Ahad, 22 Disember 2024

DAGING MASAK KETUMBAR


Bahan2 👇🏻

Daging lembu 1 kilo
* Bawang besar
* Bawang putih
* Cili merah
* Kunyit hidup
* Halia
Biji ketumbar 2 sudu
Serai 2 batang di ketuk
Asam jawa 1 sudu
Gula 1 sudu

Bawang Holland potong2 kasar, cili padi hijau, cili padi merah masukkan last sekali untuk garnish.

Blend semua bahan2 yang bertanda * diatas lepas tu perap
kan dengan daging dan asam jawa dan gula dalam satu jam.

Panaskan minyak, tumis serai dan semua daging yang korang dah perap tadi, daging ni akan keluarkan air yang banyak korang tutup kuali tunggu kering sikit pastu tambah lagi air paras daging tadi pastu tutup balik api sederhana. Kerap kacau2 ya jangan sampai hangus.

Bila air daging dah kering dan dah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa (sukahati korang la nak letak serbuk perasa brand apa), masukkan bawang holland dan cili padi sebiji2 kacaukan sekejap patut tutup api. Siap!

Makan ngan telur dadar, ulam2 nasi panas2, pergh mantap!

kredit: aziah nima

Biji Ketumbar :-
https://s.shopee.com.my/9zdcFB1TO7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan