Sunnah Nabi Setelah Majlis Akad Nikah
Perkahwinan yang diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.Kini ramai yang akan membina masjid baru dengan perkahwinan Kepada bakal-bakal pengantin terutamanya bakal bergelar suami di luar sana untuk mengamalkan sunah ini. .
Yang baik haruslah kita amalkan dan yang tidak elok perlu dielakkan. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Yang Maha Esa.
Sunat Selepas Akad Nikah
Niat Solat Sunat Nikah:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
membaca doa selepas salam
2 – Sujud Syukur
3 - Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.
4 – Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah
Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith :
“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:
‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).
*Elakkan daripada mencium diubun-ubun isteri selepas majlis akad nikah kerana ianya seperti acara agama lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan