07 Disember

RESEPI MUDAH AYAM GUNTING ALA PASAR MALAM.


Bahan - bahan :
4 hiris isi ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan serbuk cili
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Tabur:
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit lada putih

Cara membuat:

1. Sediakan satu bekas dan masukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk cili. Gaul sehingga semua rata.

2. Ambil hirisan isi ayam dan tumbuk - tumbuk dengan lesung batu supaya isi ayam padat dan nipis dan dapat menyerap bahan perapan nanti.

3. Masukan hirisan isi ayam itu ke dalam sebuah mangkuk, masukan telur, serbuk kunyit, sedikit garam dan 2 sudu besar campuran tepung yang disediakan awal tadi. Perap sebentar dalam 15 minit.

4. Panaskan minyak di dalam kuali.

5. Sebelum menggoreng, celup dan salutkan hirisan ayam yang sudah diperap tadi dengan campuran tepung. Pastikan ia menyaluti keseluruhan bahagian hirisan isi ayam itu.

6. Apabila ia sudah kekuningan, tanda ia masak dan toskan.

7. Kemudian gunting sederhana kecil hirisan ayam yang dah siap digoreng tadi.

8. Taburkan dengan serbuk cili dan lada putih bersesuaian dengan tahap kepedasan dan kesukaan anda.

Nikmati ayam gunting yang rangup, sedikit pedas dan sangat sedap. Mudahkan, selamat mencuba

Pek Ayam Gunting
👉 https://shope.ee/7A47w5mBV2

01 Disember

SPICY KOREAN CHICKEN 🐔


Bahan-bahan:

🐣 Drummet/chicken wings

🐣 Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pedas tu)

🐣 Blackpepper

🐣 Serbuk cili

🐣 Bawang putih (blender)

🐣 Cili kisar

🐣 Lemon

🐣 Madu

🐣 Sos tomato

Cara-cara:

🍗 Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yg dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu

🍗 Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi seperti hangatnya kasih abang terhadap adik ketika adik masih kurus dulu

🍗 Sangai bijan dalam kuali. Agak2 dh perang ketepikan bijan tu

🍗 Untuk sos pulak, tumis bawang putih yg dikisar tadi bersama cili kisar. Agak2 cili kisar dh garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon tadehal. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak2 la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti jadi sour korean chicken plak bukan spicy 🤣

🍗 Agak2 sos dh gaul sebati sos tadi boleh la masukkan bijan yg disangai tadi bersama ayam yg dh siap digoreng tadi. Gaul2 sampai melekat betol2 sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu. I x letak sebab xde daun bawang kt rumah. Makan macam tu pon dh best dh 🤤

Kredit : Rozlyn Farah Diana

Sos Spicy Korean
👉 https://shope.ee/6KUr1Um1Qn

HOMEMADE GRILLED BBQ CHIC CHOP RESEPI CHICKEN CHOP


Bahan-bahan:
* 1 ekor ayam (di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping)
* 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
* 3 sudu besar sos tiram (saya ganti dengan sos bbq)
* 1 sudu besar sos cili
* 1 sudu besar kicap manis
* 1 sudu makan kicap masin
* 1 sudu makan jus limau
* 1 sudu besar jus halia (1 inci halia ditumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
* 1 sudu kecil serbuk ayam (granulled chicken stock)
* 1 sudu besar madu

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan sehingga rata. Kemudian peraplah ayam dan simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak sebelum di angkat. Saya guna microwave oven je lebih mudah!

Bahan Sos Perang @ Sos lada hitam / Sos BBQ:
* 1 labu bawang besar (potong dadu)
* 1 sudu besar mentega
* 2 sudu besar tepung gandum (diayak dahulu)
* 1 liter air (lebih kurang dalam 1 jag kecil)
* 3 sudu besar sos tiram (saya ganti dgn bbq sos)
* 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos)
* 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
* 1 sudu besar sos black pepper
* 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
* 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
* Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api sehingga sos menjadi pekat. Kalau rasa tak cukup pekat boleh la tambah lagi bancuhan tepung gandum. Boleh di angkat dan dihidangkan

Boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong kalau nak. Hidang chicken chop dengan kentang goreng, salad, timun dan tomato segar!!! Resepi asal chicken chop by sheila rusly tapi saya derhaka resepinya ikut tekak saya.

Bahan-bahan Coleslaw:
* Kubis (potong halus)
* Lobak (disagat)
* Mayonis secukupnya
* 1 sudu besar jus lemon
* Garam
* Gula

Cara-cara:
1.Campur dan gaul sebati semua bahan dan sesuaikan rasa.
2. Simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.

Kredit : Hanizah Anizu

Chicken Chop Segera
👉 https://shope.ee/20LrrCsrSs

ROJAK MEE & ROJAK KUIH


Bahan Hiasan:
* Tauhu putih (goreng dan dipotong)
* Kentang (rebus sampai empuk, toskan dan potong)
* Telur rebus
* Taugeh, lada besar dan timun
* Mee kuning

Bahan Kuah:
* 1 paket biskut marie (dipatahkan)
* 3 biji Kentang rebus (dikisar)
* Cili kering, udang kering & 3 ulas bwg putih  (dikisar)
* 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Tumis sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak
2. Masukkan sesikit air, selepas mendidih masukkan kentang yang dikisar
3. Masukkan biskut marie, kacau sehingga biskut hancur
4. Masukkan tepung jagung dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa

Bahan Kuih Rojak:
* 2 senduk Tepung gandum
* 2 sudu besar yis
* Daun kucai (optional)

Cara-cara:
1. Satukn tepung, yis dan secubit garam kemudian bancuhkan bahan tersebut, jangan terlalu cair.
2. Masukkan kucai, perap dalam beberapa minit kemudian boleh goreng. Saya goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang2.

Selamat mencuba

Kredit : suisan aliezsha

Mee Rojak
👉 https://shope.ee/1fj1MVWIBU

30 November

RESEPI TELUR LEMAK CENDAWAN


Bahan-bahan 1:

√ 3 ulas bawang putih*
√ 5 ulas bawang merah dipotong*
√ 1-2 inci lengkuas dihiris*
√ 1-2 inci kunyit hidup*
√ 1 biji tomato dipotong 4
√ 2 cili besar hijau*
√ 1 cili besar merah* (atau cili padi jika nak tambah pedas)

Bahan-bahan 2:

√ Telur ayam/itik
√ Cendawan atau sayur pilihan
√ 1 sudu besar cili kisar*
√ 1 sudu kecil serbuk kari Babas* (optional)
√ 1 asam keping*
√\200 ml 1 kotak santan Kara*
√ Air 2 kotak ikut kotak santan*
√ Garam secukupnya
√ Gula secukupnya

Cara-caranya:

1. Kisar bahan bertanda * hingga agak hampir lumat dan ketepikan.

2. Siapkan kuali dan hidupkan api.

3. Seterusnya, masukkan semua bahan * 1 yang telah dikisar di atas, bahan * 2 ke dalam kuali, kecuali telur dan cendawan.

4.bKacau campuran hingga kuah nampak menggelegak.

5. Masukan cendawan dan tomato. Teruskan kacau.

6. Rasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api.

7. Kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah.

8. Biarkan kuah menggelegak perlahan ketika ini dan pastikan santan tidak pecah.

9. Kacau kuah di bahagian tepi dan elakkan telur menjadi pecah. Siramkan kuah ke atas telur supaya telur masak dengan keinginan anda.

10. Matikan api dan hidangkan 'Telur Lemak Cendawan' ini dengan nasi panas.

SELAMAT MENCUBA!!

Kredit : Rofiesyah Jaafar

Rencah Masak Lemak Masakan Melayu
👉 https://shope.ee/9p4il00BiF

TOMYAM PEKAT ALA THAI


Bahan-bahan:
* Ayam/ udang/ sotong
* Pes tomyam brand maepranom dan tom yum kung https://shope.ee/8zVc3eEYBV
* 3 sudu Cili kisar
* Santan/ susu cair
* Sos ikan/ kicap sotong
https://shope.ee/99p2DZPIrQ
* 1 sudu besar Sos tiram
* Bawang putih, bawang holland, lengkuas, serai,
* Cabai melaka
* Limau nipis
* Daun ketumbar
* Sayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan pes tomyam dalam 4 -5 sudu besar.
2. Masuk sos tiram dan masukkan serai. Tumis sekejap
3. Masukkan ayam/ udang/ sotong. Gaul sebati.
4. Masukkan air dan santan cair/ susu cair.
5. Masukkan semua – lengkuas, bawang putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar. Renehkan sekejap.
6. Perasakan dengan kicap sotong secukup rasa.
7. Masukkan sayur-sayuran pilihan dan masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
8. Akhir sekali, perahkan air limau nipis sehingga cukup rasa. Siappp

Kredit: Siti Husni

29 November

KUIH TEPUNG TALAM


BAHAN2nya..
BahanUntukLapisanBawah..
1cwn gula merah..
Stengah cwn gula..
2cwn air..

Caranya..
Satukan semua bahan pastu masak bg mendidih..dah mendidih tutup api tapis bagi sejuk..ketepikan..

1cwn tepung beras..
1sb tepung jagung..
Skit kapur sirih..

Caranya..
Satukan semua bahan dgn air gula td..pastu blend. ..pastu tuang dlm periuk..bukak api yg pelahan kacau..jgn tinggai na..sekejab ja..agak2 suam2 kuku dah boleh tuang dlm acuan..pastu kukus selama 20 minit..kukus dgn api sederhana ja..bila dah siap angkat n sejukkan..klu ada air atas kuih tu buang ja..jom kita tengok bahan untuk lapisan atas pulak..lupa pulak nak gtau.pastikan lapisan bawah betul2 sejuk baru tuang lapisan atas ya..sbb nak pastikan antara lapisan akan melekat..

BahanUntukLapisanAtas..
2cwn santan..klu nak lemak guna yg pekat
4sb tepung beras..jgn membukit ya
1sb tepung jagung..
Skit garam..nak lemakkan kuih

Caranya..
Satukan semua bahan pastu blend..kemudian tuang dlm periuk masak agak2 suam2 kuku ja..api yg pelahan ya..kacau jgn tinggai..dah siap tuang atas lapisan bawah td..kukus selama 30 minit..siap..sejuk dah boleh potong..klu nak potongan kuih yg cantik potong dengan benang ya..insyaallah cantik ja..selamat mencuba..😍

Kredit ; Masni Bahari

Tepung Kuih Talam
👉 https://shope.ee/4KjjR0ECae