Isnin, 17 Julai 2017

7 Cara Mengekalkan Persahabatan Sampai Bila-Bila Dan Anda Tidak Akan Dilupakan

kadang orang tidak mahu berkawan dengan anda atau kawan anda menjauhkan diri dari anda.

Seperti ada seseuatu yang tidak kena dengan persahabatan anda sehingga anda seakan tidak disenangi oleh kawan-kawan anda.
Banyak sebab sebenarnya sesuatu persahabatan itu boleh retak.
Salah satu sebab adalah ianya mungkin berpunca dengan cara anda menggauli kawan-kawan anda. Mungkin ada perkara yang anda terlepas pandang.
Memang sukar untuk menjaga hati semua pihak, namun sekurangnya apabila kita mengurangi kesilapan yang kita lakukan, kita boleh memberikan yang terbaik kepada semua orang.
Perkara-perkara yang anda mungkin terlepas pandang iaitu;

1. Sedia dihubungi

Sebagai kawan pastikan anda sentiasa boleh dihubungi. Jika anda mahukan kawan anda perlu beri masa anda untuk mereka.
Jangan selalu mengelak.
Sebaliknya pula jika kawan anda sibuk anda perlu bersabar dan jangan mengkeritiknya.

2. Sentiasa rai dan sokong kejayaannya

Bila kawan anda mencapai kejayaan ucapkan tahniah dan raikan kejayaannya sebagai tanda sokongan atas kejayaannya.
Berilah sokongan dengan penuh ikhlas tanpa ada rasa irihati atas kejayaannya.
Ini akan membuat dia berbesar hati kerana kejayaannya dikongsi bersama kawan-kawannya.

3. Layanilah kawan anda sebaiknya.

Bila kawan anda menemui anda layanlah ia dengan sepatutnya.
Jangan mencari alasan untuk mengelak. Buatlah ia rasa diterima dan selesa semasa berada bersama anda.
Jika anda buat endah tak endah kepadanya, itu pasti akan mengecilkan hatinya. Mungkin dia tidak akan menghubungi anda lagi.

4. Tanyalah tentang dirinya

Semasa berbual tanyalah hal-hal tentang dirinya sebagai tanda anda ingin mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi.
Namun elakkan dari memonopoli perbualan dengannya sehingga tiada ruang untuk dia bebicara.
Jadikan perbualan itu sebagai perbualan dua hala yang seimbang.
Bila masing-masing telah mengenali dengan mendalam maka hubungan akan menjadi lebih rapat.

5. Sentiasa bersikap positif

Semua orang tidak suka kepada orang yang cerewet.
Oleh itu jangan selalu bersungut tentang kekurangan kawan anda. Bersikap positiflah kerana tidak ada insan yang sempurna dalam dunia ini.
Kita mempunyai banyak saat-saat sukar yang ingin kita kongsi bersama namun janganlah sampai ianya menjadi suatu sungutan yang bepanjangan yang akhirnya membuat kawan anda bosan dan menjauhkan diri dari anda.

6. Cara mengekalkan persahabatan adalah sedia menolong

Seorang kawan yang baik sangat mengenali satu sama lain dan ia dapat mengesan kesusahan dan keperluan kawannya sebelum ia diminta.
Jadilah orang yang pertama datang menghulurkan tangan membantu kawan anda.
Sudah tentu anda akan disayangi sebagai seorang yang penting dalam hidupnya melebihi saudara maranya.

7. Elakkan konflik

Jangan berbincang menenai isu-isu sensitif seperti politik atau agama dengan kawan anda kecuali anda pasti kawan anda mempunyai pemikiran yang sama mengenai isu tesebut.

Jangan cerita apa-apa yang negatif tentang kawan anda , tentang isterinya atau anak-anaknya. Jika ada orang cuba bercerita tentang keburukan kawan anda segeralah anda tukar tajuk pebualan anda.

Janganlah terlalu sibuk dengan kawan anda sehingga dia menjadi rimas. Berilah ruang kepadanya dan hubungilah dia dimasa yang sesuai. Jika tidak dia mungkin tidak akan menghubungi anda lagi kerana merasa terganggu dengan kehadiran anda.

Elakkan mengadakan urusan perniagaan, jualan atau apa sahaja yang melibatkan kewangan. Jangan pinjamkan kawan anda wang kecuali anda bersedia menghalalkannya jika ia gagal melunaskannya. Jika tidak anda mungkin bersengketa dengannya jika ia gagal melunaskan apa yang dipinjam.

InsyaaAllah, bila kita berusaha untuk menjaga ukhuwah dan ikatan silaturrahim antara sahabat, pasti kita akan dikurniakan dengan kebaikan dan dilimpahkan rahmat oleh Allah.
Persahabatan yang baik itu adalah satu kurnia istimewa. Ia merupakan salah satu jalan yang membuka pintu rezeki kita. Merupakan asas pembinaan ummah yang kuat.
Oleh itu berusahalah sebaik mungkin untuk menjaga tali persahabatan yang telah terjalin. Semoga Allah redha dengan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan