Ahad, 22 Mei 2022

NASI ARAB

๐Ÿ› Beras Basmathi ( rendam 20min basuh dan toskan)
๐Ÿ› Bawang merah
๐Ÿ› Bawang putih
๐Ÿ› Buah pelaga dan tiga sekawan(bunga cengkih/lawang/kayu manis
๐Ÿ› Minyak / minyak sapi / Planta
๐Ÿ› Perencah Nasi Arab (tak kisah jenama apa)
๐Ÿ› Garam
๐Ÿ› Gula
๐Ÿ› Pewarna Kuning / oren

Cara - cara :

๐Ÿ– First sekali tumis bahan - bahan tumisan yang diihiris seperti bawang merah dan putih..lepastu tumis macam biasa bersama bahan yang lain buah pelaga,tiga sekawan
๐Ÿ– Dah nampak garing keemasan tu masukan perencah nasi arab ( satu sudu je) kalau banyak nanti warna jadi gelap sangat. Masukan sikit garam dan gula
๐Ÿ– Dah nampak pecah minyak sikit tu masukan beras yang dibasuh dengan sedikit air(masak seperti biasa)
๐Ÿ– Bila nasi dah masuk baru titis sedikit je pewarna oren dan kuning

Resipi SALAD ARAB :
๐Ÿฅ— Tomato
๐Ÿฅ— Bawang merah
๐Ÿฅ— Timun Jepun / timun biasa
๐Ÿฅ— Perahan lemon / jus limau segera (guna yg kedai Eco je)
๐Ÿฅ— Daun ketumbar
๐Ÿฅ— Garam
๐Ÿฅ— Gula
๐Ÿฅ— Minyak zaitun (kalau ada)

๐Ÿ‘‰Potong dadu bahan - bahan tu semua lepastu perasakan dengan perahan lemon ,minyak zaitun . kemudian masukan garam dan gula. Gaul je semua .mudah aje ๐Ÿ˜‹

Resipi Sos Harrah :
๐Ÿ… Tomato
๐Ÿ… Daun ketumbar
๐Ÿ… Cili padi( thai chili pedas lagi sedap)
๐Ÿ… Perahan lemon sikit je
๐Ÿ… Bawang merah( kalau nak buh )
๐Ÿ… Garam
๐Ÿ… Gula

๐Ÿ‘‰ Blend bahan- bahan yang disenaraikan iaitu tomato,daun ketumbar,cili padi tu dengan sikit air je jangan banyak sangat.
๐Ÿ‘‰ Lepas dah blend perah lemon sikit je jangan bagi masam sangat dan perasakan dengan garam dan gula .Kena balance tau kalau salad dah masam sos kena manis2 sedang gitu je (tawar pun ok)๐Ÿ˜‹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan