03 Mei

RESIPI NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahan nasi

3 cawan beras

3 cawan air

½ cawan santan pekat

2 helai daun pandan (disiat dan disimpul) atau 1 batang serai (diketuk)

⅓ sudu kecil garam

Bahan-bahan sambal ikan bilis

1 cawan ikan bilis

20 biji cili kering

½ cawan minyak masak

5 biji bawang merah kecil

2 biji bawang besar

1 cm halia

Sedikit belacan

Air asam jawa

2 sudu besar gula

Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain

Kacang tanah yang telah digoreng

Ikan bilis goreng

Telur rebus

Timun

Persediaan Bahan-bahan

Basuh ikan bilis dan tuskan.

Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama halia.

Kisar bawang merah bersama bawang besar.

Kupas telur rebus dan belah dua. Potong serong timun.

Cara Membuat Nasi Lemak

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan nasi lemak yang peroi, lemak & wangi dan sambal tumis ikan bilis yang sangat sedap.

Memasak nasi

Bersihkan beras dan tuskan.

Masukkan beras ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering.

Kemudian masukkan air, garam dan daun pandan. Kacau sebati. Teruskan memasak seperti biasa.

Bila air hampir kering, masukkan santan dan kacau sekata.

Tutup balik periuk dan tunggu sehingga nasi masak.

Membuat sambal ikan bilis

Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.

Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan belacan, dan tumis menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.

Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat.

Kemudian masukkan ikan bilis, air, air asam jawa dan garam. Kacau rata.

Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga sambal pekat, kemudian angkat.

Cadangan Hidangan

Hidangkan nasi lemak panas-panas bersama sambal ikan bilis, telur rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun. Boleh juga ditambah lauk lain seperti ayam goreng, rendang, sambal sotong atau telur goreng.

Sumber: anekaresepi

KUIH CAKOI & KUAH PANDAN

250gm tepung gandum
140 ml air + 1 biji telur
1/2 paket yis
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam

1. Satukan tepung, yis, baking powder, minyak, gula dan garam ke dalam bekas besar. Gaul hingga jadi sebati semua.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh. Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.

3. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm kemudian potong kecil2 secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik 2.

4. Perap doh tadi hingga naik 2 kali ganda dari saiz asal.

5. Untuk menggoreng tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

6. Bila cakoi sudah garing dan keperangan angkat dan toskan minyaknya.

Kuah pandan :
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3 sudu makan susu pekat manis - boleh gantikan dengan gula
Sedikit pes pandan - boleh gantikan dengan air daun pandan

1. Masuk semua bahan ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. Sentiasa kacau hingga sedikit pekat angkat dan sejukkan.

2. Sedia dihidangkan bersama kuih cakoi.

Resepi & foto : Sha Roziah Al Yahya

02 Mei

GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM

Bahan sup :

300ml air

500ml susu segar

1-2 kiub ayam

1/2 st daun parsley

1/2 st serbuk lada hitam

1/2 st garam

1/2 cawan tepung gandum

1/2 sb mentega

1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)

sedikit serbuk perasa

1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.

3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.

4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.

5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.

Garlic Bread

Bahan roti :

Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)

2 sudu besar mentega

Secubit daun parsley

1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus

1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan.

Kredit resepi foto : Yatie Yusof

TAKOYAKI HOMEMADE

Bahan adunan tepung (26-30 biji) :

1 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu makan tepung jagung

2 biji telur

1 3/4 cawan air

1 sudu makan serbuk perasa ayam

1 sudu teh garam

2 sudu makan minyak masak

1 sudu teh baking powder

Bahan inti :

Sotong/udang/crab stick/sosej - hiris kecil

Daun bawang - hiris nipis

Kubis bulat - mayang halus

Lobak merah - diparut halus

Bahan sos :

1/2 cawan sos tomato

1/2 cawan air

1/2 cawan kicap lemak manis

1 sudu makan tepung jagung

1/2 cawan gula

Madu secukupnya

Bahan hiasan :

Sos takoyaki

Mayonis

Bonito flakes

1. Campurkan semua bahan2 tepung dalam bekas besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut, tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

2. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang.

3. Tuang adunan tepung dalam lubang acuan hingga 3/4 penuh.

4. Letakkan inti sotong, udang, crab stick atau sosej di setiap lubang.

5. Taburkan hirisan lobak merah, daun bawang dan kubis dengan secukupnya.

6. Tuangkan lagi adunan tepung sampai agak2 nak melimpah.

7. Pusingkan bebola takoyaki sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat2 masuk dalam lubang acuan).

8. Pusing dan teruskan pusing bebola takoyaki sampai mendapat bentuk bulat.

9. Renjiskan minyak masak di celah acuan dari semasa ke semasa. Teruskan sampai nampak garing.

10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.

11. Untuk sos campur semua bahan dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.

12. Angkat tambahkan madu dan gaul rata.

13. Bila sejuk masukkan sos ke dalam botol untuk mudah diratakan atas takoyaki nanti.

14. Picit sos, mayonis di atas takoyaki dan taburkan bonito flakes dengan secukupnya, sedia untuk dinikmati.

Resepi & foto : Norliza Razali

NASI MINYAK SIMPLE

3 pot beras Basmathi Moghul Faiza
(Rendam dlm 15min - jangan kacau langsung yea nanti beras patah 😅)
2 labu Bawang Besar*
6 bj Bawang Kecil*
3 inchi Halia*
(*dihiris)

2 btg Kulit Kayu Manis}
3 Bunga Lawang }
6 Bunga cengkih } 4 sekawan
6 Buah Pelaga }

5 sudu Minyak Sapi
3/4 tin Susu Cair
3 cawan air
3/4 sudu Garam
2 btg serai (diketuk)
2 helai daun pandan 
Sedikit perwarna kuning

Hiasan - Kismis, gajus, bwg Goreng dan daun ketumbar

Cara-Cara memasak :

Dah panas Minyak Sapi, mskkan 4 sekawan, kacau sekejap baru Masak Bahan hirisan* dan serai..
garingkan sekejap baru masukkan susu cair, daun pandan, garam sedikit perwarna kuning..
kemudian masukkan Air 3 cawan ikot pot beras..
Akhir sekali tos beras terus Msk ke periuk Nasi ..

Sukatan Air mesti guna pot beras yg sama..
Nisbah 1 cawan beras : 1 cawan Bahan yg di Masak tadi..lastly tmbh 1/2 cawan extra..

Tips : 
• Nisbah 3 cawan beras : 3 1/2 cawan Air
• Toskan beras dan pindahkan ke periuk Nasi
• Jangan kacau langsung masa tgh Masak..
• Tgu dh Masak baru Boleh kaup..masa ni lah beras akan cantik panjang, lembut dan tak patah..
• Boleh tambah air panas 1/2 cawan lagi klau nk bg nasi tu lembut lagi.

Kredit: Norzy Yusuff

01 Mei

PANKEK SUPER GEBU

130gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk vanilla/vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A - dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit)
2 sudu makan mentega - dicairkan
Sedikit marjerin - untuk oles pada kuali

1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.

2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.

3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.

4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.

5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.

*jika tiada serbuk vanilla@vanilka cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.

Kredit resepi : Yus_Rania

CREAM CHEESE GARLIC BREAD

Sumber : Ni'mach Ciprut AngkringBumi
Dicuba oleh : Aznie Khasri

BAHAN ROTI :
250g high protein
3g yis
30g gula pasir
1 biji telur
110-120ml susu cair
20g butter 
1g garam

~Campur kesemua bahan, kecuali butter dan garam. gaul rata hingga sebati, uli lebih kurang 10 minit.
~Masukkan butter dan garam, uli lagi hingga menjadi doh yang lembut lebih kurang 10-15 minit, setelah elastik, diam kan selama 1 jam/adunan kembang 2 kali ganda, 
~Kemudian tumbuk adunan, untuk buang anginnya. 
~Bagikan adunan kepada 10 ketul, bentukkan bulat, kemudian diamkan adunan selama 30 minit, 
~Panas kan oven pada suhu 170-180' terlebih dahulu selama 10 minit, 
~Kemudian masukkan roti dan bakar lebih kurang 15-17 minit, ikut kepanasan oven masing- masing ye.
~Setelah masak keluarkan, dan tunggu hingga ia sejuk. 
~Kemudian potong guna pisau bergerigi, tapi jangan sampai putus, siap untuk diisi cheese dan di siram dengan butter bawang.

BAHAN CREAM CHEESE :
250g cream cheese
30g gula pasir
50ml whipping cream

~sebatikan cream cheese dengan menggunakan spatula supaya ia sebati, 
~Kemudian masukkan gula. gaul hingga sebati dan masukkan whipping cream, gaul sampai ia jadi adunan yang lembut, 
~Kemudian masukkan kedalam piping bag, ketepikan, siap di gunakan.

BAHAN GARLIC SAUCE
110g butter 
30g bawang putih (tubuk @ dicincang halus) -Aznie gantikan dengan garlic powder
30g susu pekat manis
20g madu
1 biji telur
2 sudu teh parsley 
1g garam

~Cairkan butter, setelah cair, masukkan bawang putih (garlic powder) gaul rata.
~Tambahkan susu pekat manis, madu, garam, parsley dan telur, gaul hingga rata, siap digunakan.

CARA IA DIHASILKAN
~Ambil roti yg sudah di potong tadi, tambah kan cream cheese di celah-celah potongan tadi.
~Kemudian siramkan dengan sauce garlic hingga rata. 
~Susun kedalam loyang dan bakarlebih kurang 15 minit pada suhu 160°. bergantung kepanasan oven masing-masing.

***Untuk yang ni Aznie tak guna bawang putih mentah. sebaliknya Aznie gantikan kepada garlic powder.. baunya wangi sangat.