14 Mei

RESEPI NASI KHOUMOK

Bahan²
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
3 sdb minyak sapi/ mentega
2 batang akar ketumbar
3 sdb rempah khoumok
Rempah 4 sekawan
1 pokok daun ketumbar hirus kasar
1 kiub ayam
2 sdb susu pekat manis/ cair

Bahan hiris:-
1 labu bawang besar merah
1 Inci halia
4 ulas bawang putih

Cara² memasak:-
1. Cuci beras basmathi rendam selama 30 minit atau 1 jam.
2. Masak air dlm rice cooker hingga mendidih sambil² tu panaskan minyak sapi/mentega dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi.
3.Masukkan rempah komok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng sekejap beras. Hati² kacau takut hancur.
4. Tuangkan beras dlm rice cooker berisi air mendidih tadi dan masukkan juga susu, kiub ayam dan garam.
5. Tekan butang cook dan masak nasi macam biasa.

AYAM GORENG BEREMPAH

1 ekor ayam dipotong 12 ketul
1 labu bawang putih
4 batang Serai
2 inci halia
1 sdb ketumbar biji
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb cili giling
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara²:-
Bahan² ni diblend semua dan lumur pada ayam. Perap selama 30 minit atau sejam. Goreng ayam dalam minyak terendam hingga masak.

** Nak dapatkan ayam yg cantik dan serdak² yang tak hangus kena jaga main api. Jgn terlalu besar atau kecik apinya.

SOS CILI THAI

Bahan²:-
10-15 biji cili padi merah hijau
4 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1 pokok akar ketumbar
2 biji tomato masak ranum
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara² buat sos thai:-
1. Kisar semua bhn² diatas.
2. Masak hingga agak pekat dan nampak berkilat.

Hidang bersama nasi khoumok, ayam goreng berempah, sos thai, daun salad, hirisan timun dan juga tomato πŸšπŸ—πŸ₯¬

Selamat menjamu selera

kredit: rosmaliza omar

13 Mei

TIPS SIMPANAN SAYUR BEKU

Kredit : Hani Mynis

Tiap kali raya mesti susah nak cari bahan. Habis je kat supermarket. Apa kata kita ikut tips ni. Nak masak tinggal keluarkan dari petisejuk, masuk terus dalam periuk/kuali. 

✅daun kunyit
✅serai
✅lengkuas
✅halia
✅kunyit hidup
✅bunga kantan
✅daun pandan
✅daun kesum

Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ni.

‼️ Mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu

‼️Tengok mcm mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit tu kan kalau masak rendang kita ghicir halus-halus, ha ghicir siap-siap terus. 

‼️Nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik, jangan nanti-nanti, nanti lupa terus, lembik sayur nya.

‼️ Nak guna, takyah basuh dah, terus campak je dalam kuali, periuk, tak perlu defrost/thaw dulu. Beku-beku tu masuk je dlm kuali/periuk

‼️Kalau daun sup, hani suka masuk dalam bekas-bekas kecil asing-asing sekali penggunaan, tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup. 
‼️Daun ketumbar hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia. Hani suka daun ketumbar yg rangup 

Ketahanan? Selagi tak habis insyaAllah 3-6 bulan πŸ₯°

Semoga bermanfaat ☺️

Korang boleh gunakan ni untuk packing sayur-sayuran korang. Reusable tauuu, boleh pakai semula πŸ‘‰πŸ» https://shope.ee/Ap2fiqOhs

KEK HOKKAIDO

 
STEP 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur (Kuning telur letak dalam bekas
lain)
2. 4 sudu besar gula halus (mixer kan sampai meringue
letak tepi dlu yg meringue.. Mohon yg meringue tu jgn ada
bercampur dgn sedikit air @ kuning telur yaa... nanti takut
xjadi plk..

STEP 2
1. 4 biji Kuning telur (yg dah ada dlm bekas tadi)
2. 3 sudu besar gula
* kacau2 je guna whisk (godek2 mcm tu)
3. Masukkan susu cair setengah cawan( boleh guna dutch lady)
4. Minyak masak 5 sudu besar
* smbung kacau guna whisk sampai sebati

STEP 3 ( ayak dulu)
1. 1/2 cawan gandum
2. 2 sudu besar tpung jagung/kastard
3. Stgh sudu kecil baking poder
🍎 masukkan step 3 ni ke dalam step 2..kacau2 guna whisk
🍎 lepas tu campurkan dgn step 1 tdi..kacau2 sampai sebati

JOM KITA BAKOR
GUNA API ATAS BAWAH YER SUHU 160..DALAM MASA 20 MINIT..TGK LA KALO DAH MASAK..X LEKAT LERR KAT LIDI BILA KITA CUCUK2
JGN LUPA PANASKAN OVEN DULU DLM 10 MINIT SUHU 170
FILLING TU:

1. marjerin 1 sudu
2. Susu cair 200 ml
* panaskan dlu utk cairkan marjerin
Masukkan
3. 1 sudu besar tpung gandum
4. 1 sudu besar kastard
5. 1 biji telur
6. 4 sudu besar gula

Masak jer semua..sentiasa kacau guna api kecil
Note🍬jangan masak lama2..nti keras la gamaknya...menangis x berlagu...sekadar pekat2...

Kek tu..amk chopstick utk buat lubang di tgh..bru pipe filling kastard tdi.
=Guna telur gred A utk dpt byk biji
=Tabur gula ising utk hiasan
Done!!

Kredit: Sari haah Ismail

NASI ARAB

πŸ› Beras Basmathi ( rendam 20min basuh dan toskan)
πŸ› Bawang merah
πŸ› Bawang putih
πŸ› Buah pelaga dan tiga sekawan(bunga cengkih/lawang/kayu manis
πŸ› Minyak / minyak sapi / Planta
πŸ› Perencah Nasi Arab (tak kisah jenama apa)
πŸ› Garam
πŸ› Gula
πŸ› Pewarna Kuning / oren

Cara - cara :

πŸ– First sekali tumis bahan - bahan tumisan yang diihiris seperti bawang merah dan putih..lepastu tumis macam biasa bersama bahan yang lain buah pelaga,tiga sekawan
πŸ– Dah nampak garing keemasan tu masukan perencah nasi arab ( satu sudu je) kalau banyak nanti warna jadi gelap sangat. Masukan sikit garam dan gula
πŸ– Dah nampak pecah minyak sikit tu masukan beras yang dibasuh dengan sedikit air(masak seperti biasa)
πŸ– Bila nasi dah masuk baru titis sedikit je pewarna oren dan kuning

Resipi SALAD ARAB :
πŸ₯— Tomato
πŸ₯— Bawang merah
πŸ₯— Timun Jepun / timun biasa
πŸ₯— Perahan lemon / jus limau segera (guna yg kedai Eco je)
πŸ₯— Daun ketumbar
πŸ₯— Garam
πŸ₯— Gula
πŸ₯— Minyak zaitun (kalau ada)

πŸ‘‰Potong dadu bahan - bahan tu semua lepastu perasakan dengan perahan lemon ,minyak zaitun . kemudian masukan garam dan gula. Gaul je semua .mudah aje πŸ˜‹

Resipi Sos Harrah :
πŸ… Tomato
πŸ… Daun ketumbar
πŸ… Cili padi( thai chili pedas lagi sedap)
πŸ… Perahan lemon sikit je
πŸ… Bawang merah( kalau nak buh )
πŸ… Garam
πŸ… Gula

πŸ‘‰ Blend bahan- bahan yang disenaraikan iaitu tomato,daun ketumbar,cili padi tu dengan sikit air je jangan banyak sangat.
πŸ‘‰ Lepas dah blend perah lemon sikit je jangan bagi masam sangat dan perasakan dengan garam dan gula .Kena balance tau kalau salad dah masam sos kena manis2 sedang gitu je (tawar pun ok)πŸ˜‹

12 Mei

NASI TOMATO

Untuk 20 orang makan

Nasi TomatoπŸ…
8 cawan beras basmathi direndam 30 minit
9 cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bwg merah besar saiz sederhana dicincang
6 ulas bwg putih dicincang
2 inci halia dititik
4 sudu besar sos tomato
1/2 tin tomato puree
1 kiub ayam
1 biji tomato di potong dadu
1 batang serai dititik
4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga
Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
Daun pandan/ ketumbar
Kismis
Garam dan gula

Cara masak nasi
1️⃣Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu.
2️⃣Bila semua dah sebati boleh la masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit lebih kurang.
3️⃣Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar.
4️⃣Bila periuk nasi dah kee warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit @berkerakdi bawah. Biarkan selama 5 - 10 minit baru la bukak tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @copstik utk elakkan nasi patah.

Ayam Masak MerahπŸ”
1 1/2 ekor ayam (sy masak 23 ketul hr tu)
2 biji bwg besar (dikisar)
7 ulas bwg putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
Sos cili
Soa tomato
Gula melaka
Gula, garam
Tomato
1 biji bwg besar utk hiasan
4 sekawan
Minyak untuk menumis

Cara memasak
1️⃣Gorengkan ayam.
2️⃣Tumiskan bwg merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
3️⃣Masukkan ayam dah kacau dalam 10 minit lebih kurang. Biar ayam tu mesra.
4️⃣Last taburkan bawang dan tomato. Siap!!!

➡️Kami tak letak susu ya dalam masak merah ni sebab tak suka dan ayam akan cepat basi..ini resepi mak mentua kami😍
➡️Kalau nak buat sikit kecikkan portion.
➡️Hampa try naaa..letih taip resepi panjang berjela ni😜😜😜

Kredit: Latipah Karim

NASI HUJAN PANAS

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.
3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul
Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Kredit: Pak Engku

11 Mei

RESEPI NASI ARAB πŸ˜€

Bahan2:
Beras Basmathi 2 cawan. Rendam dalam air dengan sedikit garam.
Seekor ayam dibelah dua. Ambil bahagian peha (2 peha). Rebus dahulu dengan rempah sup bunjut tu. Air rebusan simpan dalam 3 cawan untuk masak nasi nanti.

Bahan perapan ayam:
1 biji bawang merah (besar)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
*Blenderkan semua bahan2 ni dengan sedikit air kemudian gaulkan dengan:
1 sdk serbuk cili
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdk yogurt
1/2 sdk garam
1/2 sdk serbuk kunyit
1sdb madu (kalau takda, ganti dgn gula merah/putih)
Bahan masak nasi:
1/2 biji bawang merah (besar)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
*blender semua bahan ni dengan sedikit air
1/2 biji bawang merah (besar) dimayang
1 biji tomato dipotong dadu
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 batang cengkih
4 biji buah pelaga
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk lada hitam
2 biji cili hijau
2 sudu besar butter/marjerin untuk menumis
1 sdb minyak masak
1 genggam daun ketumbar dicincang
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning/oren
Cara menyediakan ayam:
Rebus ayam dengan rempah sup sehingga separuh masak. Kemudian perap ayam dengan bahan perapan yang telah disediakan. Perap selama 1/2 jam. Sebelum perap tu, cucuk2 dulu ayam yang dah direbus dengan garpu supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Setelah diperap, boleh digoreng atau dibakar di dalam oven sehingga masak. Saya guna suhu 200°, bakar api atas bawah selama 30 minit.
Cara memasak nasi:
Toskan beras yang telah direndam dan ketepikan. Sukatan air untuk memasak nasi adalah...
1 cawan beras = 1 dan 1/4 cawan air ATAU
1 cawan beras = 1 dan 1/2 cawan air. Jangan lebih dari ni.
Tak kisahlah air tu nak campur dengan santan ataupun susu cair. Dalam resepi ni, Sis gunakan air rebusan ayam tadi.
Panaskan kuali. Masukkan butter/marjerin dan minyak. Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Bila dah wangi, masukkan bawang merah yang telah dimayang. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan bahan2 yang dikisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak sikit dan kemudian masukkan tomato. Tumis lagi sampai tomato lembik sedikit kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul2 rata. Kalau sedikit kering, boleh tambah sedikit air. Gaul2 lagi dalam 3/5 minit sampai sebati dan wangi baunya. Kemudian masukkan cili hijau. Kacau2. Lepastu boleh masukkan air rebusan ayam mengikut nisbah beras yang kita pakai. Saya pakai 2 cawan beras basmathi. So air yang saya pakai adalah sebanyak 2 cawan air tambah lagi 1/2 cawan air. Gunakan air yang sama ye utk sukat beras dan air. Bila dah mendidih, tutup api.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan tuang air rebusan yang telah dimasak dengan bahan lain tadi ke dalam periuk nasi. Lepastu gaul2 sikit kasi rata. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Lepastu tabur daun ketumbar dan masaklah nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak, titiskan sedikit pewarna kuning/oren ke dalam nasi. Kalau ada saffron, lagi bagus. Bila dah titis, tutup semula periuk nasi dan keep warm. Bila nak makan, baru gembur2kan nasi dengan garpu. Jangan kasar2 kalau tak nak nasinya patah.
Kalau tak nak masak dalam periuk nasi, nak masak atas api terus pun boleh. Tapi kena pandai2lah supaya air tak kering terlalu cepat dan beras masak. Lepas air rebusan mendidih tu, masukkan beras, kacau rata, bukak api besar sikit. Bila air dah hampir kering sikit, tutup periuk, api perlahankan. Supaya nasi masak. Boleh juga macam tu.
Nasi Arab ni, ada lagi salad dan sambal dia. Tapi saya tak berapa rajin. So saya buat nasi dan ayam jelah. πŸ˜‚ Bagi anak dulu, dia cakap sedap. So saya yakin sedap ni. Budak2 kan tak pandai tipu. πŸ˜‚ Selamat Mencuba. Jika teringin. πŸ˜‚
Tips untuk masak beras Basmathi supaya jadi elok, berderai dan tak patah, ada banyak dikongsi dalam blog2 masakan dan di laman web lain. Kalau nak cantik nasinya, baca2 jugaklah ye. 😁 Kalau nak taip kat sini, panjang bebeno pulak postnya nanti. Tak larat taip.πŸ˜‚

Kredit : Khairunnisa Mohammad