24 Mac

KESULTANAN JOHOR 1511-1824.


Negeri2 dan jajahan takluk Johor

Dari sebuah empayar yang luas, menguasai pulau-pulau sekitar Lingga, Batam dan Bintan (sekarang Provinsi Kepulauan Riau), menakluk Singapura dan separuh Semenanjung sampai kepulauan Natuna (sekarang termasuk dalam Provinsi Kepulauan Riau), meluaskan pemerintahan ke sebahagian kecil timur Sumatera, pernah menakluk Jambi (sekarang Provinsi Jambi) dan Aru (sekarang di Sumatera Utara), Johor kini hanya tinggal 10 buah daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat dan Ledang yang semuanya terletak di selatan tanah besar Semenanjung, kini berada dalam wilayah Malaysia.

Perhatikan, dari sekian banyak sultan yang memerintah, sebahagian besarnya mangkat dan dimakamkan di kawasan-kawasan yang kini berada dalam wilayah Indonesia.

Usaha-usaha untuk menjejak kembali kegemilangan dan kebesaran kerajaan Kesultanan Melayu Johor masih dilakukan, baik oleh kalangan kerabat mahupun kalangan peminat sejarah sendiri. Saya pernah terbaca dalam satu artikel yang menyebut bahawa, bahan-bahan sejarah kebesaran kerajaan Johor masih banyak belum dibongkar. Sayang sekali usaha mendapatkannya bukanlah satu tugas yang mudah kerana kawasan yang dulunya bersatu, kini terpisah ke menjadi tiga buah negara merdeka.

Di bawah ini saya senaraikan nama-nama Sultan dan Yang diPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor dari 1511 hingga 1824.

1. Sultan Mahmud Shah I (1511-1528)
Merupakan Sultan Melaka yang terakhir. Baginda meninggalkan Melaka setelah diserang Portugis lalu melarikan diri ke Pagoh, ke Pahang, dan Kepulauan Riau sebelum ke Kampar (sekarang dalam Provinsi Riau di daratan Sumatera, INDONESIA). Baginda mangkat di Kampar dikenali ssebagai "Marhum Kampar".

2. Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564)
Menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Johor ke-2 adalah Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda membuka Pekan Tua / Kota Kara (sekarang termasuk dalam daerah Kota Tinggi, Johor) pada 1529. Johor mengumpul kekuatan dan menyerang Portugis di Melaka pada 1535 dan 1539 sebelum berdamai. Pada tahun 1540, Baginda membuka Johor Lama (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana. Pada tahun 1564, Johor terlibat dalam peperangan mempertahankan Aru (sekarang dalam Provinsi Sumatera Utara, INDONESIA) dari ditawan kerajaan Acheh (sekarang Provinsi Acheh, INDONESIA). Sayangnya Johor kalah, Aru jatuh ke tangan Acheh dan Johor Lama turut musnah dibedil . Sultan Alauddin Riayat Shah II ditangkap, dibawa dan dibunuh di Acheh. Baginda digelar “Marhum Syahid di Acheh”.

3. Sultan Muzaffar Shah II (1564-1570)
Pusat pemerintahan berpindah ke Seluyut (dalam daerah Kota Tinggi sekarang) pada tahun 1565. Dendam kekalahan kepada Acheh diteruskan dengan menjalin kerjasama dengan Portugis. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".

4. Sultan Abd. Jalil Shah I (1570 - 1571)
Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak kepada Sultan Muzaffar Shah II. Baginda ditabalkan sebagai Sultan ketika berusia 8 tahun melalui wasiat. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan). Baginda dimakamkan di Seluyut.

5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570 / 71-1597)
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Tun Seri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) selama dua tahun. Pada tahun 1573, pemerintahan Johor berpindah sekali lagi ke Johor Lama. Waktu itu Johor mengambil sikap bersahabat dengan Acheh untuk bergabung melawan Portugis. Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi gagal. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Portugis dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke membedil Johor Lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah datang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".

6. Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615)
Sultan Alauddin Riayat Shah III (anakanda Sultan Ali Jalla Abdul Jalil) bersemayam di Batu Sawar. baginda mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Pada tahun 1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis. Hubungan baik Johor – Belanda - Portugis telah menimbulkan kemarahan Acheh yang sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama dengan Johor. Pada Jun 1613, Acheh menyerang Johor. Perang Acheh-Johor berlarutan selama dua bulan namun Johor tewas. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, para pembesar dan puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Ketika di Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah III meneruskan kembali hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini sekali lagi menimbulkan kemarahan Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap dan dibawa ke Acheh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III dihukum bunuh dan mangkat di Acheh.

7. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (1615-1623)
Sultan Acheh seterusnya melantik Sultan Abdullah Ma'ayat Shah sebagai Sultan Johor ke-7 yang bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Baginda memindahkan peperintahan ke Daik, Lingga. Ketika ini, Johor sekali lagi tidak mahu tunduk kepada Acheh dengan meminta bantuan Belanda. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Sultan Abdullah Ma’ayat Shah dan Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan dan Raja Bujang bersama-sama melarikan diri ke Pulau Tambelan (sebuah pulau tak jauh dari Kalimantan Barat tapi termasuk dalam Provinsi Kepulauan Riau, INDONESIA). Baginda mangkat di Pulau Tambelan dan disebut "Marhum Pulau Tambelan".

8. Sultan Abdul Jalil Shah III / Raja Bujang (1623-1677)
Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Pulau Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III. Baginda diangkat menjadi Sultan Johor ke-8 yang memerintah dari Pulau Tambelan. Pada tahun 1629, ancaman dari Kerajaan Acheh berkurangan setelah Acheh kalah diserang Portugis. Kekalahan itu menyebabkan Acheh hilang kuasa ke atas Pahang. Pahang kemudiannya menjadi jajahan takluk Kerajaan Johor yang baharu. Pada 14 Januari 1640, pakatan Johor-Belanda berjaya menghalau keluar Portugis dari Melaka. Malangnya kekuasan ke atas Melaka tidak jatuh ke tangan Johor Melaka sebaliknya menjadi negeri jajahan Belanda secara rasmi pada 1641. Sultan Abdul Jalil Shah III seterusnya memindahkan pusat pemerintahan Johor dari Pulau Tambelan ke Makam Tauhid (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) sebelum berpindah semula ke Batu Sawar pada bulan Oktober 1642. Pada tahun 1673, Johor berperangan dengan Jambi (sekarang Provinsi Jambi) yang mahu memerdekakan diri. Akibat peprangan itu, Sultan Johor melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang. Baginda juga dikenali sebagai 'Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar".

9. Sultan Ibrahim Shah (1677-1685)
Sultan Ibrahim Shah, anak kepada Marhum Mangkat di Pahang dilantik sebagai Sultan Johor yang ke-9 pada tahun 1677. Pada tahun 1678, Sultan Ibrahim Shah keluar dari Pahang dan cuba membangun semula Johor Lama tetapi gagal. Pemerintahan Johor akhirnya dipindahkan ke Pulau Riau (sekarang Pulau Bintan, dalam Provinsi Kepulauan Riau, INDONESIA). Pada tahun 1685, Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau dan disebut 'Marhum Bongsu".

10. Sultan Mahmud Shah II / Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (1685-1699)
Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Pusat pemerintahan berpindah lagi dari Pulau Riau ke petempatan baharu yang dibina di suatu tebing tinggi di Sungai Johor yang kemudian dinamakan Kota Tinggi. Kerana usia baginda yang masih kecil, urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Sultan Mahmud Shah II dikatakan seorang sultan yang zalim. Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan), seorang laksamana Kerajaan Johor yang berasal dari Bentan, (sekarang Pulau Bintan, Provinsi Kepulauan Riau, INDONESIA). Baginda dibunuh di atas julang dalam perjalanan ke masjid untuk bersembahyang Jumaat dan disebut "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

11. Sultan Abdul Jalil IV / Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil (1699-1720)
Bendahara paduka Tun Abdul Jalil ditabalkan sebagai Sultan Johor ke-11 kerana Sultan Mahmud Shah II tidak meninggalkan waris. Baginda digelar Sultan Abdul Jalil IV, sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan, baginda memindahkan pusat pemerintahan ke Panchor (sekarang dalam daerah Kota Tinggi) pada tahun 1700. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV memindahkan pusat pemerintahan Johor sekali lagi ke Pulau Riau dan kembali lagi ke Panchor 1716. Pada tahun 1717, Raja Kecil dari Siak (sekarang dalam Provinsi Riau) menyerang Johor demi menuntut tahta kerajaan dengan mengaku baginda adalah anak Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Raja Siak akhirnya berjaya merebut tahta pemerintahan dengan bantuan para pembesar Johor yang percaya baginda adalah waris Sultan Mahmud yang sah. Pada tahun 1719, cubaan merampas semula tahta Johor dilakukan oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman malangnya tidak berjaya. Sultan Abdul Jalil IV akhirnya melarikan diri hingga akhirnya dibunuh di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

12. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah / Raja Kecil / Yang Dipertuan Johor ( 1718-1722)
Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil berjaya menawan Panchor dan melantik dirinya sendiri sebagai Yang Dipertuan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Selepas menaiki tahta, Raja Kecil telah memindahkan pusat pentadbiran Johor sekali lagi ke Pulau Riau. Ketika itu, Raja Sulaiman, anak kepada Sultan Abdul Jalil IV dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil. Raja Sulaiman akhirnya berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya menghalau Raja Kecil balik ke Siak.

13. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah / Raja Sulaiman / Yang Dipertuan Besar (1722-1760)
Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar oleh Bugis 5 Saudara dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Baginda mengekalkan pusat pemerintahan di Riau (lokasi tepatnya di Tanjung Pinang, Bintan, Kepulauan Riau, INDONESIA). Dengan pemasyuran ini, tahta Kesultanan Johor jatuh semula ke tangan keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya melantik Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor-Riau pertama di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Seterusnya baginda menjalinkan hubungan dengan Belanda melalui Perjanjian 1754 & 1756 yang antara lain isinya memberi hak kepada Belanda memonopoli perdagangan timah di Linggi (sekarang dalam Negeri Sembilan), Kelang & Kuala Selangor (sekarang dalam Negeri Selangor). Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

14. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761)
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah di Kuala Selangor dilantik sebagai sultan Johor ke-14 menggantikan ayahandanya. Bagaimanapun, pemerintahan Baginda tidak lama, lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, Baginda mangkat serta-merta dipercayai diracun. Baginda mangkat di Kuala Selangor dan dimakamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.

-----------------------------------------------------------------

INI ADALAH MAKLUMAT MENGENAI RAJA AHMAD AL LINGGI

15. Sultan Ahmad Riayat Shah (1761)

Sultan Ahmad Riayat Shah dilantik menggantikan ayahandanya ketika berusia sembilan tahun. Baginda bersemayam di Kampung Bulang, Riau (sekarang di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, INDONESIA). Memandangkan usianya yang masih muda, kuasa pemerintahan Kerajaan Johor dipegang oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja (Yamtuan Muda ke-3). Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah".

-----------------------------------------------------------------------

16. Sultan Mahmud Shah III (1761-1812)
Selepas kemangkatan Sultan Ahmad Riayat Shah, Sultan Mahmud Shah anak kepada Sultan Abdul Jalil (Sultan Johor ke-12) ditabalkan menjadi Sultan Johor ke-16 dengan gelaran Sultan Mahmud Shah III. Ketika itu, baginda memindahkan pusat pemerintahan ke Daik, Lingga (sekarang dalam Provinsi Kepulauan Riau, INDONESIA) Ketika itu juga, pentadbiran kerajaan berpecah menjadi empat entiti iaitu Temenggung mentadbir Johor (dan Singapura), Yamtuan Muda di Riau, Bendahara di Pahang dan baginda sendiri sebagai Sultan memerintah di Lingga. Inilah permulaan istilah kerajaan Johor – Riau – Lingga dan Pahang yang dipakai sampai ke hari ini bagi merujuk sejarah Kesultanan Melayu yang muncul selepas Melaka - sebuah pemerintahan beraja yang terbentuk melalui gabungan 4 entiti berbeza di dalamnya. Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga pada tahun 1812 tanpa menamakan pewaris.

17. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1812-1819)
Mengikut adat raja-raja Melayu, anak sulung biasanya dinamakan sebagai pengganti sesudah sultan terdahulu mangkat. Malangnya adat ini diketepikan dalam perlantikan Sultan Johor yang ke 17. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah III, Yamtuan Muda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai sultan mengetepikan kekandanya Tengku Hussin. Perlantikan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah ini turut disokong kuat oleh Belanda untuk memudahkan mereka mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Bagaimanapun, kekuasan baginda ke atas Kerajaan Johor tidak lama dengan kehadiran British, kuasa terbaharu yang hadir di kepulauan Melayu.

18. Sultan Hussain Shah / Tengku Husin / Tengku Long / (1819-1835)
Campurtangan British memberi peluang kepada Tengku Husin menjadi Sultan Johor ke-18. Baginda memindahkan pusat pemerintahan dari Lingga ke Singapura. Sayangnya, sebelum sempat tiba di Singapura, British melalui wakilnya, Raffles telah lebih dahulu menjalinkan hubungan dengan Temenggung untuk mendapatkan kebenaran membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura. Permainan Inggeris dan Belanda menjadi satu sejarah buruk dalam kerajaan Johor. Kedua-dua Sultan Abdul Rahman dan Sultan Hussain yang menjadi Sultan Johor ke-17 dan 18 diperlakukan tak ubah bagai boneka mainan kedua-dua kuasa kafir tersebut. Kemuncaknya, pada 18 Mac 1824 telah termeterai satu perjanjian antara Inggeris dengan Belanda. Satu perjanjian yang membawa kepada kemusnahan salah satu Kerajaan Melayu selama lebih 300 tahun.

Perpecahan Kerajaan Johor ini menandakan musnahnya salah sebuah empayar Melayu yang hebat selain Acheh dan Patani yang pernah muncul selepas kejatuhan Melaka. Sejak perjanjian itu, Johor kehilangan kuasa ke atas Riau dan Lingga selain kehilangan Pahang yang mengistiharkan merdeka. Johor turut kehilangan Singapura setelah berlaku satu lagi perjanjian dengan Inggeris pada 2 Ogos 1824. Perjanjian itu antara lain menyerahkan kedaulatan Singapura dan pulau-pulau sekitarnya kepada Inggeris.

Sumber Rajaahmad.blogspot.

NOSTALGIA MG TELIPOT - KE PUSAT BANDAR KUALA TERENGGANU


Pagi tadi Lanbayu minum pagi di sebuah kedai lama, di Seberang Takir hujung dekat pengkalan bot penambang. Bangunan kayu beratap bata lama...
2. Sebenarnya di kawasan ini tempat bersejarah penuh kenangan bagi kami orang Mengabang Telipot sekitar 1970an dan 1980an, kerana kami selalu naik bas (dikenali bas Company) dan pemandu yang paling sinonim ialah bernama Tokor (Cina Mengabang Telipot)
 Dari sini selepas turun dari bas kami akan menaiki bot penambang pula untuk ke pusat bandar Kuala Terengganu, khususnya Pengkalan penambang Pasar Kedai Payang di sebelah seberang sana.
 Kalau bot penambang penuh (ramai orang) kami rehat dulu di bawah pokok bidara. Pokok bidara tu masih ada..selalu kambing berkeliaran makan daun bidara itu..tapi jangan alpa, barang barang kita pun dia makan jugak, hatta kertas sekalipun (itu cerita benar bukan rekaan).
3. Keseronokan naik bas henti henti merah kuning itu tetap.menjadi kenangan ramai dari kalangan generasi seangkatan kami. Nak turun awal awal dah 'standby' nak tekan loceng supaya pemandu, khususnya Tokor berhenti pada tepat yang kita mahu..silap silap acap kali tekan loceng, Tokor marah, dia akan tekan brek hingga kita boleh terhoyong hayang dalam bas...sekadar kenangan kisah lucu...Tokor pun dah jadi mendiang.
  Pergi ke bandar kadang kadang beli buku kedai Abdullah Al Yunani..lepak lepak stesen bas..ada juga yang tengok wayang gambar atau menonton bola.di stadium...atau berpeleser di Kuala Terengganu Supermarket ..ada satu je peringkat awal..selepas itu adalah tambah Bumi Supermarket..ada yang minat jurujual comel.molek,.bercinta dan.akhirnya ke jinjang pelamin pun daa...kini dah bercucu daaa
Yang berduit beli kedai Bian..
makan rojak ceranang atau kerpok rebus kedai Mek Awang dsb..atau ke Taman Selera Tanjung , Restoran Norhayati (rojak ayam.sedap)...lepas.tu ada Restoran bamboo room bawa teman (kekasih)...Zainuddin Tomyam..itu satu satu kedai Tonyam zaman dulu..atau mee sup orang Kemboja..sekarang wanita kemboja tu masih ada jual di pasar Payang baru.

 Biasa memakan masa sejam juga bas dari Mg Telipot ke Pengakalan Bot Penambang S Takir. Kereta teksi pun banyak tapi kita mampu naik bas aja..sesekali naik kereta sapu kalau tertinggal bas.
 Bayangkan emak Lanbayu kata zaman dia remaja dulu (tahun 40an/50an) hanya berjalan kaki melalui pantai dari Mg Telipot ke Seberang Takir kalau hendak ke bandar K.Terengganu. Selepas ini naik perahu , Seberang sungai ke pasar Kedai Payang..belum ada bot berinjin lagi..
  Selepas akhir
 1960an barulah ada bot penambang (berinjin)..injin Yammar... macam bot nelayan..bunyinya bagai menghiburkan penumpang...

 4. Bot penambang dulu dulu banyak hampir 100 buah sebab ramai penumpang..bot berhimpit-himpit/bersesakan. Pernah kawan sekolah Lanbayu masa sekolah rendah awal 1970an..arwah Mansor Awang (Kg Banggol Mg Telipot) tersepit jari kerana letak tangan di luar bot penambang apabila bergesel dengan bot lain;. kadang kadang sudah bergerak ke depan undur balik..ambil penumpang...dulu dululah..
5. Ada juga alternatif lain untuk ke bandar melalui jalan atas (Manir) tapi tambangnya lebih mahal, tak silap 60 sen sehala..kalau ikut Seberang Takir hanya 20 sen sehala, naik bot penambang 10 atau 20 sen sahaja.
 Jambatan Manir siap dibina tahun 1965 merentasi Sungai Terengganu, Manir- Pulau Rusa. Sebelumnya orang sebelah Manir dan sekitarnya naik bot penambang juga ke pusat bandar Kuala Terengganu.
 Sebelum 1965  bagi orang sebelah Utara Kuala Terengganu..jalanraya hanya sampai ke Bukit Datu..di Bukit Datu ada bot penambang dan feri ke.Losong. Jadi kenderaan dari Besut dan Kelantan hendak ke selatan terpaksa melalui feri Bukit Datu - Losong. Lanbayu tak sempat merasainya, tetapi sedikit sebanyak tahu akan sejarahnya.
 Katanya, Pengkalan Losong Feri (Selatan) dan Pengkalan Bukit Datu (Utara) amat meriah zaman dulu.

(Jom singgah di Lanbayu Seafood, Stemboat & Westernfood ...murah murah aja..wsap Lanbayu 013 581 1561)
 6. Dulu tidak ramai yang mampu memiliki kereta, motosikal juga dikira mewah dah. Kebanyakan naik basikal. Pernah ada pelajar zaman dahulu yang bersekolah di bandar menaiki basikal dari Mengabang Telipot. Sama ada melalui Manir, Seberang Takir atau Bukit Datu.
 Tetapi ramai juga yang berjaya dalam hidup dan kerjaya.
 7. Era 1990 bermulalah perhubungan baru Utara - Selatan Kuala Terengganu, bila siap dan wujudnya jambatan Sultan Mahmud atau Jambatan Pulau Duyong.

Dari Utara (seperti Batu Rakit, Maras dsb) untuk ke bandar sudah tidak terasa jauh lagi..segalanya amat mudah.

8. Kini jambatan  Telok Pasu- Pulau Sekati Sekati terus ke Losong dan Paloh, Jambatan Angkat (drawbridge)  S Takir terus hubungkan pusat bandar.. seperti sudah tiada pemisah lagi...dalam masa hanya beberapa minit dengan kereta atau motosikal sendiri sampai ke bandar.   Kampung kita sudah menjadi sebahagian dari bandar kini.

9. Biarpun bot penambang sudah kian hilang penumpang...namun kenangan tetap hidup.

 10. Bersyukur kepada Allah atas segala kesenangan dan kemudahan..dan hargailah!

 12. Nyatakanlah, ceritakanlah kenangan anda, ayah emak atau abang/kakak kalian tentang kisah yang Lanbayu coretkan kali ini.
   Atau jom jumpa dan.kenali Lanbayu cerita.ceritakan..di Lanbayu 1  di pulau Duyong..steamboat RM35 untuk 3- 4 orang makan...bbq atas meja..aneka celup tepung , ikan bakar dsb.
 atau:   di Lanbayu 2 Jalan Tok Jembal Golf..Cafee Hadami Resthouse..nikmati ciken cop Rm5...masakan ala hotel..harga taraf warong..chef Puteri AnisGanu Ruslan..lulusan kulinari Kolej SM.

Mat Kilau (1847-1970)


Keberanian sebagai pahlawan terbilang sentiasa diingati hingga ke hari ini. Mat Kilau dikenali sebagai seorang pejuang yang tidak gentar menentang penjajah di Pahang. Beliau turut sama membantu pejuang-pejuang di Kelantan dan Terengganu dalam usaha membebaskan negeri itu dari cengkaman penjajah. Tokoh perwira Melayu yang berasal dari Mukim Pulau Tawar, Jerantut Pahang ini bangkit untuk menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 hingga menjadi buruan kemudian menghilangkan diri dan muncul semula pada tahun 1970 ketika usia 122 tahun. 

Jiwa perjuangannya tidak pernah luntur terutama memikirkan bagaimana kuasa asing yang jauh boleh datang menguasai negeri. Ketika peperangan Semantan meletus, beberapa Pembesar Pahang ditangkap dan dihukum, walaubagaimanapun, Mat Kilau terselamat bersama rakan-rakannya dan berundur ke Hulu Kelantan untuk mendapatkan pelindungan. Kemudian, beliau ke Kuala Berang, Hulu Terengganu kerana mendapat sokongan daripada ulama Terengganu yang terkenal iaitu Tokku Paloh dan Hj Abdul Rahman Limbong. Di sana, Mat Kilau belajar ilmu agama daripada Tokku Paloh.

Mat Kilau sangat mahir dengan gerak geri silat Melayu dan jalan denai di hutan yang bersempadan antara tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Malahan jalan denai yang dirintis Mat Kilau menjadi laluan pencari kayu gaharu hingga ke hari ini. Beliau memang bijak dan mahir selok-belok hutan, malahan mempunyai ilmu firasat yang cukup tinggi.

 Antara jalan denai yang dilalui Mat Kilau ialah dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang, Kelantan. Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelak diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan beliau menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dilabel sebagai penderhaka. Pada 14 Jun 1894, beliau bersama pahlawan Melayu Pahang yang lain seperti Tok Gajah, Dato' Bahaman, Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi dan Mat Lela berjaya menawan kubu Inggeris di Jeram Ampai.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris, The Free Press yang diterbitkan di Singapura, menyatakan bahawa Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dilaporkan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bahru disebabkan kehilangan darah yang banyak. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu tersebut. Namun apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Dermali, Raja Ibrahim(Pak Him) dan Mat Kelantan.

Disebabkan Mat Kilau dilabel sebagai 'Penderhaka' dan disahkan mati oleh Inggeris, beliau mengasingkan diri dan bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan akhirnya menggunakan nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada waktu itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad Bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Atas daya usaha anaknya Omar, pahlawan Melayu itu dibawa pulang ke kampung asalnya, Kampung Masjid,Pulau Tawar.

Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Beliau akhirnya disahkan sebagai Mat Kilau pada 6 Ogos 1970 oleh Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd Seh. Empat hari kemudian, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur.

Alfatihah untuk perjuangan orang Melayu dahulu.

23 Mac

Pok Khalid penjual makanan pagi..di Mengabang Telipot

Pagi ini Lanbayu bawakan coretan Pok Khalid penjual makanan pagi..di Mengabang Telipot

 Lanbayu memulakan dengan suatu cabaran..Apakah orang orang muda tidak sanggup melakukannya sedangkan ia adalah usaha yang banyak memperolehi pendapatan lumayan..malu? Pendapatan beratus ratus ringgit sehari, tanpa modal tetapi perolehi keuntungan..
 hendak malu apa Buangkan sifat itu kerana ia adalah kerja yang halal.

 2.Demikian Pok Kholid atau Khalid bin Jaafar seorang penjual makanan pagi yang tersohor di Mengabang Telipot.
3. Tempat jualan utamanya ialah di depan Masjid Jamek Mengabang Telipot, tetapi beliau mempunyai motosikal roda tiga untuk bergerak ke mana mana jika perlu.
4. Seawal pagi (cerah cerah tanah, istilah orang kampung) sudah ada Khalid yang berusia 61 tahun di situ menunggu pelanggan dengan pelbagai jenis nasi, mee goreng berbagai kuih muih. Pelanggannya  dari pelbagai lapisan, kakitangan kerajaan, nelayan, pelajar sekolah dan penduduk sekitar Mengabang Telipot yang luas itu.

5. Semuanya dalam bungkusan untuk dibawa pulang selepas membelinya, bukan untuk makan di situ.
 Atau di makan di mana mana tempat atau menjadi bekalan ke tempat kerja, sekolah dan sebagainya.
6. Puluhan aneka makanan pagi itu bukannya dihasilkan oleh Khalid, tetapi dia sebagai penjual atau pengedar makanan beraneka itu sahaja..

 Dan sebagaimana coretan Lanbayu yang lalu memanglah kawasan sekitar itu Kg Tengah, Tanjung Gelam, Kolam, Banggol dan sekitarnya adalah tempatan pembuatan berbagai makanan sejak turun- temurun lagi.

JOM makan makan bersama iringan bayu segar di malam damai di Lanbayu Seafood Pulau Duyong....pekena steambot (RM35 untuk 4 orang makan) beh bbq di hanya meja sendiri, ikan bakar, celup tepung dan tomyam poktek serta pelbagai masakan panas..wsap Lanbayu deh kalau nok mari & jumpa  013.581 1561)

7. Harga harga dari 50 sen, RM1 hinggalah kepada RM2, RM2.50 , RM3 mengikut jenis dan jumlah bungkusan itu. Pagi semalam (kelmarin pada sebutan orang Terengganu)  Lanbayu beli nasi minyak gulai ayam, hanya RM2.50 sebungkus.
 
8. "Kita jual tidak mahal, orang akan ramai beli kalau harga lebih murah, kita ambil untung tidak banyak tetapi kita dapat jual dengan jumlah yang banyak" itu kata Khalid ketika ditanya berkaitan usahanya itu yang dijalankan hampir 30 tahun lalu (sejak tahun 1990an).

9. Dulu, dia bermula dengan ikan kering, bilis , produk laut dalam bentuk kering dan bahan bahan jualan seperti itu dijaja tetapi sekarang diteruskan lagi jualan itu selain jualan makanan, beritahu Khalid yang berasal dari Kg Kolam, Mengabang Telipot.

10. Menurutnya , jumlah jualan hariannya mencapai RM2,000, malah kadang kadang RM3, 000 hanya dalam masa beberapa jam sahaja.

11. Makanan itu juga diedar ke kedai kedai kopi sekitar, bermakna jualannya tidak mengenal  perkataan 'tidak habis' semua habis dijual.

12. Pastilah dengan jumlah jualan itu dia mendapat bahagiannya tidak kurang antara RM200 hingga RM300 dalam masa beberapa jam.

13. Ditambah lagi jualan itu juga dibawa ke tempat tempat keramaian di sebelah tengahari..seperti di klinik dan lain lain, sebab itu pendapatannya semakin bertambah.

14. Khalid juga seorang pemurah, kadang kadang bila dah banyak dapat dijual dia beri makanan itu percuma kepada kenalan atau orang yang memerlukan.

15. Ditanya apakah kerjaya sebelum ini, beliau berkata sudah pasti 'kelaut' yakni nelayan "Saya merantau sampai Rompin , Mersing dulu untuk kelaut' beritahu Khalid jujur.

 16.Lanbayu masih ingat arwah emak Khalid bernama Maimun seorang pembuat nasi lemak yang enak di hantar ke kedai kedai makanm

17. Mungkin itu juga menjadi inspirasi kepada.Khalid untuk menjual makanan sepertimana sekarang.

18. Semoga Khalid terus sihat sentiasa diberkati oleh Allah dalam menjalankan usaha halal dan menguntungkan itu.

19. Khalid kenalan lama Lanbayu kerana rumah emaknya dulu sebelah rumah emak saudara Lanbayu iaitu Mokcik Mek Pok Nik.

20. Dan emak ayahnya (Jaafar dan Maimun) lebih dikenali 'Maimun Jaafar' amat peramah dan suka membantu bila ada kenduri kendara.
 Semoga roh arwah ibubapa Khalid dalam rahmat Allah jua.

  
( Jumpa.Lanbayu malam ini di Lanbayu 2  WesternFood..Jalan Gong Badak.- Tok Jembal Golf Cafe Resthouse Hadami ..Sepetir Rendang nama tempat itu. Bersama Chef anakanda Lanbayu, Puteri Nuranis Shabila lulusan Kulinari Kolej SM ...sekali makan pasti nak lagi...makanan taraf hotel,.tetapi harga warong
  Atau jumpa di Lanbayu 1, Seafood di Pulau Duyong nan indah nyaman..wsap.sepatah ke Lanbayu 013 581 1561.)

 Buka 5 petang - 12 malam.

TINGGALAN WARISAN BELANDA DI SEMENANJUNG MALAYSIA


Sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani di London, United Kingdom,, terdapat beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu pernah menjadi kawasan penempatan dan loji Kompeni Hindia Timur Belanda (VOC) sebelum ianya dimusnahkan oleh para pejuang Melayu atau diserahkan kepada Inggeris. Antaranya ialah :

1. Kota Melaka (1641-1824) di Negeri Melaka yang diperoleh oleh VOC selepas berjaya merampasnya daripada Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor-Riau pada tahun 1641. Kota Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada Inggeris sebagai tukaran Koloni Inggeris di Bencoolen (Bangkahulu) yang diserahkan oleh Inggeris kepada Belanda selaras dengan persetujuan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
2. Kota Belanda di Pulau Pangkor yang terletak di dalam Daerah Manjung di Negeri Perak yang dibina pada tahun 1670 tetapi telah dimusnahkan oleh pejuang Melayu Perak yang diketuai oleh Panglima Kulop Ali. Serangan ini dilakukan akibat perasaan tidak puashati dalam kalangan bangsawan Melayu Perak dengan tindakan monopoli dagangan bijih timah di Kuala Sungai Perak oleh Kompeni Hindia Timur Belanda.

3. Pengkalan Halban (1747-1795 yang terletak di dalam Daerah Hilir Perak di Negeri Perak yang dijadikan sebagai loji pengumpulan hasil bijih timah di Kuala Sungai Perak melalui perjanjian yang dipersetujui antara Sultan Muzaffar III daripada Kesultanan Melayu Perak dan pihak VOC. Penempatan dan loji ini telah dirampas oleh Inggeris yang diketuai oleh Lord Camelford dan Leftenan Macalister serta tentera Inggeris daripada Tentera Laut Diraja Inggeris (Royal Navy). Pada tahun 1880, Supritendan (Penguasa) British Hilir Perak telah mengarahkan supaya kubu tersebut dimusnahkan dan besi serta batu bata dari kubu tersebut digunakan untuk tujuan pembinaan Telok Anson Town yang mana hari ini cukup dikenali dengan Pekan Teluk Intan.
4. Kota Melawati yang terletak di Kuala Selangor, Negeri Selangor. Kota Melawati ini diduduki oleh Belanda dan dijadikan sebagai penempatan dan loji VOC di Selangor. Sultan Selangor kedua iaitu Sultan Ibrahim anak kepada Sultan Selangor pertama iaitu Raja Lumu yang merupakan adik kepada Raja Haji Fisabilillah iaitu Yam Tuan Muda Riau telah bertindak menyerang Kota Melawati dan merampasnya daripada Belanda dengan bantuan orang-orang Melayu Pahang sebagai tindakan membalas dendam dan menuntut bela akan kesyahidan Raja Haji yang dibunuh oleh tentera Belanda di Teluk Ketapang, Melaka. Kota ini jatuh ke tangan Sultan Selangor pada tahun 1784.

Hutang kerajaan akan naik hampir RM300 bilion selepas PRU14 ke RM975 bilion pada akhir tahun 2021.

Ada yang masih keliru dengan penjelasan Menteri Kewangan PN petang tadi.

Apa yang dia kata ialah:

(1) Bahagian atas dan sebelah kiri. Kotak HIJAU dalam gambar.
- Hutang statutori yang merupakan pinjaman tempatan bon kerajaan tidak melanggar had statutori nisbah hutang 60%.

(2) Bahagian sebelah kanan. Kotak OREN dalam gambar.
- Pinjaman luar negara (hutang asing) tidak melebihi had RM35 bilion bagi pinjaman asing manakala  Bil Perbendaharaan Malaysia. juga tak melebihi had RM10 bilion bagi Bil Perbendaharaan Malaysia. 

(3) bahagian bawah sekali. Kotak MERAH dalam gambar.
- Nisbah KESELURUHAN hutang kerajaan barulah cecah 60% (iaitu 62.2% pada akhir tahun 2020) JIKA digabungkan (1) pinjaman tempatan bon kerajaan dan (2) pinjaman luar negara dan Bil Perbendaharaan Malaysia. ⠀

Jadi, nisbah keseluruhan hutang kerajaan memang sudah naik ke 62.2% pada akhir tahun 2020 (iaitu cecah 60%) berbanding 48.7% suku-1 tahun 2018 sebelum PRU14 - seperti dalam diagram Menteri Kewangan PN.

Sebab itu, kerajaan tak perlu usul kenaikan had hutang sekali lagi dalam parlimen seperti apa yang dibulan Ogos lalu apabila had hutang telah dinaikkan dari 55% ke 60%. 

Nisbah keseluruhan hutang negara juga dirancang kerajaan PH untuk naik ke 64.5% pada akhir tahun 2021 apabila jumlah hutangk kerajaan naik ke RM975 bilion - itupun JIKA unjuran kerajaan PN untuk pertumbuhan KDNK yang amat optimistik sebanyak 7.5% dapat dicapai.

Hutang kerajaan pada akhir tahun 2017 ialah RM687 bilion - bermakna, hutang kerajaan akan naik hampir RM300 bilion selepas PRU14 ke RM975 bilion pada akhir tahun 2021.
https://www.facebook.com/102339531415802/posts/279899350326485/

Sumber Facebook Page:
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Hari ini, negara UAE umum pelaburan US$10 bilion (RM41 bilion) kepada Indonesia.

Ini selepas pelaburan terdahulu bernilai RM93.5 bilion dari UAE ke Indonesia pada bulan Januari tahun 2020 lepas.

Jumlah RM134.5 bilion dilabur UAE ke Indonesia tetapi tiada satu sen pun dilabur oleh UAE ke Malaysia sejak PRU14.

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi, UAE.

Dari tahun 2015 hingga 2017, saya telah membuat dua perjanjian penyelesaian dengan Abu Dhabi untuk mendapat kembali dana dari mereka tanpa menuduh secara terbuka bahawa pihak-pihak mereka telah mengelapkan dana 1MDB demi menjaga hubungan antara kedua negara kita. 

Perjanjian penyelesaian muktamad pada tahun 2017 yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.

Kalau niat utama kerajaan PH dahulu adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.

Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali segala yang didakwa hilang.

DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.

Tetapi niat kerajaan PH dahulu berlainan.

Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.

Jadi, saya agak kecewa bahawa perjanjian penyelesaian ini tidak diteruskan oleh kerajaan PN walaupun Sarawak Report turut membuat spekulasi apabila PM8 melawat UAE pada bulan lepas bahawa kerajaan PN akan menyelesaikan dengan IPIC dengan menerima bayaran yang murah dari UAE.

"8 Feb 2021: Abu Dhabi Cheap Settlement Looks Imminent To Get Royals Off The Hook"
https://www.sarawakreport.org/2021/02/abu-dhabi-cheap-settlement-looks-imminent-to-get-royals-off-the-hook/

(Ini juga kali pertama Sarawak Report mengaku bahawa wujudnya perjanjian penyelesaian ini dan Najib cuba mendapat kembali dana yang didakwa hilang dari 1MDB)

Paling pelik pula ialah geng-geng PH juga tak tertanya-tanya juga kenapa perjanjian penyelesaian dengan UAE ini tidak diteruskan.)

PH tak mahu sebut pun perjanjian penyelesaian ini sebab ianya bercanggah dengan propaganda PH terhadap saya.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu batalkan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi itu walaupun ianya bermakna negara akan rugi.

Sebab itu juga, kerajaan PH rela untuk saman kerajaan Abu Dhabi di London berhubung dengan dana 1MDB itu dan sanggup merosakkan hubungan antara dua negera itu.

Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.

Jika perjanjian batal dan kita saman IPIC maka dana itu pun diklasifikasikan sebagai dana hilang dan haram.

Malah SPRM di bawah kerajaan PH lebih rela untuk membongkarkan rakaman perbualan telefon peribadi saya dengan putera Abu Dhabi apabila kita berdua cuba menyelesaikan masalah 1MDB-IPIC.

Sebab itu juga, kerajaan Abu Dhabi lebih rela untuk melabur RM134.5 bilion dengan negara jiran Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.

Dan kerana itu juga, Guan Eng tak pernah berani untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC.

Kerana apabila didedahkan, klausa untuk mendapat kembali semua dana yang dihilang sebelum akhir tahun ini akan terdedah kepada Rakyat.

Dan dengan itu, Najib bukan lagi perompak dan penyamun dana 1MDB.

Itu tak boleh!

Sebab itu, kerajaan PH sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.

Sebab itu, kerajaan PH sanggup rosakkan hubungan antara Abu Dhabi dengan Malaysia sehingga Abu Dhabi melabur RM133.5 bilion di Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.

Negara kerugian besar tak apa.

Asalkan propaganda bahawa Najib adalah perompak dan penyamun 1MDB boleh diteruskan oleh PH.

(Tonton video 11 Nov 2018 ini apabila saya tanya tentang perjanjian itu. Tak seorang dari PH pun berani sangkal saya. Semua terdiam - termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada dalam dewan.: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/420165068519453/ )

Sumber Facebook Page:
Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak