30 November
RESEPI TELUR LEMAK CENDAWAN
Bahan-bahan 1:
√ 3 ulas bawang putih*
√ 5 ulas bawang merah dipotong*
√ 1-2 inci lengkuas dihiris*
√ 1-2 inci kunyit hidup*
√ 1 biji tomato dipotong 4
√ 2 cili besar hijau*
√ 1 cili besar merah* (atau cili padi jika nak tambah pedas)
Bahan-bahan 2:
√ Telur ayam/itik
√ Cendawan atau sayur pilihan
√ 1 sudu besar cili kisar*
√ 1 sudu kecil serbuk kari Babas* (optional)
√ 1 asam keping*
√\200 ml 1 kotak santan Kara*
√ Air 2 kotak ikut kotak santan*
√ Garam secukupnya
√ Gula secukupnya
Cara-caranya:
1. Kisar bahan bertanda * hingga agak hampir lumat dan ketepikan.
2. Siapkan kuali dan hidupkan api.
3. Seterusnya, masukkan semua bahan * 1 yang telah dikisar di atas, bahan * 2 ke dalam kuali, kecuali telur dan cendawan.
4.bKacau campuran hingga kuah nampak menggelegak.
5. Masukan cendawan dan tomato. Teruskan kacau.
6. Rasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api.
7. Kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah.
8. Biarkan kuah menggelegak perlahan ketika ini dan pastikan santan tidak pecah.
9. Kacau kuah di bahagian tepi dan elakkan telur menjadi pecah. Siramkan kuah ke atas telur supaya telur masak dengan keinginan anda.
10. Matikan api dan hidangkan 'Telur Lemak Cendawan' ini dengan nasi panas.
SELAMAT MENCUBA!!
Kredit : Rofiesyah Jaafar
Rencah Masak Lemak Masakan Melayu
👉 https://shope.ee/9p4il00BiF
TOMYAM PEKAT ALA THAI
Bahan-bahan:
* Ayam/ udang/ sotong
* Pes tomyam brand maepranom dan tom yum kung https://shope.ee/8zVc3eEYBV
* 3 sudu Cili kisar
* Santan/ susu cair
* Sos ikan/ kicap sotong
https://shope.ee/99p2DZPIrQ
* 1 sudu besar Sos tiram
* Bawang putih, bawang holland, lengkuas, serai,
* Cabai melaka
* Limau nipis
* Daun ketumbar
* Sayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung
Cara-cara:
1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan pes tomyam dalam 4 -5 sudu besar.
2. Masuk sos tiram dan masukkan serai. Tumis sekejap
3. Masukkan ayam/ udang/ sotong. Gaul sebati.
4. Masukkan air dan santan cair/ susu cair.
5. Masukkan semua – lengkuas, bawang putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar. Renehkan sekejap.
6. Perasakan dengan kicap sotong secukup rasa.
7. Masukkan sayur-sayuran pilihan dan masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
8. Akhir sekali, perahkan air limau nipis sehingga cukup rasa. Siappp
Kredit: Siti Husni
29 November
KUIH TEPUNG TALAM
BAHAN2nya..
BahanUntukLapisanBawah..
1cwn gula merah..
Stengah cwn gula..
2cwn air..
Caranya..
Satukan semua bahan pastu masak bg mendidih..dah mendidih tutup api tapis bagi sejuk..ketepikan..
1cwn tepung beras..
1sb tepung jagung..
Skit kapur sirih..
Caranya..
Satukan semua bahan dgn air gula td..pastu blend. ..pastu tuang dlm periuk..bukak api yg pelahan kacau..jgn tinggai na..sekejab ja..agak2 suam2 kuku dah boleh tuang dlm acuan..pastu kukus selama 20 minit..kukus dgn api sederhana ja..bila dah siap angkat n sejukkan..klu ada air atas kuih tu buang ja..jom kita tengok bahan untuk lapisan atas pulak..lupa pulak nak gtau.pastikan lapisan bawah betul2 sejuk baru tuang lapisan atas ya..sbb nak pastikan antara lapisan akan melekat..
BahanUntukLapisanAtas..
2cwn santan..klu nak lemak guna yg pekat
4sb tepung beras..jgn membukit ya
1sb tepung jagung..
Skit garam..nak lemakkan kuih
Caranya..
Satukan semua bahan pastu blend..kemudian tuang dlm periuk masak agak2 suam2 kuku ja..api yg pelahan ya..kacau jgn tinggai..dah siap tuang atas lapisan bawah td..kukus selama 30 minit..siap..sejuk dah boleh potong..klu nak potongan kuih yg cantik potong dengan benang ya..insyaallah cantik ja..selamat mencuba..😍
Kredit ; Masni Bahari
Tepung Kuih Talam
👉 https://shope.ee/4KjjR0ECae
25 November
RESEPI ASAM LAKSA ORIGINAL VERSI CINA
Bahan-Bahan Pes:
Bawang besar
Bawang merah
Bunga kantan sebatang
Kunyit hidup size jari kelingking
Lengkuas size ibu jari
Serai 5 batang
Asam keping 10 keping
Cili merah
Cili kering
Belacan 2 sudu besar (bakar)
Bahan-Bahan Sampingan:
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan
Otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
Timun
Salad
Bawang
Cili api
Cara-Caranya:
1. Kisar semua bahan-bahan pes. Kemudian tumis menggunakan minyak yang sedikit saja.
2. Tumis sehingga naik bau.
3. Bila dah wangi, masukkan bahan ini pula:
Asam jawa agak-agak dalam 2 sudu besar (bancuh air)
Bunga kantan 2-3 kuntum
Daun kesum
4. Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.
(Ikan untuk resepi ni saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak. Ikan sardin/selayang pun sedap)
5. Kemudian masukkan semua air rebusan ikan tadi. Tambahkan juga air sehingga kuah tidak terlalu pekat dan tidak cair.
6. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2 hingga 3 sudu besar serta perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.
7. Semasa dihidangkan, boleh cedok isi ikan seketul-seketul ke dalam mangkuk.
Kredit : Faiza Halim
Laksa Beras Muslim
👉 https://shope.ee/AUKHoNzWjK
22 November
KEK RED VELVET
BAHAN2
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah - guna bright red
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur
esen vanila
TOPPING
250 gm Cream Cheese
100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau suka kurang manis boleh kurangkan sukatan gula)
👉 Pukul semua dgn mixer. Kalau nk krim kental utk sapu atas kek, pukul kejap je..
CARA2
👉 Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.
👉 Satukan dan ayak bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
👉 Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi.
👉 Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
👉 Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
👉 Lengserkan loyang dengan butter dan lapik kertas minyak. Suhu 170 bakar selama 45 minit, api atas bawah.
👉 Sejukkan kek dan boleh hiaskan dgn topping cream cheese. Sejukkan sebelum makan. 💗
Resepi: Atier Syah
Perisa Makanan Red Velvet
👉 https://shope.ee/7KNACWBisL
15 November
RESEPI NASI LEMAK PANDAN WANGI
Bahan-bahan :
4 cawan basmathi
1 cawan santan
3 cawan air
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil minyak
1 batang serai - ketuk
1 ulas bawang merah - hiris
½ inci halia – hiris
Sedikit perwarna hijau
Cara Masak Nasi :
1.Beras dibasuh bersih kemudian rendam selama 20 minit. Kemudian toskan air nya. Jika guna beras biasa rendam dlm 10 minit sahaja.
2.Blenderkan 1 cawan air dengan daun pandan. Tapiskan hampas daun pandan. Daun pandan yg cik tie guna saiz sederhana. Kalau yg besar boleh kurangkan.
3.Masukkan air daun pandan ke dalam rice cooker. Masukkan baki air 2 cawan lagi tu bersama dengan santan. Boleh titiskan sedikit perwarna hijau supaya warna nasi lebih cantik. Boleh perasakan dengan garam secukup rasa.
4.Masukkan beras. Berserta dengan serai, halia & bawang. Last sekali masukkan minyak. Masak nasi seperti biasa dalam rice cooker sehingga masak.
Bahan Sambal Telur Puyuh :
20 biji telur burung puyuh
3 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih
15 – 20 tangkai cili kering gemuk
½ sudu makan asam jawa + 3 sudu makan air
Sedikit belacan (jika suka)
½ keping Gula nisan @ Gula kerek
Sedikit air jika perlu
Garam secukup rasa
Cara Masak Sambal :
1.Rebus telur puyuh. Kemudian, buang kulit. Goreng sekejap. Ketepikan/
2.Cili direbus sehingga lembut, kemudian kisar dengan sedikit air.
3.Blendkan bawang besar merah & bawang putih, pastikan blend dengan air yang sedikit.
4.Selepas siap semua bahan dikisar. Tumiskan cili & bawang dengan minyak yang secukupnya. Part ni jangan kedekut minyak semasa menumis sambal, barulah sambalnya cantik. Pastikan dimasak dengan api yang sederhana
5.Biarkan sambal masak, bila nampak sambal hampir nak pecah minyak. Masukkan gula nisan & belacan. Belacan tu jika tidak suka boleh skip sahaja, tak perlu letak.
6.Kemudian, biarkan sambal masak sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Untuk dapatkan sambal yang tahan lama & rasanya sedap, perlu dimasak lama dengan api yang kecil. Bila sambal siap boleh masukkan telur puyuh.
Bahan Ayam Goreng Crispy :
½ ekor ayam – potong mengikut size yang disukai
¼ sudu kecil serbuk bawang putih
½ sudu kecil serbuk kunyit
¼ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil tepung beras
½ sudu kecil tepung ubi kentang/tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
1 inci kunyit hidup
¼ inci halia
3 batang serai
Cara Masak Ayam Goreng Crispy :
1.Bahan yang ditumbuk kunyit, halia, serai ditumbuk menggunakan lesung sehingga lumat. Boleh masukkan sedikit garam semasa menumbuk supaya mudah lumat. Cik tie pernah guna blender tapi hasilnya lebih baik tumbuk guna lesung.
2.Di dalam mangkuk, letakkan ayam. Kemudian masukkan bahan tumbuk, berserta dengan serbuk bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3.Perap ayam selama 30 minit. Apabila nak goreng ayam tambahkan tepung beras & tepung ubi kentang. Jika tiada tepung ubi kentang gantikan dengan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Tujuan letak tepung supaya luar ayam jadi rangup dalamnya juicy.
4.Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam sehingga masak & garing cantik.
5.Siap nasi lemak, boleh hidangkan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng & timun. Baunya mmg wangi satu rumah. Happy cooking
Credit : khadijah jaafar
Santan Segera Kara
👉 https://shope.ee/8zVCeaDpvE
06 November
RESEPI SAMBAL NASI LEMAK
Bahan-bahan :
Bawang putih
Bawang merah
Cili kisar
Ikan bilis
Minyak masak
Pes asam jawa
2 biji Bawang besar dipotong nipis
Garam
Gula
Serbuk secukup rasa/pak aji
Cara-cara :
1.Sediakan kuali
2.Panaskan dlm 2 senduk minyak masak.
3.Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Angkat & toskan.
4.Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah)
Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat gari g. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
5.Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.
6.Kacau rata..masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak2 tak suka mkn bawang kan. Tapi bila buat mcmni tak nampak ader bawang. Biasa org berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak2.
7.Slowkan api. Kacau sambal sampai betul2 garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing.
8.Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
9.Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.
10.Selamat mencuba.
RESEPI NASI LEMAK
Beras
1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
Garam secukup rasa
Daun pandan
Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)
Cara-cara :
Cuci beras bersih2.
Masukkan santan mengikut sukatan beras yg nak dimasak. Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ader yg jenis kene lebih air. Ader jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari.
Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah.
Pastu sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dlm beras bila sukat paras air)
Masukkan garam. Kacau rata.
Daun pandan dicuci. Carik2 kan. Ikat.
Masukkan dlm periuk nasi.
Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kdg2 bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk & kecik2 kan api. Masak sehingga nasi betul2 masak.
Credit : Chek Kuna Ahmad
Cili Kering
👉 https://shope.ee/AUJnZ7gVKk
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
Sejak masa Rasulullah shallalahu alaihi wasallam diketahui bahwa dinar dan dirham telah menjadi bagian dari kehidupan muslim unt...
-
Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) atau Ujian Bakat untuk...