Selasa, 24 Januari 2023

APAM BERAS GEBU


Bahan2-
-guna cwn metrik atau cwn yg sama utk menyukat bahan
1 cwn nasi
3/4 cwn gula
1 sudu tea garam halus(sudu kfc
1 sudu tea mauripan(sudu kfc
1 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
1  1/4 cwn air masak
-blender semua bahan diatas halus
.
Tutup dan perap 3 jam biarkan naik 2 kali ganda
Sapu myk pada acuan kegemaran, (jgn gaul adunan apam)sendukkan adunan masukkan terus ke dlm acuan,
Siapkan pengukus, kukus 15 minit sehingga masak, keluarkan, sejukkan dlu sebelum apam dikeluarkan dari acuan, slmt mencuba.(13 biji apam gebu utk adunan diatas)
Tip membuat apam yg gebu dn gedik2
.
Bila adunan sudah naik dn kembang tdk perlu mengaul adunan, terus sendukkan kedalam acuan, kukus apam td sehingga masak.
.
Kredit : Dya Amran

Apam Beras Set Kukus :-
https://shope.ee/3VC4qLvcMD

COKTAIL YOGURT


Serbuk jelly (empunya resepi guna yang Amway 1 kotak masak dan letak perisa strawberry)
2 tin coktail buah
2 bekas nata de coco
2-3 scoop aiskrim vanilla
2 tin susu cair
1 bekas kecil yogurt asli
Susu pekat

1. Masak serbuk jelly ikut flavor kesukaan memasing. Kemudian isi dalam bekas agak2 1/3. Biarkan sekejap sampai jelly membeku.

2. Tapis coktail asingkan kuah dan buah.

3. Selepas jelly beku boleh letak nata de coco. (Tapis ambil isi sahaja) kemudian letak pula pula isi buah coktail, dah siap ketepikan.

4. Untuk buat kuah ambil baki air coktail masukkan susu cair, yogurt dan aiskrim kacau sebati. Kalau rasa pekat sangat boleh campur air nata de coco.

5. Kemudian masukkan susu pekat ikut kemanisan memasing (kepekatan kuah agak2 je).

6. Boleh tuang dalam bekas yang telah diisi jelly, nata de coco dan buah coktail. Masukkan dalam peti sejuk.

Resepi & foto : Anis Atokman

Susu Yogurt Farm Fresh :-
https://shope.ee/10UjrgTI5i

KUAH ROJAK PEKAT LIKAT MEMIKAT


Bahan2...
๐Ÿ’š segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap ngan air panas yea dalam 5mnit je pas tu toskan)

๐Ÿ’š Belacan(cikpooja guna belacan melaka dan cikpooja guna separuh dr dalam pic dibawah ye..rujuk pic)

๐Ÿ’š 1cwn gula merah(bukan gula perang yea..)

๐Ÿ’š 3cwn gula pasir

๐Ÿ’š 1/2cwn kicap(kicap yg dok makan ngan nasi tu)

๐Ÿ’š 5sb sos cili

๐Ÿ’š 3sb tepung jagung(dibancuh dgn 1/2cwn air)

๐Ÿ’š 2sb garam(bleh boh ckit2 kalau takut masin)

๐Ÿ’š 2sb bijan

๐Ÿ’š Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar

Cara2 masaknya....

๐Ÿ‘‰ cili + belacan +secwn air diblande smpai halus(masukkan lam kuali)
๐Ÿ‘‰ Gula merah dibancuh dgn secawan air dan ditapis(masukkan lam kuali)
๐Ÿ‘‰ Masukkan gula pasir
๐Ÿ‘‰ Masukkan kicap dan sos cili

๐Ÿ‘‰ Masak dulu semua bahan2 td smpai mendidih...jaga2 sbb dia cepat meruap ..kang melimpah banjir plak dapo kome...selalu kacau2 kuah tu yea...
๐Ÿ‘‰ Bila kuah dah mendidih... masukkan garam secukupnya.. supaya balance rasa dia...
๐Ÿ‘‰ Pas tu masukkan air bancuhan tepung jagung td... kacau2 sebati...
๐Ÿ‘‰Time nih mmg kene kacau selalu guna api slow yea.....
๐Ÿ‘‰ Masak smpai kuahnya agak pekat...
๐Ÿ‘‰ Barulah masukkan 2sb bijan dan 2sb kacang tanah yg di blande....kacang blande yg lebih tu bila time nak makan..baru ditabur lagi atas rojak na...
๐Ÿ‘‰ Masak lagi smpai pekat hitam memikat...

Siap sudahhhh ๐Ÿ˜...

Sekian ..

Kredit : cik pooja

Kuah Rojak Kacang
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/1q3qjzDMUS

Isnin, 23 Januari 2023

DAGING MASAK HITAM

Resipi dari jiran saya. Tak pernah saya makan daging masak hitam sedap sangat.

Sampaikan suami suruh saya mintak resipi dengan akak belakang rumah saya ni.

Lalu, saya meminta resipi ini dekat jiran saya. Alhamdulillah tak kedekut ilmu masakan.
Jadi saya cuba buat!

Memang terbaik dan sedap!
Ibu - ibu yang bekerja pon boleh buat masakkan ini. ๐Ÿ˜Š

Resipi seperti berikut ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘‡
RESIPI DAGING MASAK HITAM MENGIGAU- NGIGAU๐Ÿ˜‹

==========================
Bahan menumis A
......................................
๐Ÿ‘‰Kulit kayu manis (1-2 batang)
๐Ÿ‘‰Buah Pelaga ( 1-4 biji)
๐Ÿ‘‰Bunga Lawang (1-3 biji)
๐Ÿ‘‰Serai ( 2 batang diketuk)
๐Ÿ‘‰Daun Kari ( ikut suka)

Bahan Menumis ( BLENDER)
…………………………………................
๐Ÿ‘‰Bawang Putih ( 4 ulas)
๐Ÿ‘‰Bawang Besar ( 2 ulas)
๐Ÿ‘‰Halia ( sebesar ibu jari)
๐Ÿ‘‰Serai ( 2 batang)
Blender bahan - bahan di atas sampai lumat kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.
Seterusnya BLENDER sekali lagi bahan- bahan berikut:
๐Ÿ‘‰Cili Kering( agak-agak ya, kalau nak pedas boleh letak banyak)
๐Ÿ‘‰Bawang Besar ( 2 ulas lagi. Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
๐Ÿ‘‰Perencah Kari Daging ( jenama apa pon tak apa. Saya letak setengah je )
Bila bahan yang ditumis tadi dah kering sedikit masukkan bahan bahan yang baru diblender tadi.
Masak sampai pecah minyak.
Sambil- sambil tu rebus daging.Air daging jangan dibuang ya.
Dah pecah minyak masukkan
๐Ÿ‘‰air daging
๐Ÿ‘‰daging
๐Ÿ‘‰kicap kipas udang atau kicap mudim.
Last sekali masukkan
๐Ÿ‘‰garam
๐Ÿ‘‰gula
๐Ÿ‘‰ajinamoto
๐Ÿ‘‰perencah masakan

mengikut citarasa anda.
Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit tutup api dan hidangkan ๐Ÿ˜Š
SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ™‹๐Ÿ˜Š

Credit : Najwatul Farhana Md Fazli

Brahim Daging Masak Hitam :-
https://shope.ee/8Uajbw7vbV

RESEPI NASI KHOUMOK


Bahan²
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
3 sdb minyak sapi/ mentega
2 batang akar ketumbar
3 sdb rempah khoumok
Rempah 4 sekawan
1 pokok daun ketumbar hirus kasar
1 kiub ayam
2 sdb susu cair

Bahan hiris:-
1 labu bawang besar merah
1 Inci halia
4 ulas bawang putih

Cara² memasak:-
1. Cuci beras basmathi rendam selama 30 minit atau 1 jam.
2. Masak air dlm rice cooker hingga mendidih sambil² tu panaskan minyak sapi/mentega dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi.
3.Masukkan rempah komok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng sekejap beras. Hati² kacau takut hancur.
4. Tuangkan beras dlm rice cooker berisi air mendidih tadi dan masukkan juga susu, kiub ayam dan garam.
5. Tekan butang cook dan masak nasi macam biasa.

AYAM GORENG BEREMPAH

1 ekor ayam dipotong 12 ketul
1 labu bawang putih
4 batang Serai
2 inci halia
1 sdb ketumbar biji
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb cili giling
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara²:-
Bahan² ni diblend semua dan lumur pada ayam. Perap selama 30 minit atau sejam. Goreng ayam dalam minyak terendam hingga masak.

** Nak dapatkan ayam yg cantik dan serdak² yang tak hangus kena jaga main api. Jgn terlalu besar atau kecik apinya.

SOS CILI THAI

Bahan²:-
10-15 biji cili padi merah hijau
4 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1 pokok akar ketumbar
2 biji tomato masak ranum
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara² buat sos thai:-
1. Kisar semua bhn² diatas.
2. Masak hingga agak pekat dan nampak berkilat.

Hidang bersama nasi khoumok, ayam goreng berempah, sos thai, daun salad, hirisan timun dan juga tomato ๐Ÿš๐Ÿ—๐Ÿฅฌ

Selamat menjamu selera ?

Rempah Paket Nasi Khoumok :-
https://shope.ee/qBID15By4

NASI MINYAK SIMPLE

.
- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 cawan margerin/planta
- 3 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
- 1 kuib stok ayam
- Pewarna kuning
.
BAHAN KISAR:
- 6 biji bawang merag
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
.
BAHAN HIASAN:
- bawang goreng
- daun bawang dihiris
.
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
- DAGING BERIANI -
- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
- 1/2cawan minyak
- 1 cawan air
- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
- 2 tangkai daun ketumbar
- sedikit garam
- 2 biji kentang dipotong 4
- sedikit susu cair ( agak2 )
- 2 sudu cili kisar
.
BAHAN KISAR:
- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 labu bawang besar
- 1 1/2 cm halia
.
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
.
Kredit : angah izan

Rempah Nasi Minyak :-
https://shope.ee/AvbPcKd4D

Khamis, 19 Januari 2023

KEK HOKKAIDO


STEP 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur (Kuning telur letak dalam bekas
lain)
2. 4 sudu besar gula halus (mixer kan sampai meringue
letak tepi dlu yg meringue.. Mohon yg meringue tu jgn ada
bercampur dgn sedikit air @ kuning telur yaa... nanti takut
xjadi plk..

STEP 2
1. 4 biji Kuning telur (yg dah ada dlm bekas tadi)
2. 3 sudu besar gula
* kacau2 je guna whisk (godek2 mcm tu)
3. Masukkan susu cair setengah cawan( boleh guna dutch lady)
4. Minyak masak 5 sudu besar
* smbung kacau guna whisk sampai sebati

STEP 3 ( ayak dulu)
1. 1/2 cawan gandum
2. 2 sudu besar tpung jagung/kastard
3. Stgh sudu kecil baking poder
๐ŸŽ masukkan step 3 ni ke dalam step 2..kacau2 guna whisk
๐ŸŽ lepas tu campurkan dgn step 1 tdi..kacau2 sampai sebati

JOM KITA BAKOR
GUNA API ATAS BAWAH YER SUHU 160..DALAM MASA 20 MINIT..TGK LA KALO DAH MASAK..X LEKAT LERR KAT LIDI BILA KITA CUCUK2
JGN LUPA PANASKAN OVEN DULU DLM 10 MINIT SUHU 170
FILLING TU:

1. marjerin 1 sudu
2. Susu cair 200 ml
* panaskan dlu utk cairkan marjerin
Masukkan
3. 1 sudu besar tpung gandum
4. 1 sudu besar kastard
5. 1 biji telur
6. 4 sudu besar gula

Masak jer semua..sentiasa kacau guna api kecil
Note๐Ÿฌjangan masak lama2..nti keras la gamaknya...menangis x berlagu...sekadar pekat2...

Kek tu..amk chopstick utk buat lubang di tgh..bru pipe filling kastard tdi.
=Guna telur gred A utk dpt byk biji
=Tabur gula ising utk hiasan
Done!!

Kredit: Sarihah Ismail

Tepung Kek Nova / Hokkaido :-
https://shope.ee/4fNtPohzLE

Ahad, 15 Januari 2023

RESEPI ASAM PEDAS BATANG KELADI


Bahan-bahan:
200 gram batang keladi (dihiris)
200 gram keladi (dihiris)
(Keladi dan batangnya direbus terlebih dahulu supaya ia mudah empuk apabila dimasak di dalam kuah asam)
2 ulas bawang merah (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 batang serai (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 gram ikan bilis (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
100 ml air asam jawa
2 tangkai daun kesum
150 ml air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
3.Kemudian , masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga pecah minyak.
4.Selepas itu , masukkan serai, halia, daun kesum, batang keladi dan keladi dan kacau rata.
5.Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
6.Setelah keladi dan batangnya mula empuk , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.

P/s:Resepi Batang Keladi Masak Asam sesuai dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng

Paste Asam Pedas Awang :-
https://shope.ee/7f1PMJR9dP

CHICKEN CHOP WITH BROWN SAUCE


Resepi brown sauce - untuk 4 keping ayam

(ayam beli kat AEON yg memang dh siap potong utk chicken chop, boleh terus guna)

Bahan-bahan:
√ 1/2 biji bawang holland - saya pakai bawang besar je (potong dadu)
√ 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
√ 2 sudu besar tepung gandum - bancuh dgn air panas sikit
√ 1/2 kiub pati ayam
√ 1 sudu besar kicap manis
√ 1 sudu besar sos tiram
√ 1 sudu besar sos blackpepper
√ 2 cwn air
√ 1 sudu besar butter

Cara-cara:
1) Panaskan butter dan tumis bawang sampai naik bau wangi.
2) Masukkan lada hitam yg ditumbuk kasar tadi. Gaul rata.
3) Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dengan whisk jangan smpai berketul. Masuk air 1 cawan.
4) Masukkan semua jenis sos dan kiub pati ayam. Masukkan lagi baki air tadi.
5) Kacau sampai pekat. Tak perlu tambah garam dan gula.

Resepi Coleslaw ala2 KFC

Bahan:
Kubis - hiris nipis
Carrot - sagat
Jus lemon - saya guna cuka je
Garam
Gula
Mayonis
Susu segar

Cara-cara:
1) Campur semua sayur dan bahan lain sedikit demi sedikit smpai dapat tekstur coleslaw yang digemari.

Kredit : Norhidayu Abdull Rashid

Brown Sauce Readymade :-
https://shope.ee/4ARXB4PGvR

RESEPI FUDGY BROWNIES CHEESE


Bahan-bahan:
* 200gm coklat masakan
* 1/2 cawan butter/ mentega
* 3/4 cawan gula (boleh kurangkan)
* 2 biji telur gred A
* 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sdt esen vanila
* 1/4 cawan serbuk koko
* Secubit garam

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dan butter secara double boil, ketepikan dan biarkan sejuk
2. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur dan gula guna whisk
3. Bila dah sebati, masukkan esen vanila dan garam
4. Kemudian masukkan coklat yang dah dicairkan tadi
5. Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak
6. Kaupbalikkan adunan hingga sebati
7. Lapikkan loyang dengan baking paper dan tuangkan adunan
8. Panaskan oven suhu 180c dan bakar selama 30 minit

Bahan untuk cheese:
* 250gm cream cheese
* 3/4 cawan gula kastor
* 1 biji telur

Cara-cara:
1. Mixedkan semua bahan bersama sehingga sebati
2. Tuangkan atas brownies yang sudah siap dimasak
3. Bakar semula dalam oven selama 10-15 minit

Kredit : Ida Hanna

Kek Brownies Cheese :-
https://shope.ee/7pKpXw3ory

Sabtu, 7 Januari 2023

SATE AYAM (ANGGARAN 130 CUCUK)


Bahan-bahan
- 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat
- Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate
terbakar semasa dibakar hehhehe
- 25 sudu gula pasir
- 2 sudu garam

Bahan disangai
2sudu jintan putih
3sudu jintan manis
8sudu ketumbar
Sangai bahan diatas didalam kuali jgn sampai hangus agak2 dah naik bau matikan api.

Bahan-Bahan kisar
4ulas bawang kecik
8 ulas bawang putih
serai 3 batang
halia
kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)
lengkuas
bahan yang disangai
air secukupnya
Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus

sediakan bekas letak dada ayam yang dah di potong masukan garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata n sebati. kemudian tutup dengan wrap n masukan didalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.

selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama .selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe

sis biasa buat 3 hari sebelum nak bakar.sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam
kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jgak.

Sambal Kacang Satay :-
https://shope.ee/3KsAX5GOhB

KERABU SUHUN

Kerabu sohun..
Sedap buka selera.

KERABU SUHUN

Bahan-bahan

1 paket suhun diredam
6 ekor udang segar
2 ekor sotong
Ayam

1 biji cili merah *
1 ulas bawang besar Holland *
Gula
sedikit sos ikan
sedikit sos sotong
2-3 labu bawang putih jeruk
2 biji limau & boleh guna jus limau yg dijual dlm botol
seikat daun bawang
Daun ketumbar

1 bili tomato
1 bj lobak
1 btg serai
1 biji tomato
3 biji cili api
Kacang panjang

Cara-cara:

Rebus sotong, ayam dan udang sehingga masak dan potong²kan.
Potong dadu bawang merah, cili merah, daun bawang, bawang jeruk dan tomato, lobak, timun.
Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, ajinomoto dan air bawang jerut.

Gaul semua bahan tadi sehingga sebati.
Sedia dihidangkan
Bhn2 boleh ikut

Beli Suhun Disini
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/5zsyZSw3QO

Rabu, 4 Januari 2023

RESEPI TOFU TELUR SWEET SOUR


Bahan-bahan:
* 3 paket tofu telur
* 1 biji telur
* 3 sudu makan cili kering kisar
* Sos cili secukupnya
* Sos tiram secukupnya
* Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan hiris halus:
* 2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* Sedikit halia
* 1 biji tomato
* 1 biji cili merah
* 2 - 3 biji cili padi

Cara-cara:
1. Hiris bulat tafu telur. Kemudian bilas dengan air.
2. Pecahkan sebiji telur dan pukul bersama sedikit garam serta perasa.
3. Rendam tofu dalam bancuhan telur dan biarkan seketika. Kemudian goreng hingga keperangan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
5. Bila bawang telah layu masukkan cili kering kisar. Masak seketika hingga cili masak dan barulah masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
6. Bila dah garing perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa. Gaul sebati.
7. Masukkan tofu yang digoreng tadi. Kacau rata.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit : Wati Radin Othman

Tofu
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/4fNWVRMtMt

RESEPI CENDOL LARISS ๐Ÿ˜‹


Cara-cara buat CENDOL

Bahan-bahannya :
5 Sudu makan - Tepung beras
1 sudu makan - Tepung gandum
1 sudu makan - Tepung pulut
10 helai daun pandan diblend - ambil air sahaja.

Cara-caranya :
1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.

2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.

3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.

4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.

5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.
Dah siap bab cendol.

AIR CENDOL

Bahan-bahan :
1 Kotak Santan Segera - santan pekat. Kalau guna santan cair, buat 2 kotak.
1 Cawan Air Masak
Gula Merah secukup rasa
1 sudu kecil garam

Cara-Cara :
1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)
3. Bila dan mendidih tutup api.
4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk....

Cendol Hijau
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/4fNVD3C9tR