Isnin, 9 Mei 2022

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SERAI RANGUP

*Bahan Kisar*
10 tangkai Cili kering | belah dua, rebus. tos
1 biji bwg besar | saiz sderhana
2 biji bwg putih

Kisar smua bhan di atas dengan sedikit air. Anggaran air, letak paras separuh bahan. Ketepikan. Ambil 2 sudu besar untuk campur ke dalam perapan ayam nanti.

*Bahan Perapan Ayam Berempah*
2 sudu besar bahan kisar
1 sb sos tiram
1 sb gula
secubit garam
sedikit jintan manis & ketumbar | ditumbuk
2sb tepung beras
5-6 ketul ayam
8 batang serai 

kisar kering sampai hancur
Campurkn ke smua bahan kecuali serai.Gaul rata.

Ambil 2 sudu besar serai yang dah dikisar. Campurkn ke dlm bahan perapan

Kemudian masukkn ayam dan gaul sebati.
Perap selama 30 minit

*Bahan Hampas Serai Berempah*
Baki serai yang dikisar
2 tangkai daun kari
1 sb gula
secubit garam
2sb kari daging
2sb tepung jagung

Campurkn ke smua bahan.Kmudian basahkn dengan sdikit air.
Tak prlu trlalu bnyak. Air sekadar cukup untuk buat lekatkn bahan hampas serai tu je.

*Cara Goreng Ayam*
Selepas perap ayam, panaskn minyak dlm kuali.

Goreng ayam serta masukkn jg daun kari. Goreng hingga garing brtukar keemasan.

Kmudian angkat ayam dan tos.
Guna kuali yg sma, goreng bahan hampas serai.
Masukkn sdikit demi sedikit beserta daun kari juga.
Gaul2 dan hancur2kn hampas msa goreng supaya tk trlalu tebal melekat msa digoreng.

Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan tos.
Boleh hidang ayam bersama hampas serai berempah
Bau wangi serai, kari, jintan ,ketumbar mmang asyik gila.

Mkn pn non stop je ni🤭

Tiada ulasan:

Catat Ulasan