Selasa, 11 Julai 2017
*9 KESALAHAN BIASA PENYIMPAN EMAS*
===================
1) Tanpa Ilmu. Sebelum membeli emas carilah ilmu. Bila dah beli carilah ilmu sebanyak yang mungkin. In shaa Allah ilmu itu akan membantu kita nanti. Jangan hanya jadi ikut -ikutan sahaja.
2) Tunggu Harga Rendah
Pembeli emas tak akan faham sekiranya tidak membuat belian pertama. Sukar untuk buat penanda harga tersendiri selagi tidak membeli. Belilah walaupun 1gram, baru boleh memantau harga semasa.
BELI DULU BARU TUNGGU BUKAN TUNGGU UTK BELI.
3) Membeli Emas Perhiasan. Emas jenis perhiasan kurang sesuai untuk dijadikan sebagai emas simpanan atau pelaburan. Ini kerana harga emas perhiasan kebiasaannya lebih mahal dari emas jenis Jongkong & Syiling Dinar.
Susut nilainya pun lebih tinggi semasa jual semula.Antara 25%- 35%..berbanding goldbar atau dinar hanya 5%-8%sahaja tanpa upah tukang.
4) Beli Emas Jongkong & Dinar di Kedai Emas Luar Harga sememangnya lebih mahal sebab harga dikawal oleh Persatuan Pekedai Emas. Terlalu banyak syarat yang dikenakan seperti tak boleh buka seal & resit pembelian perlu ada semasa menjual semula dll. Buka seal emas tu dikira emas terpakai dan susut nilai boleh mencecah sampai 25%.
5) Beli emas dengan duit kecemasan. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Harga emas tidak dijamin akan naik setiap masa dalam jangka pendek. Jadi jika duit untuk beli emas itu nak digunakan dalam masa terdekat, elakkan beli emas kerana berkemungkinan besar akan berlaku kerugian semasa jualnya nanti.sbb harga emas susah nak jangka naik turunnya..
6) Buat Pinjaman Beli Emas. Tidak sepatutnya buat pinjaman untuk membeli emas. Sebaiknya beli dari duit lebihan yang tidak tahu dimana nak digunakan dan ingin kembangkan lagi duit lebihan tersebut.
7) Pajak emas tanpa sebab kukuh. Pajak emas membuatkan diri menanggung hutang. Kebiasaannya terdedah dengan ilmu yang salah seperti teknik Memanipulasi Emas dengan platform Ar-Rahnu. Gunakan platform Ar-Rahnu apabila betul-betul memerlukan tunai contohnya sebagai pusingan modal perniagaan.
8) Buka seal (sarung plastik) gatal tangan dengan membuka seal (sarung plastik) boleh membuatkan kita kerugian kerana semasa menjual semula susut nilai boleh naik cecah sampai 25% dan ada juga yang tidak menerimanya langsung.(Tapi bukan produk Public Gold)😊
9) Jual dari tempat beli asal Jual tempat yang salah juga buatkan pembeli kerugian. Kadar Susut nilai berbeza bagi setiap kedai emas. Sebaiknya dimana beli disitu jual semula.
Ardi
Dealer Public Gold
PG00067677
014-6392686
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan