01 Mac

Resepi Kerabu Ikan Bilis

 



Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang
Cili padi
Cili merah
Limau nipis @ kasturi
Serai
Tomato
Daun limau purut (nak bagi naik aroma)
Garam
Gula

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan. Biar sejuk, kipaskan pun buleh. Sebab apa? Nak pastikan krup krap je time makan nanti.
Potong bawang nipis nipis, cili padi, cili merah dan daun limau purut.
Masukkan dalam mangkuk besar. Termasuklah ikan bilis yang dah digoreng tadi.
Last sekaleyy, perahkan limau dan perasakan dengan garam gula. Kacau rata.

Tadaaa dah siap pun kerabu ikan bilis sap sap soi ni. Selamat mencoba gais 😚😚

Cdt suriani shafiee

RESEPI KERABU TAUGE BERSAMA KERANG

 


Bahan-bahan:

2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa

*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas

Cara:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.

Cdt proviral masakan

Resepi kerabu telur masin

 


.
Bahan A
.
Telur masin (rebus)
.
Bahan B

Gula
Garam
Ajinomoto
Cuka
.
Kacau semua bahan diatas sehingga larut..kalau nk masam dan berkuah letak cuka lebih..gula pn lebih..
.
Bahan C

Bawang merah
Cili kecik / cili padi
Serai
Kacang panjang
Tomato kecik / besar
Bunga kantan
.
Hiris halus/potong dadu bahan C..
.
Settle bahan B (bila dh larut).. masukan bahan C.. gaul hingga sebati.. (rasa ikut citarasa sendri..sy bt manis sikit sb telur dh masin)..dh rasa ok tu masukan telur.. bahagi dua telur masin..then korek guna sudu.last gaul.. tp slow2 nt hncur telur..

Siap .. 😍

Cdt mimi zubir 

Kerabu Kaki Ayam

 


Ada peminat KERABU KAKI AYAM?
🤗🤗

Mkn kt betong, thailand hr tu sdap sgt.. pedas, msam,manis semua ckup.. blk cni modified ckit ikut selera family... kurang pedas..ank2 pon suka..

KERABU KAKI AYAM

Kaki aym (rebus smpai lembut)

Bwg merah
Serai
Bunga kantan
Daun limau purut
Cili merah
Cili hijau
Tomato
( semua hiris nipis)

Gaul sekali...perah asam lima

Kerabu Perut


Ternyata memanggg sedap kerabu perut resepi dari group ni juga saya ambik..tak silap semalam bro tu post resepi ni..tqsm pemberi resepi..👍👍👍..sedap diratah begitu saje😅😅

Resepi Kerabu Perut-
Perut hendaklah direbus terlebih dahulu.
Gaul/ramas air perahan asam jawa bersama bawang besar dipotong bulat,tomato buah dirincik halus,sedikit kerisik,sedikit belacan,sedikit gula dan garam.
Kemudian masukkan perut dan gaul sebati.

Sumber : nuraini abdullah via mahn

Resepi Kerabu Udang Ala Thai



.
Kalau pergi melancong ke Thailand uolls wajib cuba makan kerabu udang. Sedap sangat, masam, manis, pedas menyengat gitu. Tapi sekarang uolls tak perlu lagi pergi Thailand kalau nak makan kerabu udang. Buat sendiri saja dekat rumah. Puas hati, boleh makan puas-puas.
.
Bahan-bahan :
Udang dibuang kulit
Cili merah dan dan hijau
Bawang putih
Sos ikan
Jus limau nipis
Gula garam
Serai dihiris.
Bawang besar dihiris
Tomato, carrot
Daun sup.
Pucuk kacang/kacang buncis/kacang panjang/kacang botol.
.
Cara Memasak :
Udang dibuang kulit, direbus dan ditoskan.
Cili merah, cili hiaju dan bawang putih dikisar kasar/tumbuk
Gaul kesemua bahan dan siap untuk dihidangkan.
.

Credit : bidadari.my 


RESEPI KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG



Bahan - bahan

2 ikat pucuk paku.
1 biji santan bahagi dua ; separuh goreng separuh ambil santan.
4 ulas bawang merah
Sesudu kecil lada hitam
3 ekor ikan selayang rebus
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit air untuk merebus pucuk paku

Cara penyediaannya

1. Panaskan air sehingga mendidih. Bilaendidih baru masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.

2. Kelapa bahagikan dua. Separuh blendarkan dengan segelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.

Tips goreng: bila pegang ia rasa rangup dan senang nak hancurkan.

3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.

4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahaj perasa garam dan gula.

5. Boleh masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Just nice nak bagi basah sikit sikit.

Dah siap!

Credit : Bahiah Sarifuddin 
Credit Page Facebook : Resepi Enak