tawal pada tahun 1335, Adruja Wijayamala Singa telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama di negeri Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung. Pusat pemerintahan negeri tersebut terletak di Kuala Krai (kini Jajahan Kuala Krai di Kelantan). Pasukan khas Seri Wijayamala turut tinggal bersama Adruja.

Dalam tempoh yang singkat, Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung telah berubah menjadi sebuah negeri yang sungguh indah di bawah pemerintahan Adruja. Baginda juga diberi gelaran 'Cik Siti Wan Kembang' oleh rakyat tempatan.

Lama-kelamaan, gelaran tersebut telah menjadi satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan yang memerintah negeri tersebut. Menurut sumber pensejarahan di negeri Kelantan, Adruja Wijayamala Singa ialah Cik Siti Wan Kembang yang pertama.

Sungai Kelantan adalah satu-satunya jalan keluar masuk bagi Kuala Krai
- ibu kota Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung.

MANGKATNYA RAJA PEREMPUAN

KISARAN PAYUNG 

Selepas 10 tahun memerintah, Adruja Wijayamala Singa mangkat pada tahun 1345. Meskipun makam raja perempuan tersebut tidak pernah ditemui hingga ke hari ini, namun baginda dipercayai telah dimakamkan di sekitar Jajahan Kuala Krai di Kelantan. 

Adruja merupakan seorang ratu dara (the virgin queen) kerana baginda tidak pernah berkahwin seumur hidupnya. Ini sekaligus bermakna baginda tidak mempunyai waris keturunan. Oleh sebab itulah, Raja Bharubhasa iaitu saudara kandung Adruja yang juga merupakan Raja Langkasuka telah bertindak mengambil alih negeri tersebut.

Sebagai pemerintah yang baharu, Raja Bharubhasa mula menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah. Kemudian, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada saudara kandungnya yang bernama Raja Singhadiraja atau Raja Sulaiman.

Kesultanan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kesultanan Kisaran Payung terus diperintah oleh keturunan Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) selama beberapa generasi.

WARISAN
PASUKAN KHAS SERI WIJAYAMALA 

Adruja Wijayamala Singa dipercayai merupakan satu-satunya puteri dan raja perempuan di Kepulauan Melayu atau Nusantara yang memiliki pasukan tentera khas wanita. Pasukan khas tersebut diberi nama Seri Wijayamala dan diketuai oleh Adruja sendiri.

Pasukan khas Seri Wijayamala dianggotai 41 orang wanita yang terdiri daripada golongan hamba abdi, budak suruhan dan janda muda yang kematian suami di medan perang. Mereka mahir dalam ilmu ketenteraan, pandai bermain senjata dan menunggang kuda.

KESULTANAN SERENDAH (SERI INDAH) SEKEBUN BUNGA

ATAU KESULTANAN KISARAN PAYUNG

Kesultanan Kelantan Darul Naim yang didirikan oleh Long Yunus
telah menyatukan wilayah dua buah kesultanan terdahulu.

Adruja Wijayamala Singa (atau Cik Siti Wan Kembang I) merupakan pengasas Kesultanan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga (atau juga dikenali sebagai Kesultanan Kisaran Payung). Kesultanan ini berpusat di Kuala Krai (kini Jajahan Kuala Krai di Kelantan).

Ketika zaman pemerintahan Wan Kembang (atau Cik Siti Wan Kembang II), nama kesultanan tersebut telah ditukar kepada Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga Cerang Tegayung. Pada tahun 1766, kesultanan tersebut lenyap setelah Long Yunus mendirikan Kesultanan Kelantan Darul Naim. 

ASAL-USUL NAMA KELANTAN

Terdapat banyak teori yang telah dikemukakan mengenai sejarah asal-usul nama negeri Kelantan. Salah satu teori terbaru menyebut - negeri Kelantan dipercayai mendapat namanya dari nama kelewang panjang milik Adruja Wijayamala Singa (Cik Siti Wan Kembang I) - Raja Perempuan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga. Nama kelewang panjang tersebut ialah Kilatan.

GELARAN
‘CIK SITI WAN KEMBANG’

Adruja Wijayamala Singa merupakan tokoh pertama yang menggunakan gelaran ‘Cik Siti Wan Kembang’. Menurut sejarah, penduduk Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga telah memberikan gelaran tersebut kepada Adruja sejurus selepas baginda ditabalkan sebagai Raja Perempuan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga.

Gelaran tersebut telah digunakan semula oleh Wan Kembang (1610-1667) - salah seorang keturunan Raja Bharubhasa (atau Sultan Mahmud Syah), iaitu saudara kandung Adruja. Tokoh yang bernama Wan Kembang ini telah dikenalpasti sebagai ‘Cik Siti Wan Kembang II' oleh golongan sarjana dan sejarawan.

SUMBER RUJUKAN

101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.Pensejarahan Patani.Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah S.A.W & Kesultanan Melayu.Hikayat Seri Kelantan.Tun Seri Lanang : Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional.Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-raja Melayu dalam Sejarah Melayu.Kesultanan Melayu Kedah.Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBPInstitusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang ; Dinasti Bendahara Johor-Pahang.

Syabas diucapkan kepada Nisriwani Yahaya,Syed Zulflida S.M. Noor dan Dato’ Dr. Adi Haji Taha. Ketiga-tiga tokoh dari Malaysia ini telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan menyusun kembali kisah-kisah riwayat dan sejarah hidup puteri Melayu kebanggaan bangsa kita ini.

Masyarakat Melayu Islam di Myanmar

Ketika masyarakat berminat sangat dengan isu Rohingya, jangan pula lupa akan MELAYU ISLAM MYANMAR yang juga perlukan perhatian kita.  Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahawa bangsa Melayu ada yang tinggal dan menetap di Myanmar.  Mereka tidak sibuk pun untuk meninggalkan negara Myanmar seperti kaum Rohingya.

Mengapa perlu memberi perhatian yang terlampau terhadap kaum Rohingya ini sedangkan kita ada bangsa seagama kita sendiri di Myanmar yang sangat memerlukan perhatian dan bantuan, namun mereka tetap berdikari, berusaha menjalani kehidupan dengan aman tanpa gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Myanmar, malah kerajaan Myanmar sangat menghormati kaum Melayu kerana sikap mereka yang setia dan taat kepada negaranya.

 Walaupun hidup dalam keadaan serba kedaifan, mereka tetap tinggal di sana kerana mereka menganggap Myanmar adalah negara kelahiran mereka.
Orang-orang Melayu di Myanmar masih mengekalkan jati diri mereka sebagai bangsa bermaruah. Mereka duduk di Kampung-kampung di Selatan Myanmar, bertutur menggunakan Bahasa Melayu, belajar kitab-kitab jawi Melayu, belajar silat melayu dan mengekalkan budaya dan cara hidup Melayu, namun banyak lagi yang mereka perlukan sokongan untuk kekalkan jati diri Melayu mereka yang telah tiada di sana.
Mereka bukan mahu kembali ke Malaysia, tetapi mereka lebih perlukan kita untuk menziarahi mereka dan bantu mereka untuk mengekalkan identiti Melayu dalam jiwa anak muda mereka dan bantu apa yang boleh seikhlas hati sebagai saudara seagama dan sebangsa dengan kita.
Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan paling Selatan di Myanmar. Ia terdiri daripada lebih 800 buah pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semuanya terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu.

Orang Myanmar pernah menggelar seluruh Semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swe atau Semenanjung Pashu. Kadang-kadang kepulauan itu dirujukkan sebagai Kepulauan Pashu kerana penduduk tempatan menggelar Melayu sebagai Pashu. Orang Melayu Myanmar adalah keturunan kumpulan etnik bangsa Austronesia, lebih banyak menduduki keseluruhan Semenanjung Melayu termasuk pantai barat bahagian utara yang berada dalam Myanmar dan Kepulauan Mergui.

Kebanyakan orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Suatu masa dulu, kerajaan negeri Kedah Tua pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi hingga negeri-negeri utara di Malaysia.

Orang Melayu di Burma atau Myanmar bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, atau bahasa perantaraan. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab.

*Jika anda lihat peta selatan Myanmar anda akan dapati beberapa nama tempat adalah dalam Bahasa Melayu seperti Kampong Ulu, Kampong Mah Puteh, Kampong Tengah, Pase Panjang, Telok Babai serta Kampong Pulo Chili.
Sebagian besar Melayu Myanmar di Tanintharyi tinggal di Distrik Kawthaung, salah satu daerah paling multikultural di Myanmar. Populasinya terdiri atas Melayu Muslim, orang Buddha Thailand, dan suku pengembara Melayu yang dikenal masyarakat lokal dengan nama Pashu. Di sana tinggal juga orang Cina dan India yang pada masa kolonialisme Inggris direkrut sebagai buruh pertambangan timah.

Nama Tanintharyi sendiri berasal dari penyebutan Melayu “Tanah Sari”. Lidah Burma sukar menyebut nama itu dan menyebutnya dengan lidah mereka menjadi "Tanintharyi." Orang-orang Eropa biasa menyebutnya “Tenasserim."

Pada abad ke-19 sampai awal abad ke-20, Kawthaung lebih dikenal dengan nama Victoria Point dan menjadi pelabuhan kecil yang ramai di sekitar Myanmar selatan. Di situ tak hanya berlabuh perahu-perahu dagang, tapi juga tempat singgah para pencari ikan dari daerah-daerah yang jauh.

Kedatangan orang-orang Melayu di Kawthaung bermula dari para pencari ikan. Pada 1865, sekelompok nelayan yang dipimpin Nayuda Ahmed, seorang Melayu keturunan Arab, berlayar mencari ikan di sekitar Kepulauan Mergui. Mereka mendirikan perkampungan kecil di sebuah teluk di Victoria Point.

Awalnya tempat itu sekadar untuk singgah. Namun, lantaran hasil ikan di situ sangat banyak, mereka memutuskan menetap. Sejak itulah para nelayan Melayu beranak-pinak di tempat itu. Orang Melayu yang sekarang berada di situ adalah keturunan para pengikut Nayuda Ahmed. Kawasannya sekarang dikenal sebagai Desa Bokpyin.
Etnik Melayu yang tinggal di Myanmar juga mempunyai kaitan erat dengan orang Patani di Thailand selatan. Mereka sama-sama keturunan orang-orang dari Kerajaan Patani lama. Setelah Patani runtuh, mereka menyebar di beberapa bagian Burma dan Kerajaan Ayutthaya. Bahasa mayoritas di daerah tersebut adalah bahasa Myanmar dan orang Melayu juga masih menggunakannya sebagai lingua franca untuk berinteraksi dengan masyarakat dari suku lain.

[tirto.id/foto fb Histourism/kembaragd.blogspot]

SEJARAH BERGABUNGNYA KESULTANAN SIAK SRI INDRAPURA (PROVINSI RIAU) DENGAN INDONESIA


Kesultanan Siak Sri Inderapura adalah sebuah Kerajaan Melayu Islam yang pernah berdiri di Kabupaten Siak, Provinsi Riau, Indonesia. Kerajaan ini didirikan di Buantan oleh Raja Kecik, anak dari Sultan Mahmud Shah sultan dari Kesultanan Johor yang dibunuh. Raja Kecik dilarikan ke Pagaruyung oleh ibundanya Encik Apong. Dalam perkembangannya, Kesultanan Siak muncul sebagai sebuah kerajaan bahari yang kuat dan menjadi kekuatan yang di perhitungkan di pesisir timur Sumatera dan Semenanjung Malaya di tengah tekanan imperialisme Eropa. Jangkauan terjauh pengaruh kerajaan ini sampai ke Sambas di Kalimantan Barat, sekaligus mengendalikan jalur pelayaran antara Sumatera dan Kalimantan. Pasang surut kerajaan ini tidak lepas dari persaingan dalam memperebutkan penguasaan jalur perdagangan di Selat Malaka. Setelah Proklamasi Kemerdekaan Indonesia, Sultan Siak terakhir yaitu Sultan Syarif Kasim II menyatakan kerajaannya Kerajaan Siak Sri Indrapuri (Provinsi Riau saat ini) untuk bergabung dengan Republik Indonesia.

-ETIMOLOGI-

Kata Siak Sri Inderapura, secara harfiah dapat bermakna pusat kota raja yang taat beragama, dalam bahasa Sanskerta, sri berarti "bercahaya" dan indera atau indra dapat bermakna raja. Sedangkan pura dapat bermaksud dengan "kota" atau "kerajaan". Siak dalam anggapan masyarakat Melayu sangat bertali erat dengan agama Islam, Orang Siak ialah orang-orang yang ahli agama Islam, kalau seseorang hidupnya tekun beragama dapat dikatakan sebagai Orang Siak.

-BERGABUNG DENGAN NKRI-

Ketika Soekarno-Hatta memproklamasikan Republik Indonesia, Kesultanan Siak Sri Indrapura langsung mengakui lahirnya sebuah negara baru. Sultan Syarif Kasim II (1893-1968) secara ikhlas menyerahkan seluruh wilayah kedaulatannya. Kekuasaan Kesultanan Siak Sri Indrapura mencakup pesisir timur Sumatra, Semenanjung Malaka, dan di daratan hingga ke Deli Serdang, Sumatra Utara.

Selain hak penguasaan tanah, semua harta kekayaan dan properti yang dimilikinya diberikan untuk perjuangan kemerdekaan RI. Termasuk kompleks Istana Asherayah Al-Hasyimiyah juga dihibahkan sebagai bentuk dukungan atas kemerdekaan Indonesia. Istana Asherayah Al-Hasyimiyah letaknya tepat di depan Alun-Alun Kabupaten Siak.

Tidak hanya itu, uang kas kesultanan sebesar 13 juta gulden juga diberikan kepada duo proklamator Indonesia. Dengan penghitungan kurs pada 2011, uang 13 juta gulden itu setara dengan 69 juta euro atau sekitar Rp 1,074 triliun. Adapun, salah satu bukti warisan tanah yang diberikan kepada negara adalah lahan yang masuk area Bandara Internasional Sultan Syarif Kasim II di Kota Pekanbaru yang menjadi ibukota dari Provinsi Riau.

Seluruh kekayaannya dan 12 daerah tahta kesultanan diserahkan demi Republik untuk membela kemerdekaan. Beliau meninggal dalam keadaan miskin di rumah peraduan. Rumah peraduan bentuknya sangat sederhana dan berada di sisi barat kompleks istana.

Sultan yang meninggal di Kota Pekanbaru pada 23 April 1968 ini rela mendedikasikan secara total hidupnya untuk membantu pejuang lantaran berdirinya RI adalah sebuah keniscayaan. Setelah ratusan tahun dijajah bangsa Eropa, berdirinya sebuah negara baru lewat proses kemerdekaan merupakan sebuah pilihan paling baik.

Selain itu, pilihan menghibahkan segala hal yang dimilikinya lantaran Sultan Siak ke-12 ini tidak memiliki zuriat (keturunan) dari istrinya yang berdarah Turki. Karena itu, demi kebaikan bersama, Sultan yang menempuh pendidikan di Eropa ini menyerahkan kedaulatan yang dipegangnya kepada Soekarno-Hatta.

Setelah merasa mantap dengan pilihannya, dengan ditemani oleh Mr. Teuku Muhammad Hasan yang merupakan Gubernur Sumatra pertama, Sultan Syarif Kasim II menyerahkan mahkota Kerajaan Siak kepada Soekarno di Istana Negara pada 1945. Dengan berpakaian kesultanan lengkap, penyerahan mahkota tersebut sebagai simbol bergabungnya seluruh wilayah Kesultanan Siak dengan RI. Saat ini mahkota tersebut telah tersimpan di Museum Nasional.

Atas totalitas bantuannya makanya beliau diangkat sebagai penasihat oleh Presiden Soekarno. Pertimbangan lainnya juga karena Sultan orang yang cerdas dan berwawasan luas, namun sayangnya, Bung Karno belum pernah berkunjung ke Siak.

Sultan Syarif Kasim II sangat total dalam mendukung terbentuknya RI. Hal itu dibuktikan dengan berhentinya sistem administrasi dan kepegawaian yang mengabdikan hidupnya untuk Kesultanan Siak. Alhasil, ketika pejuang kemerdekaan benar-benar mengusir penjajah, Sultan berdarah Melayu ini tidak lagi memiliki apa-apa untuk diwariskan. Sultan meninggal dalam keadaan miskin. Hal ini berbeda dengan kesultanan lain yang masih menyimpan kekayaan. Bahkan, di Solo, sekarang dua kubu berebut.

Sultan Syarif Kasim II tidak setengah-setengah dalam memberikan segala yang dimilikinya. Gara-gara itu, seluruh tatanan kesultanan yang terdiri, armada prajurit, pelayan kerajaan, pegawai administrasi, dan semua orang yang mengabdi kepada sultan harus kehilangan pekerjaan.

Hal itu berbeda dengan kesultanan di Jawa (Kesultanan Surakarta, Yogyakarta, dan Cirebon) yang mengakui tegaknya RI hanya lewat dukungan administrasi. Ketiga kesultanan tersebut tidak mendukung kedaulatan penuh lantaran tak disertai penyerahan seluruh aset kekayaan Kesultanan seperti yang dilakukan oleh Sultan Syarif Kasim II. Atas segala jasa sang Sultan Siak maka pantaslah beliau dianugerahi gelar Pahlawan Nasional Indonesia oleh Presiden BJ Habibie pada 6 November 1998.

Namun sayang, kini Indonesia seakan menutup mata dan melupakan Kesultanan Siak, mata pemerintah Indonesia seakan hanya tertuju kepada wilayah-wilayah besar di Indonesia seperti Jakarta dan Yogyakarta. Jika pemerintah Indonesia lebih menghargai sejarah setiap wilayah dan setiap suku yang ada di Indonesia sudah tentulah tidak akan ada yang namanya pemberontakan ingin merdeka di berbagai wilayah di Indonesia.

20 Mac

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah masjid kerajaan Kesultanan Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu kota Brunei Darussalam. Masjid ini adalah salah satu masjid paling mengagumkan di Asia Pasifik, serta menjadi markah tanah dan daya tarik wisata utama di Brunei.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah masjid kerajaan Kesultanan Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu kota Brunei Darussalam. Masjid ini adalah salah satu masjid paling mengagumkan di Asia Pasifik, serta menjadi markah tanah dan daya tarik wisata utama di Brunei.

Arsitektur

Arsitektur masjid ini memadukan Arsitektur Mughal dengan gaya Italia. Bangunan ini dirancang oleh biro arsitekur Booty and Edwards Chartered berdasarkan rancangan karya arsitek berkebangsaan Italia Cavaliere Rudolfo Nolli, yang telah lama bekerja di teluk Siam.

Masjid ini dibangun diatas laguna atau kolam buatan di tepi sungai Brunei di Kampong Ayer, "kampung yang terletak di atas air". Masjid ini memiliki menara marmer dengan kubah emas, dilengkapi taman yang permai dan air mancur. Taman indah yang mengelilingi masjid melambangkan taman surgawi dalam kepercayaan Islam. Sebuah jembatan membentang di tengah laguna menuju Kampong Ayer di tengah sungai. Sebuah jembatan marmer lainnya menuju ke bangunan yang merupakan replika Perahu Mahligai Kerajaan milik Sultan Bolkiah yang memerintah pada abad ke-16. Bangunan ini dibangun untuk memperingati 1.400 tahun Nuzul Al-Quran, dan dimeriahkan diselesaikan pada tahun 1967 dan digunakan sebagai panggung Musabaqah Tilawatil Quran (lomba pembacaan Al-Quran) di Brunei.

Ciri khas yang paling mengagumkan dari Masjid ini adalah kubahnya yang dilapisi emas murni. Masjid ini menjulang setinggi 52 meter (171 kaki) dan dapat dipandang dari setiap sudut kota Bandar Seri Begawan. Menara masjid merupakan bagian tertinggi dari masjid ini. Masjid ini memadukan secara unik unsur Renaissans arsitektur Italia dengan nuansa yang bernilai Islami. Di dalam menara masjid terdapat lift di mana pengunjung dapat naik ke puncak menara dan menikmati pemandangan panorama kota dari ketinggian.

Bagian dalam ruangan masjid khusus untuk ibadah salat bagi umat muslim. Terdapat jendela kaca patri beraneka warna yang mengagumkan, pelengkung, separuh kubah, dan pilar-pilar marmer. Hampir seluruh bahan bangunan masjid ini diimpor dari luar negeri yaitu: Marmer dari Italia, batu granit dari Shanghai China, lampu kristal dari Inggris, serta karpet dari Arab Saudi.

-Riri Saputra

KESULTANAN MELAYU DELI


Kesultanan Deli adalah sebuah kesultanan yang didirikan pada tahun 1632 oleh Tuanku Panglima Gocah Pahlawan di wilayah bernama Tanah Deli (kini Medan dan Kabupaten Deli Serdang, Indonesia). Kesultanan Deli masih tetap eksis hingga kini meski tidak lagi mempunyai kekuatan politik setelah berakhirnya Perang Dunia II dan diproklamasikannya kemerdekaan Indonesia.

Pendirian

Menurut Hikayat Deli, seorang pemuka Aceh bernama Muhammad Dalik berhasil menjadi laksamana dalam Kesultanan Aceh. Muhammad Dalik, yang kemudian juga dikenal sebagai Gocah Pahlawan dan bergelar Laksamana Khuja Bintan (ada pula sumber yang mengeja Laksamana Kuda Bintan), adalah keturunan dari Amir Muhammad Badar ud-din Khan, seorang bangsawan dari Delhi, India yang menikahi Putri Chandra Dewi, putri Sultan Samudera Pasai. Dia dipercaya Sultan Aceh untuk menjadi wakil bekas wilayah Kerajaan Haru yang berpusat di daerah Sungai Lalang-Percut.

Dalik mendirikan Kesultanan Deli yang masih di bawah Kesultanan Aceh pada tahun 1632. Setelah Dalik meninggal pada tahun 1653, putranya Tuanku Panglima Perunggit mengambil alih kekuasaan dan pada tahun 1669 mengumumkan memisahkan kerajaannya dari Aceh. Ibu kotanya berada di Labuhan, kira-kira 20 km dari Medan.

Sebuah pertentangan dalam pergantian kekuasaan pada tahun 1720 menyebabkan pecahnya Deli dan dibentuknya Kesultanan Serdang. Setelah itu, Kesultanan Deli sempat direbut Kesultanan Siak dan Aceh.

Masa Kolonial 

Pada tahun 1858, Tanah Deli menjadi milik Belanda setelah Sultan Siak, Sultan Al-Sayyid Sharif Ismail, menyerahkan tanah kekuasaannya tersebut kepada mereka. Pada tahun 1861, Kesultanan Deli secara resmi diakui merdeka dari Siak maupun Aceh. Hal ini menyebabkan Sultan Deli bebas untuk memberikan hak-hak lahan kepada Belanda maupun perusahaan-perusahaan luar negeri lainnya.

Pada masa ini Kesultanan Deli berkembang pesat. Perkembangannya dapat terlihat dari semakin kayanya pihak kesultanan berkat usaha perkebunan, terutamanya tembakau, dan lain-lain. Selain itu, beberapa bangunan peninggalan Kesultanan Deli juga menjadi bukti perkembangan daerah ini pada masa itu, misalnya Istana Maimun dan Masjid Raya Medan.

Tembakau Deli merupakan komoditas unggul yang sangat bernilai jual di dunia internasional saat itu. Kemajuan perkebunan tembakau Deli berawal pada tahun 1862 ketika perusahaan Belanda, JF van Leuween, mengirimkan ekspedisi ke Tanah Deli yang kala itu diwakili oleh Jacobus Nienhuys. Setiba di Deli, mereka menemukan lokasi yang masih perawan, Deli saat itu adalah dataran rendah berawa-rawa dan mayoritas ditutupi hutan-hutan primer.

Usaha awal ini gagal, JF van Leuween memutuskan mundur setelah membaca laporan tim perusahaan, tetapi Jacobus Neinhuys tidak putus asa. Setelah mendapat konsesi tanah dari Sultan Mahmud Al Rasyid, Neinhuys menanam tembakau di Tanjung Spasi. Kali ini usahanya berasil, contoh daun tembakau hasil panen yang dikirim ke Rotterdam diakui sebagai tembakau bermutu tinggi. Sejak itulah, tembakau Deli yang bibitnya diperkirakan berasal dari Decatur County, Georgia, Amerika Serikat menjadi terkenal.

Deli Maatschappij, perusahaan perkebunan yang didirikan oleh Jacobus Neinhuys, P.W. Jenssen, dan Jacob Theodore Cremer, pada tahun 1870 telah berhasil mengekspor tembakau sedikitnya 207 kilogram. Pada tahun 1883 perusahaan ini mengekspor tembakau Deli hampir 3,5 juta kilogram, dan ditaksir nilai kekayaan perusahaan ini mencapai 32 juta gulden pada tahun 1890. Puncaknya pada awal abad ke-20 ketika Deli Maatschappij tampil sebagai "raja tembakau Deli". Diperkirakan lebih 92 % impor tembakau cerutu Amerika Serikat berasal dari Kesultanan Deli.

Sultan Ma'moen Al Rasyid (1873-1924) berusaha melakukan perubahan sistem pemerintahan dan perekonomian. Perubahan sistem ekonomi yang dilakukan adalah pengembangan pembangunan pertanian dan perkebunan dengan cara meningkatkan hubungan dengan pihak swasta yang yang menyewa tanah untuk dijadikan perkebunan internasional. Hubungan tersebut hanya sebatas antara pemilik dan penyewa. Hasil perkebunan yang meningkat dan hasil penjualan yang sangat menguntungkan membuat pihak Belanda semakin ingin memperluas lahan yang telah ada. Pihak Belanda kemudian melakukan negosiasi baru untuk mendapatkan lahan yang lebih luas dan lebih baik lagi. Keuntungan ini tidak hanya didapati oleh pihak swasta saja, pihak kesultanan juga mendapat hasil yang sangat signifikan. Dana melimpah kesultanan saat itu digunakan untuk meperbaiki fasilitas pemerintahan, pertanian, perkebunan, dan lainnya.

Masa Pendudukan Jepang

Pada tanggal 12 Maret 1942 mendarat pasukan "Imperial Guard" (pasukan penjaga kaisar yang sangat terlatih dan terpilih) di Perupuk Tanjung Tiram (Batubara) di bawah pimpinan Jenderal Kono dan dari sana mereka segera menuju Medan. Sementara itu pasukan KNIL dan Stadwacht Belanda berhasil melarikan diri menuju Tanah Karo untuk bertahan di Gunung Setan (Tanah Alas), tetapi di tengah jalan banyak orang-orang pribumi yang merampas pakaian seragam Belanda itu dan kembali ke kampung masing-masing. Karena sisa pasukan Belanda yang 3.000 orang itu tidak akan sanggup melawan pasukan Jepang sebanyak 30.000 orang yang terlatih dan berpengalaman perang, maka pada tanggal 29 Maret 1942 Jenderal Overakker dan Kolonel Gosenson menyerah kepada Jepang.

Sejak direbutnya Malaya, Singapura, dan Sumatera oleh Bala Tentara ke 25 Jepang, maka tanggung jawab pemerintahan dipikul oleh markas Bala Tentara ke 25 yang berkedudukan di Singapura. Sampai sekitar April 1943, kesatuan pemerintahan masih dipegang oleh Bala Tentara ke 25 sebelum akhirnya dipindahkan ke Bukittinggi. Sejak itu pemerintahan administrasi Sumatera dan Malaya/Singapura terpisah. Di Sumatera, Jepang hampir-hampir tidak melakukan perubahan sistem pemerintahan yang ada. Setiap Residen disebut syu dan dibawah pengawasan seorang pejabat militer yang disebut gunseibu. Eksistensi kesultanan-kesultanan di Sumatera Timur masih tetap diakui. Bala Tentara ke 25 membagi Sumatera Timur menjadi 5 pusat konsentrasi militer Jepang, yaitu sekitar Binjai (Padang Brarang), Sungai Karang (Galang), Dolok Merangir, Kisaran, dan perkebunan Wingfoot.

Setelah Proklamasi Kemerdekaan

Revolusi Sosial Sumatera Timur adalah gerakan sosial di Sumatera Timur oleh rakyat yang dihasut oleh kaum komunis terhadap penguasa kesultanan-kesultanan Melayu. Revolusi ini dipicu oleh gerakan kaum komunis yang hendak menghapuskan sistem monarki dengan alasan antifeodalisme.

Karena sulitnya komunikasi dan transportasi, berita proklamasi kemerdekaan 17 Agustus baru dibawa oleh Mr. Teuku Muhammad Hasan selaku Gubernur Sumatera serta Mr. Amir selaku Wakil Gubernur Sumatera dan diumumkan di Lapangan Fukereido (sekarang Lapangan Merdeka), Medan pada tanggal 6 Oktober 1945. Pada tanggal 9 Oktober 1945 pasukan AFNEI dibawah pimpinan Brigjen. T.E.D. Kelly mendarat di Belawan. Kedatangan pasukan AFNEI ini diboncengi oleh pasukan NICA yang dipersiapkan untuk mengambil alih pemerintahan dan membebaskan tawanan perang orang-orang Belanda di Medan.

Meletusnya revolusi sosial tidak terlepas dari sikap beberapa kelompok bangsawan yang tidak segera mendukung republik setelah adanya Proklamasi Kemerdekaan Indonesia. Beberapa kelompok bangsawan tidak begitu antusias dengan pembentukan republik, karena setelah Jepang masuk, Jepang mencabut semua hak istimewa kaum bangsawan dan lahan perkebunan diambil alih oleh para buruh. Beberapa bangsawan merasa dirugikan dan berharap untuk mendapatkan hak-haknya kembali dengan bekerja sama dengan NICA, sehingga semakin menjauhkan diri dari pihak pro-republik. Walaupun saat itu juga banyak kaum bangsawan dan sultan yang mendukung kelompok pro-republik, seperti Amir Hamzah dari Kesultanan Langkat dan Sultan Sulaiman Syariful Alamshah dari Kesultanan Serdang.

Sementara itu, pihak pro-republik mendesak kepada komite nasional wilayah Sumatera Timur agar sistem pemerintahan swapraja dihapuskan dan menggantikannya dengan pemerintahan demokrasi rakyat sesuai dengan semangat perjuangan kemerdekaan. Namun pihak pro-repbulik sendiri terpecah menjadi dua kubu; kubu moderat yang menginginkan pendekatan secara kooperatif untuk membujuk beberapa bangsawan dan kubu radikal (yang didukung kaum komunis) yang menginginkan jalan kekerasan dengan penggalangan massa para buruh perkebunan.

Revolusi oleh kaum radikal akibat hasutan kaum komunis pecah pada Maret 1946. Berawal di Kesultanan Asahan, revolusi menjalar ke seluruh monarki Sumatera Timur, termasuk Kesultanan Deli. Istana Sultan Deli (Istana Maimun) beserta Sultan dan para bangsawan berhasil terlindungi karena penjagaan TRI dan adanya benteng pertahanan tentara sekutu di Medan.

Sistem Pemerintahan

Berlainan dengan Kerajaan-Kerajaan Melayu di Sumatera Timur lainnya, pemerintahan Kesultanan Deli bersifat federasi yang longgar sesuai dengan pepatah yang terdapat di Deli "Raja Datang, Orang Besar Menanti". Tuanku Panglima Gocah Pahlawan sebagai Raja Pertama di Tanah Deli yang ditunjuk oleh Sultan Aceh sebagai wakilnya di Sumatera Timur atau Tanah Deli.

Di masa pemerintahan Panglima Parunggit (Raja Deli II), Deli memproklamirkan kemerdekaannya dari Kesultanan Aceh pada tahun 1669 mengikuti jejak-jejak negeri pesisir, dan berhubungan dagang dengan VOC di Melaka. Pada masa pemerintahan Panglima Paderap (Raja Deli III) terjadi perluasan wilayah di pesisir pantai hingga Serdang dan Denai.

Menurut laporan Jhon Anderson yang berkunjung ke Deli pada tahun 1823, bahwa Sultan Amaluddin Mangendar (Sultan Deli VI) adalah penguasa Deli pertama yang bergelar "Sultan" setelah Deli ditaklukan Kesultanan Siak pada tahun 1814. Menurut laporan Jhon Anderson pula, Sultan Deli dalam memerintah dibantu oleh 8 orang menteri dimana Sultan berkonsultasi soal perang, mengatur pemerintahan sehari-hari, mengadili perkara pidana, dan lain-lain.

Mereka itu ialah :

Nahkoda Ngah bergelar Timbal-Timbalu
Wak-Wak
Salim
Tok Manis
Dolah
Wakil
Penghulu Kampong

Di samping menteri–menteri, masih ada lagi Syah Bandar (Hamad) yang mengurus hubungan perdagangan dan biasanya dibantu seorang mata-mata (seorang wanita yang pandai bernama Encek Laut) yang bertugas memungut cukai. Kemudian ada lagi para pamong praja, penghulu, para panglima, dan mata-mata yang melaksanakan tugas bila di kehendaki Sultan, serta kurir istana yang mengantar surat ke berbagai kerajaan. Jika Sultan mangkat, apabila penggantinya masih belia, maka Tuan Haji Cut atau Kadi (ulama tertinggi) bertindak dan melaksanakan semua fungsi pemerintahan kerajaan. Di bidang agama Islam Tuan Haji Cut juga bertindak sebagai mufti kerajaan, kemudian di bawahnya ada bilal, imam, khalif, dan penghulu masjid. Merekalah yang menangani masalah yang berhubungan dengan keagamaan. Kehidupan mereka diperoleh dari sumbangan masyarakat.

--Riri Saputra

SULTAN MUHAMMAD DIPATUAN KUDARAT PAHLAWAN NASIONAL FILIPINA.


Sultan Muhammad Dipatuan Kudarat (juga dieja Qudarat), (1580 - 1671) adalah sultan Kesultanan Maguindanao. Semasa pemerintahannya, beliau berjaya menangkis percubaan Sepanyol untuk menakluki kerajaannya dan menghalang proses pengkristianan rakyatnya di Mindanao. Beliau adalah sultan yang ke-7 dan juga keturunan Shariff Mohammed Kabungsuwan , seorang mubaligh yang mengembangkan ajaran Islam di Mindanao pada abad ke-14. Beliau dilahirkan pada 1580 di tempat yang kini dikenali sebagai Lanao del Sur di Filipina.

Pemerintahan

Selepas menggantikan bapanya 'Sultan Laut Buisan' pada 1619, beliau berjaya mengalahkan beberapa datu dan menjadikan dirinya tuan bagi kawasan Pulangui. Beliau juga telah menguasai kawasan yang kini dikenali sebagai Cagayan de Oro dan Caraga dan juga menjadikan daerah Misamis dan Bukidnon sebagai kawasan yang memberinya ufti. Beliau berjaya berunding dengan Belanda dan Sepanyol supaya mereka mengiktiraf kedaulatannya ke atas tanah-tanah jajahannya. Pihak Sepanyol cuba mengalahkan Sultan Kudrat dalam beberapa peperangan tetapi gagal. Malah mereka terpaska menebus askar-askar mereka dari Sultan Kudrat. Pada 25 Jun, 1645, 

Gabernor-Jeneral Filipina, Alonso Fajardo menandatangani perjanjian dengan Sultan Kudrat yang mengizinkan beberapa perkara: membolehkan pendakwah Kristian untuk berkhidmat kepada penganutnya di Mindanao, membina sebuah gereja dan melakukan perdagangan dengan kerajaannya.

Kesultanan Maguindanao adalah sebuah kerajaan Melayu Islam yang memerintah sebahagian Mindanao di Filipina Selatan. Pengaruh kerajaan ini berkembang dari semenanjung Zamboanga ke teluk Sarangani. Ketika kemuncaknya, kesultanan ini memerintah seluruh Mindanao dan juga pulau-pulau yang berjiran.

Shariff Mohammed Kabungsuwan dari Johor memperkenalkan agama Islam di nusa ini pada kurun ke 12. Beliau kemudiannya berkahwain dengan puteri tempatan dan mendirikan Kesultanan Maguindanao pada sekitar 1203 hingga 1205. Kerajaan ini pada mulanya beribu kota di kawasan Cotabato. Kesultanan ini jatuh ke tangan Sepanyol dan akhirnya menjadi sebahagian daripada Filipina

Dibawah kepresidenan Ferdinand Marcos, Sultan Kudarat menjadi pahlawan nasional Filipina.

This pict is a bronze statue of Sultan Dipatuan Kudarat that stands in Rizal Park, Manila.

--RiriSaputra