Isnin, 2 Mei 2022

TAKOYAKI HOMEMADE

Bahan adunan tepung (26-30 biji) :

1 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu makan tepung jagung

2 biji telur

1 3/4 cawan air

1 sudu makan serbuk perasa ayam

1 sudu teh garam

2 sudu makan minyak masak

1 sudu teh baking powder

Bahan inti :

Sotong/udang/crab stick/sosej - hiris kecil

Daun bawang - hiris nipis

Kubis bulat - mayang halus

Lobak merah - diparut halus

Bahan sos :

1/2 cawan sos tomato

1/2 cawan air

1/2 cawan kicap lemak manis

1 sudu makan tepung jagung

1/2 cawan gula

Madu secukupnya

Bahan hiasan :

Sos takoyaki

Mayonis

Bonito flakes

1. Campurkan semua bahan2 tepung dalam bekas besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut, tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

2. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang.

3. Tuang adunan tepung dalam lubang acuan hingga 3/4 penuh.

4. Letakkan inti sotong, udang, crab stick atau sosej di setiap lubang.

5. Taburkan hirisan lobak merah, daun bawang dan kubis dengan secukupnya.

6. Tuangkan lagi adunan tepung sampai agak2 nak melimpah.

7. Pusingkan bebola takoyaki sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat2 masuk dalam lubang acuan).

8. Pusing dan teruskan pusing bebola takoyaki sampai mendapat bentuk bulat.

9. Renjiskan minyak masak di celah acuan dari semasa ke semasa. Teruskan sampai nampak garing.

10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.

11. Untuk sos campur semua bahan dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.

12. Angkat tambahkan madu dan gaul rata.

13. Bila sejuk masukkan sos ke dalam botol untuk mudah diratakan atas takoyaki nanti.

14. Picit sos, mayonis di atas takoyaki dan taburkan bonito flakes dengan secukupnya, sedia untuk dinikmati.

Resepi & foto : Norliza Razali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan