03 Mac

RESEPI IKAN MERAH MASAK CUKA


Memang ramai Yang suka masakan nih,tapi teragak2 Nak masak😊sebabnya risau terlebih masam,terkurang masam,terlebih masin..nampk simple masakan nih Kan..🥰,tapi tak kena pada Cara memasaknya,kemungkinan Kurang selera mahu memakannya😊❤️.

BAHAN-BAHAN

1 kilo potongan ikan merah

3-4 sudu besar cuka masakan

10batang cili padi merah(jangan dikatok)

½ biji timun Di potong

1 Biji tomato(dibelah 6)

1 sudu besar biji sawi

1 Biji bawang besar dipotong bulat

3 ulas bawang putih Di hiris

2 cm halia(dihiris)

1 batang serai(dikatok)

½ sudu kecil garam

400-500ml air

1 sudu serbuk perasa Knorr atau maggi

¼ sudu kecil serbuk kunyit

CARA MEMASAK

1)ikan dicuci bersih Dan direndam sebentar bersama air garam,bilaskan Dan lumurkan bersama garam Dan kunyit untuk mengoreng ikan

2)panaskan minyak didalam kuali,masukkan biji sawi(biarkan biji sawi meletup letup)sebentar

3)masukkan halia,bawang putih Dan serai,masak sehingga sedikit keperangan Dan Dan Naik bau..

4)masukkan bawang merah Dan cili padi merah

5)masukkan cuka Dan air,serbuk kunyit,garam Dan serbuk perasa(Rasakan seperti Yang dimahukan)

6)madukkan ikan,timun Dan tomato...biarkan ianya masak seketika..Dan padam Kan API

7)siap dihidang Dan dimakan bersama nasi 🤗❤️

Kredit: nurul Ateekah mahn

RESIPI TAKOYAKI (26 - 30 biji)


Bahan²:-
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sdb tepung jagung
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1 sdb serbuk stok ayam
1 sdt garam
2 sdb minyak masak
1 sdt baking powder

Cara²:-
1. Campurkan semua bahan² dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan inti pula.

BAHAN INTI :
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat dihiris halus
Carrot diparut halus

CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang
4. Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Renjis²kan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

BAHAN HIASAN ATAS :

Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis
Bonito flake - beli kat Aeon bahagian makanan Jepun

Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3.Taburkan bonito flakes

RESIPI SOS TAKOYAKI

Bahan²:-
1 cawan sos cili
4 kuntum cendawan shitake kering
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap kipas udang
1/4 cawan air asam jawa
2 hiris halia
1 sdb tepung jagung
1/2 cawan gula

Cara²:-
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masukkan tepung jagung dan
masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
3. Sejukkan sos
4. Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle
.
Kredit : Rozmaliza Omar
#bestmalaysiafoodviral

RESEPI AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI


Ayam 1 ekor

Cili padi hijau 10 batang

Cili hijau 5 batang

Bawang putih 3 ulas

Bawang merah 4 biji

Serai 1 batang

Daun pandan 1 helai

Cili padi hiasan 6-7 biji

Petai

SOS ikan 2 sudu besar

Serbuk perasa 1 sudu kecil

Garam (agak2)

Serbuk belacan 1 sudu kecil(jika suka)

Minyak masak(Yang baru untuk mengoreng ayam)

👩🏻‍🍳Cara memasak👩🏻‍🍳

1)ayam dicuci bersih Dan gaulkan bersama kunyit Dan garam

2)mengunakan minyak masak Yang baru untuk goreng ayam Dan goreng ayam sehingga masak

3)kisar atau tumbuk cili hijau,cili padi hijau,bawang putih Dan bawang merah

4)mengunakan minyak ayam tadi(anggaran 1-2 senduk

5)masukkan daun pandan Dan serai masak sehingga Naik bau atau kekuningan

6)masukkan bahan Yang telah dikisar Dan masak sehingga pecah minyak

7)masukkan Serbuk belacan,petai dan cili padi,Gaul sebati..Dan masukkan perasa Knorr Dan SOS ikan

8)Dan akhir sekali,masukkan ayam daun Gaul rata,(jika tak cukup masin,tambah Kan sedikit garam)

Credit : nurul ateekah

02 Mac

RESEPI DAGING BULGOGI


Bahan:
- 400-500g daging
- kucai (dihiris)
- bawang (dihiris)
- lobak merah (dihiris)
- daun bawang (dihiris)
- 2 sudu minyak bijan
- 1 sudu bijan

Bahan perap:
- 3 sudu besar gulang perang
- 1 sudu besar minyak bijan
- 8 sudu besar kicap
- 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
- 2 sudu kecil bawang putih cincang
- 2 sudu kecil halia cincang
- 1 buah pir yang telah diparut
- 1/2 sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan:
1. Sediakan bahan perap - campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.
3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.

Kredit: Steak and Teeth

ASAM PEDAS THAI


.

Bahan

Ikan siakap saiz sederhana potong 4
bahan blend:
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi merah ikut kepedasan sendiri
8 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/2 inci belacan dibakar
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu teh biji lada putih

caranya :

mesin bahan diatas kemudian masuk dlm periuk.

perah asam jawa sebesar bola golf campur dng 3-4 cawan air utk kuahnya

masuk garam..gula thai jika ada secukup rasa

2 sudu besar sos ikan thai
masuk 1/2-biji nenas yg kecil potong nipis

blh masukan rebung jika suka
bila dah nak angkat baru masuk satu ikat kangkung yg dipotong 2-3 bahagian..

Sumber resepi.my 

AYAM UNGKEP


Resepi ..

🌺Bahan²
-ayam
-serai 2batang ketuk
-asam keping 1 kpg
-garam gula

🌺Bahan blend
-2bji bawang besar
-3ulas bwg putih
-Cili padi 10-15 bjik
-Halia 1/2 inci
-Kunyit hidup 1inci
-1 -2sk jintan manis
-1-2sk jintan putih
-1 sb ketumbar

🌺Cara²
👉 Tumiskan bahan blend dan serai sampai naik bau n btukar warna .... Masuk ayam...gaul sebati,biar ayam mesra dgn bhn tumisan baru
Masuk air & asam keping ..perasakan garam gula ..tutup kuali & masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk .... Siap ...

Kredit: Norasyikin ismail 

HATI LEMBU MASAK PENGANTIN


Hati lembu
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Jintan manis
Lada hitam
Ketumbar
Kicap
Sos tiram
Serbuk kunyit
Gula
Garam
Air asam jawa
Minyak utk menumis
Kulit kyu manis &Bunga lawang

Cara2:
Blender bawang besar, bwg putih, halia, serai, lada hitam,ketumbar dan jintan manis sampy halus.
Pnskn mnyak tumis klt kyu mnis n bnga lawang serta bhn blender td. Goreng hngga separuh garing.
Masukkan hati lembu (hati hndaklah direbus terlbh dahulu)
.kacau tmbh kan sdkit air jika kering.. Masukkan serbuk kunyit..
Masukkan air asam jawa. Renihkan seketika.. Masukkan kicap,sos tiram,diikuti dgn gula serta sdkit garam jika perlu..
Masak shngga agk pch minyak.kalau nk berkuah blh tmbh2kan air. Last skli msukkn hirisan bwg besaq, daun sup, cili merah n cili padi sbgai hiasan. Tutup api. Hias dgn hirisan daun bawang.
Slmt mencuba!!!

*minta maaf saya xda sukatan tepat utk kuantiti. Depend pd bhn utama..Puan2 blh agak2 lah yer.

Kredit Resepi : Fizza Abadie Azmi