Ahad, 22 Disember 2024
KUAH KACANG SATE KAJANG
Resepi ini merupakan resepi kuah kacang khasnya untuk dimakan bersama sate. Walaubagaimanapun ianya juga sesuai dan sangat sedap dimakan bersama nasi himpit.
Bahan Untuk :
1 kg kacang tanah – buang kulit
2 keping gula melaka
garam secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
15 cili kering – buang biji rendam air panas dan kisar halus
Bahan hiris nipis :
2 inci lengkuas
7 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
11 biji bawang merah
Cara Buat Kuah Kacang Sate Kajang
Panaskan minyak kemudian goreng kacang tanah yang telah dibuang kulitnya.
Kisar kasar kacang tanah goreng tadi setelah sejuk sedikit.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian goreng bahan hiris nipis hingga harum kemudian angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
Panaskan 3 senduk besar minyak dalam kuali dan goreng cili kisar bersama bahan hiris nipis yang telah digoreng dan dikisar halus tadi.
Masukan air secukupnya dan kacang tanah yang sudah dikisar dan masak hingga mendidih.
Masukan air asam jawa, gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
Akhir sekali, hidangkan kuah kacang ini bersama-sama dengan sate ataupun nasi himpit. Boleh juga dijadikan kuah dan dimakan bersama-sama nasi. Selamat Mencuba !.
Sambal Kacang :-
https://s.shopee.com.my/VlZemOu6n
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan