08 Disember

RESEPI STRAWBERRY YOGURT BREAD πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“


menu ilham dari resepi yang viral kat Tiktok. Sedap, lembut dan topping juicy macam pudding gitu.

Rasa masam² manis strawberry yogurt πŸ˜‹

Bahan cuma perlu ada :

1. Bread
2. Telur
3. Yogurt
4. Strawberry
5. Vanilla (optional)
6. Madu@Maple Syrup (xnak manis boleh skip)

Cara² nya boleh rujuk pada gambar.

Selamat mencuba πŸ₯ͺ✨️

Sumber : linda safar

Dapatkan Dessini air fryer rm12 sahaja pd 25 nov tepat jam 12am
πŸ‘‰πŸ‘‰https://shope.ee/7f9RY8CGi1

07 Disember

KEK PISANG CHOC


-LOYANG SIZE 8'

(Panaskan oven terlebih dahulu 150 atas bawah)

A)
Pisang 320gm

B)
Telur 5biji(izzah guna gred A)
Secubit garam
Gula pasir halus 210gm
Choc Emulco 15gm
Minyak 225gm

C)
Tepung kek self raising 220gm
15gm Cocoa Powder
1tsp baking soda

-Blend semua bahan B lebih kurang 5minit
-Masukkan bahan A pisang blend lagi sekali untuk sebati kan lebih kurang masa 1-2minit
-Dan masukkan tepung&baking soda dan sambung blend 1minit
-sapu minyak pada keseluruhan loyang 8inch atau nak alas baking paper pun boleh.
-tuang adunan kedalam loyang

-bakar suhu 150 -160 atas bawah selama 50min-1jam(sehingga masak permukaan atas golden brown)suhu dan masa bergantung pada kepanasan oven masing2.
-30minit terakhir keluarkan loyang dari oven dan hias pisang yang dah dipotong halus untuk hias atas kek dan boleh tambah jugak choc chip untuk hiasan.
-tunggu sejuk baru potong.

*takder blender boleh guna handmixer*
*takder tepung kek boleh guna tepung gandum tapi kena tambah baking powder 1tsp*

Kek Pisang :-

01 Disember

HOMEMADE GARLIC BUTTER


parsley/ italian herb: https://shope.ee/2fieuO2y6j

Pasangan serasi garlic butter dgn french bread.Saya suka grill kat pan garing² saja tanpa cheese , lagi sedap. Yang dengan cheese ni untuk breakfast suami🀭

Kita buat garlic butter sendiri.. sedap ikut citarasa kita.Saya suka masak atas api untuk bagi naik bau butter ni.

Resepi
2 cwn@4 stick butter (takda butter guna ja marjerin,tak salah pun)
5 ulas bawang putih-  goreng atau bakar(Airfryer) dgn sedikit butter,jangan bagi hangus lak.(lenyekkan)
1 sdk serbuk bawang putih(ikut suka)
1 sdk serbuk bawang(ikut suka)
Daun parsley fresh@kering- cincang, kalau fresh lagi sedap. Qty-ikut citarasa
1sdK Italian mix herb
1sdK serbuk lada hitam@serbuk paprika
Garam kalau guna unsalted butter.
Masak semua sekali sampai butter cair ja tau jangan terlebih masak nanti jadi ghee lak.🀭

kredit: rohani sabtan

BINGKA PANDAN

Bingka pandan a.k.a kuih bakar atau kalau kat belah utara ni panggil bengkang gandum..sebabnya semua bhn boh dlm blender pastu blend ja then bakaq...settled...

loyang: https://shope.ee/htjOJwZO

Walaupun semua org tau cara buat dia tapi kami tetap jgk nak share resepi..😁

1½ cwn tepung gandum
2biji teloq
3cwn air (campur santan kotak bersama susu cair sukat bagi cukup 3cwn..kalau nak letak air daun pandan boleh campur sekali asalkan bagi cukup 3cwn)
1sb paste pandan
1sb butter/majerin
¾cwn gula
Secubit garam

Cara
1. Masukkkan bhn basah dulu ke dalam blender, blend dulu semua bhn tu hingga gula hancur..
2. Kemudian baru masukkan tepung gandum dan blend sekejap ja agak bagi semua tepung tu diadun sebati..bila dah masukkan tepung, jgn blend lama2 tau..nanti bengkang tu akan jadi keras dan liat..
3. Boleh taburkan bijan jika suka..pastu tuang dlm loyang yg disapu butter..then bakar dlm oven api atas bawah suhu 200'c selama 1jam ikut jenih oven masing2..5min terakhir boleh on api atas ja utk garingkan bhg atas..kalau guna af lagi mudah...on suhu 200'c set masa 20-25min..

Tips:
Kalau nak bagi kale nampak cantik, campurkan pewarna hijau dan kuning..kalau letak hijau semua, hijau tu nampak terang sgt...

Untuk resepi ni sukatan gula just nice..klu suka manis boleh letak secawan..klu x suka letak ½cwn naa...ataupun klu x nak letak gula boleh gantikan susu pekat manis .sukatan ikut manis uolls la nak tara mna...

Selamat mencuba dan silakan share...πŸ˜‰

kredit: jat faridah

KASWI PANDAN LEMAK


loyang: https://shope.ee/A9ofq0vzCi

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama

Cara membuatnya
Satukan kesemua bahan,kacau sebati dan tidak berketul.Tapis
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit
Sejukkan.Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi
.
Resepi: Noraslinda Bugal

CEKODOK / JEMPUT2

Cekodok/jemput2 ikan bilis rangup di luar dan lembut di dalam.. Dah sejuk pun masih lembut lagi...

frying pan: https://shope.ee/qH0inJWOu

Bahan-Bahan:
πŸ₯ž Tepung Gandum - 2 cawan (diayak)
πŸ₯ž Tepung Jagung - 1/2 cawan (diayak)
πŸ₯ž Udang Segar (saiz kecik) - semangkok (buang kulit)
πŸ₯žBaking Powder - 1 sudu teh
πŸ₯ž Bawang Besar - sebiji (potong dadu)
πŸ₯ž Mentega / Marjerin - 1 1/2 sudu besar (dicairkan dulu)
πŸ₯ž Udang Kering - segenggam (rendam air panas sampai kembang, pastu tos dan blend kering)
πŸ₯ž Garam & Serbuk Perasa sikit
πŸ₯ž Telur Ayam - sebiji
πŸ₯ž Serbuk Kunyit - 1/2 sudu teh

Cara-Cara:
Gaul semua bahan sampai rata.. Masukkan air sikit demi sikit sampai adunan melekat kat sudu (tak terlalu cair dan tak terlalu pekat).. Rasa masinnya dulu.. dan perap adunan kejap 15 minit.. Panaskan minyak, gunakan 2 sudu besar, cedok adunan dgn sudu (1/2 - 3/4 penuh sudu) dan gunakan sudu lagi satu utk tolak adunan dlm sudu ke dalam minyak.. Dengan cara ni, cekodok akan cantik bulat2 dan tak leper.. Goreng sampai garing.. dap!!

Note: Kalau takde udang, boleh buat cekodok bawang + ikan bilis.. bawang besar potong dadu, blend kering ikan bilis, carrot potong dadu kecik2 dan/atau kacang panjang potong kecik2 gak... Gaul semua..

Kredit : Zawiyah Awang

KUIH BAKAR


Kuih kegemaran.
Senang je nk buat..kisar semua bhn dan bakar.wangii satu rumah.

blender: https://shope.ee/10aQslxvgO

RESEPI
2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu suka manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna
cara2..blend smua bahan diatas kecuali bijan,tapis..oleskan loyang dgn butter,tuang adunan kemudian tabur bijan.bakar suhu 170 api atas bwh selama 1jam arau hingga masak..selamat mncuba.

Kredit resepi:Noor Baini Bakar
Airtangan dan pic:Eniza M Salim