Insuran Thailand 🛒 : https://shope.ee/6KPXJZSy1Z
Ramai yang PM aku macam mana cara nak masuk Thailand sekarang ni selepas Kerajaan kita dan diorang dah buka pintu sempadan ni. So sini aku kongsi sikit macam mana cara dia.
.
Bagi pemegang Pas Sempadan " Border Pass" korang boleh masuk macam biasa korang duk masuk sebelum² ni. Kalau korang bawak transport sendiri korang kena beli insurance untuk transport korang tu. Macam aku bawak kereta sendiri jadi aku beli insurance kereta untuk 5 hari berharga Rm 28. Then korang kena isi white card tu 1 nama Rm 2, kalau 5 beranak Rm 10 lah.
.
Aku masuk ikut pintu sempadan Padang Besar, sebab tak sibuk sangat macam pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen kita dia tanya nak pi mana ja then dia cop macam biasa. Maximum untuk "Border Pass" 3 hari dan sampai Hatyai sahaja.
.
PERINGATAN !!!! : pastikan korang buat line telefon korang roaming atau beli sim kad Thailand. Sebab selepas check point malaysia korang akan lalu check point Thailand pulak. Dekat sini perlukan internet yang kuat untuk korang scan QRcode yang diorang sediakan untuk korang register dengan Health Declaration Thailand. Selesai Health Declaration baru korang akan cop "Border Pass" untuk side sebelah Thailand.
Settle bab "Border Pass",lepas tu sambung plak untuk transport declaration. Bagi sesiapa kenderaan atas nama sendiri korang just bawak geran asal/salinan jer. Kalau kenderaan atas nama orang lain kena ada surat authorization dari owner kenderaan. Then selesai....selamat bercuti
Kredit : Khairul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan