12 Oktober

REMPEYEK RANGUP


1 ulas bawang putih*
1 biji buah keras*
1/2 sudu besar biji ketumbar*
1/2 sudu besar jintan manis*
1/2 sudu besar jintan putih*
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji telur
1 sudu besar air kapur
330ml santan cair
500 gram minyak masak
Ikan bilis
Kacang tanah

1. Tumbuk bahan yang bertanda* sehingga lumat, ketepikan.

2. Di dalam mangkuk masukkan tepung beras bersama bahan tumbuk tadi, garam, serbuk perasa, telur, air kapur gaulkan.

3. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati.

4. Panaskan minyak, sambil itu boleh panaskan acuan rempeyek di dalam minyak selama 5 minit.

5. Selepas acuan dah panas tuang adunan ke dalam acuan (jangan terlalu banyak sangat) letakkan ikan bilis dan kacang tanah.

6. Goreng sehingga keperangan dengan menggunakan api yang sederhana.

7. Angkat toskan minyak biarkan rempeyek sedikit sejuk, barulah simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi & foto : Samsiah Hj Mat Ali

Rempeyek Kacang Tanah
👉 https://shp.ee/eiwmxz5

PIZZA MINI HOMEMADE


Bahan doh :
250ml cawan air suam
1 paket yis mauripan
1 sudu teh gula
1 sudu teh susu pekat manis
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 cawan marjerin

1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk yang lain masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk, gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti.

3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit.

4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggunakan kain atau plastic dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.

Bahan topping pizza :
Tomato puri
Sayur campur
Sosej
Keju cheddar atau mozarella
Sos cili
Mayonis

1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut citarasa memasing.

3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190°c selama 20 minit atau hingga masak. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar memasing.

Resepi & foto : Natasha Jeffrey

Pizza Base
👉 https://shope.ee/VVneXEy2s

NASI KERABU KELANTAN 😋


Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa

Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Resepi ayam madu bakar

Bahan2
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder

Kuantiti sy agak2 je.. Tpi mmg guna bhan2 kat ats je..😊😊 Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

kredit:nurul farhanim

Bahan Nasi Kerabu Kelantan
👉 https://shope.ee/6f6PefTrY8

07 Oktober

KEK COKLAT MOIST KUKUS & RESEPI 11 TOPPING COKLAT

Bahan :

1 cwan serbuk koko
1 cwan gula pasir
1 cwan minyak masak
1 cwan susu pekat
1 cwan susu cair

Semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati tutup ap, ketepikan.

4 biji telur gred A

1 cwan tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
ketiga bahan ni diayak.

Dah agak suam bahan yang dimasak tadi masukkan kedlm blander.

Masukkan 4 biji telur, bland sekejap.

Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, bland sehingga semuanya sebati.

Panaskan pengukus terlebih dahulu.

Loyang sapukan sedikit planta kemudian masukkan adunan kek.

Nampak air dh mendidih masukkan adunan kek tadi.

Kukus selama 45 minit. Api sederhana.

Nota :
Cikza gandakan bahan tu nampak kek besar.
Cikza tak buat topping coklat. Rasa nak makan mcm tu je. Alhamdulillah sedap sangat2 kek tu, lembut dan tak muak.

Selamat mencuba..

Kredit: Noriza Awang Hamat

______

💓 11 RESEPI TOPPING COKLAT 💓

👉 TOPPING COKLAT PERTAMA 👈

2 sb marjerin
3 sb susu cair / air panas
1/2 cawan serbuk koko
4 sb susu pekat

Masak secara double boiler, biarkan sebentar dan curahkan ke atas kek yang telah sejuk .

👉 TOPPING COKLAT KEDUA 👈

150g coklat masakan
35g susu cair
1 sk mentega

Masak secara doubled boiler, biarkan sebentar dan curahkan ke atas kek yang telah sejuk .

👉 TOPPING COKLAT KETIGA 👈

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sb minyak masak

Masak kesemua bahan atas api perlahan. Biarkan sebentar dan curahkan ke atas kek yang telah sejuk.

👉 TOPPING COKLAT KEEMPAT 👈

250g coklat masakan
1 sb marjerin / mentega
130ml double cream / whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)

Cairkan coklat secara double boiler. Alihkan dari api, kemudian masukkan bahan bahan lain. Kacau sebati dan curahkan ke atas kek .

👉 TOPPING COKLAT KELIMA 👈

1/2 bar coklat masakan
2 sb mentega
1/2 sb gula halus
sedikit esen vanilla

Masak secara double boiler. Biarkan sebentar dan curahkan ke atas kek.

👉 TOPPING COKLAT KEENAM 👈

200g coklat masakan
2 sb susu pekat
6 sb air panas

Masak secara double boiler. Biarkan sebentar dan curahkan ke atas kek yang telah sejuk.

👉 TOPPING COKLAT KETUJUH 👈

450g coklat - potong kecil
300g whipping cream / heavy cream / thick cream

Masukkan ke dalam periuk kecil dan masak sehingga coklat cair. Sejukkan sedikit sebelum dituang ke atas kek.

👉 TOPPING COKLAT KELAPAN 👈

200g susu sejat
600g coklat masakan
1 sb madu / mentega

Masukkan ke dalam periuk kecil dan masak sehingga coklat cair. Sejukkan sedikit sebelum dituang ke atas kek.

👉 TOPPING COKLAT KESEMBILAN 👈
300g coklat masakan
200g UHT whipping cream
1 sb mentega

Panaskan krim hingga mendidih sedikit dan matikan api. Masukkan coklat dan kacau sehingga coklat cair dan sebati. Masukkan mentega dan sebatikan.

👉 TOPPING COKLAT KESEPULUH 👈

1 sb gelatin
150g coklat bar compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula kastor
200g whipping cream
2 sb mentega

Larutkan gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkam coklat bar guna kaedah doubled boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yang dah dipukul, 2 sb mentega dan gelati.
Gaul sebati, ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dan 2 sb gula kastor sehingga bertanduk.
Campur dalam adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200g whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan .

👉 TOPPING COKLAT KESEBELAS 👈

1/2 ketul mentega
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Masak secara double boiler hingga sebati. Siap untuk digunakan.

Kredit: Farisha Sofea

Tepung Cake Chocolate Moist

06 Oktober

RESEPI APAM BALIK 😋


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan gula
1 sudu kecil yis
1/2 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
1 biji telur saiz kecil
1 cawan susu segar

Bahan topping :

Jagung dalam tin
Kacang tanah disangai dan ditumbuk kasar
Gula
Sedikit majerin untuk disapu pada permukaan apam balik setelah masak

Cara memasak :

1. Campurkan gula, yis dan air suam di dalam satu cawan dan tutup permukaan cawan dan biarkan 5 minit. Campuran boleh diletak dalam adunan tepung nanti.
2. Pecahkan telur dan kacau sehingga berbuih dan campur bahan yang telah dibuat di dalam satu cawan, kacau sehingga sebati.
3. Biarkan adunan dalam masa 30 minit dan boleh dioles pada permukaan nonstick pan dalam satu senduk atau lebih sedikit.
4. Setkan api pada kadar sederhana sahaja. Apabila tepung sudah nampak separuh kering, taburkan gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dua tepung tersebut.
5. Sapu sedikit majerin pada kulit apam balik.

Selamat mencuba dan semoga berjaya !

Kredit resepi : Siti Nadirah

Dulang buat apam balik
👉 https://shope.ee/q8UEjfr7q

RESEPI ROTI BUTTER GOLOK VIRAL


Bahan
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung roti ,sya pakai tepung roti
1 biji telur

Caranya
1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih.

2. Telur dipukul sedikit.

3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati.

4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok).

5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.

6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah
kembang tadi dan uli hingga cantik licin.

7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas.

8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda.

9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c.

10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dgn gula halus.

Siap...

kt azlina ina

Beli Butter Disini
👉 https://shope.ee/1VO9x1z8Bt

05 Oktober

Karipap Roti Sedap dan Sempoi


sumber:Canteq.blogspot

Bahan-Bahan :

1. Roti gardenia (berapa keping korang nak)

2. Inti (resepi ni guna inti karipap)

3. Tepung jagung (kalo xde guna tepung gandum pon bole)

4. Air

*sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam

Cara-caranya:

1. Mula2 kita prepare kulit nya dulu

Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim

lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge'gam' kan dia

2. Then letak inti kat tengah2 roti tadi

Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.

3. Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi.

Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak.

So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.

4. Peh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.

5. Daaaa. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap

Roti Gardenia
👉https://shope.ee/7UfMfLGkJ0