Jumaat, 13 Mei 2022

TIPS SIMPANAN SAYUR BEKU

Kredit : Hani Mynis

Tiap kali raya mesti susah nak cari bahan. Habis je kat supermarket. Apa kata kita ikut tips ni. Nak masak tinggal keluarkan dari petisejuk, masuk terus dalam periuk/kuali. 

✅daun kunyit
✅serai
✅lengkuas
✅halia
✅kunyit hidup
✅bunga kantan
✅daun pandan
✅daun kesum

Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ni.

‼️ Mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu

‼️Tengok mcm mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit tu kan kalau masak rendang kita ghicir halus-halus, ha ghicir siap-siap terus. 

‼️Nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik, jangan nanti-nanti, nanti lupa terus, lembik sayur nya.

‼️ Nak guna, takyah basuh dah, terus campak je dalam kuali, periuk, tak perlu defrost/thaw dulu. Beku-beku tu masuk je dlm kuali/periuk

‼️Kalau daun sup, hani suka masuk dalam bekas-bekas kecil asing-asing sekali penggunaan, tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup. 
‼️Daun ketumbar hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia. Hani suka daun ketumbar yg rangup 

Ketahanan? Selagi tak habis insyaAllah 3-6 bulan 🥰

Semoga bermanfaat ☺️

Korang boleh gunakan ni untuk packing sayur-sayuran korang. Reusable tauuu, boleh pakai semula 👉🏻 https://shope.ee/Ap2fiqOhs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan