Ahad, 22 Mei 2022

AISKRIM VIRAL ALA MAGNUM

Musim panas sekarang ni, dapat makan ais krim memang rasa lega tekak ni. Jom cuba Aiskrim Magnum Viral ni. 

2cawan whipping krim(dairy)
*nina guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair@susu fullcream pun boleh je
1/2cawan susu pekat
1sudu kecil ovellate
Sedikit esen vanila *campurkan kesemua bahan mix@blender hingga kembang gebu(nina pakai blender je)mix@blender hingga adunan kembang 2kali ganda

350gm coklat masakan@dark chocolate apa apa brand pun boleh je(nina guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)
*double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan
*agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat
*tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6jam@semalaman *salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim
*nak lagi senang buat pendek2 je.. Nina potong sikit plastik aiskrim tu
*adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je
*coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik,coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah2 tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah. 
Kredit: Raja Amanina

Plastik Aiskrim jenis zip lock beli sini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan