24 Oktober

RESEPI LAKSA JOHOR


Bahan-bahan :
2 bungkus spaghetti
Rebus ltk sedikit garam Dan minyak.
Ambil berapa urat spaghetti pegang bhgn tgh Dan pusing menjadi no 8 Di ats pinggan.

Bahan untuk Kuah laksa :
2 biji bwg besar
6 biji bwg merah
6 biji bwg putih
2 batang serai
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit
(Blend semua bhn di ats)
4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering)
4 sudu besar rempah Kari ikan
4 sudu besar kerisik
2 cwn santan
4 Asam keping
5 -6 ketul ikan tenggiri
5-6 ekor Udang basah
1 cwn Udang kering (blend)
2 keping Ikan masin kurau (blend)
Bunga Kantan ( X ltk pon X apa)
Daun kesum

Rebus buang tulang dan blender isi ikan guna air rebusan.Tulang ikan blend asing dan tapis ambil airnya buat kuah.

Cara-cara :
1.Tumis bahan kisar  hingga keluar minyak.
2.Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
3.Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
4.Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5.Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
6.Masukkan garam dan gula perang/melaka.

Bahan hiasan :
Timun
Kacang panjang
Taugeh
Bunga kantan 
Bawang besar
Limau kasturi
Sambal belacan
Lobak masin

Credit : Nur Masri

Kuah Laksa Johor
👉https://shope.ee/2faawAS6MK

21 Oktober

GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM


Bahan sup :

300ml air

500ml susu segar

1-2 kiub ayam

1/2 st daun parsley

1/2 st serbuk lada hitam

1/2 st garam

1/2 cawan tepung gandum

1/2 sb mentega

1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)

sedikit serbuk perasa

1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.

3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.

4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.

5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.

Garlic Bread

Bahan roti :

Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)

2 sudu besar mentega

Secubit daun parsley

1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus

1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan.

Kredit resepi foto : Yatie Yusof

Sup Mushroom Segera
👉 https://shope.ee/1fhyNdDfub

20 Oktober

RESEPI LAKSA PENANG


Bahan-bahan kuah
Ikan kembung 2 kilo (rebus guna periuk tekanan 1 jam)

Bahan-bahan kisar

6 biji bawang besar
Belacan seinci
Cili kering anggaran satu genggam (gunting dan rebus)
Ikan bilis segenggam( untuk kuah yang kick)

Bahan-bahan perasa
Daun kesum 2 genggam
5 kuntum bunga kantan
6keping asam keping

Kaedah

Kisar ikan yang telah direbus dengan periuk tekanan. ( ikan akan hancur keseluruhannya, jadi tidak perlu asingkan tulang dan isi).
Masukkan dalam periuk bersama air rebusan tadi.
Kemudian tambahkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masukkan bahan-bahan perasa lain.

Rebus semua bahan hingga mengelegak, tambah air agar ia lebih cair untuk dibuat kuah.
Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Bahan-bahan laksa

Sebungkus laksa kering (rebus hingga empuk)
Atau guna sebungkus laksa basah (celur dahulu sebelum makan)
Bahan-bahan ulam dan lauk sampingan (anggaran mengikut jumlah tetamu)

Daun salad iceberg (basuh dan hiris )
Timun sebatang (kupas kulit dan potong cincang)
Bawang besar (hiris halus:
Cili api (potong bulat dan kecil)
Limau kasturi (belah dua)

Telur rebus (kopek dan belah dua)
Cara-cara menyediakan laksa.
Letakkan laksa yang sedia direbus dan ditos tadi didalam pinggan pilihan anda.

Tambahkan kuah laksa yang telah siap dimasak.
Hiasi dengan bahan-bahan ulam dan lauk sampingan tadi.
Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba
Mai olah mengikut citarasa

Asam Laksa Mee
👉 https://shope.ee/8zUXCqqtFZ

15 Oktober

RESEPI ROTI JALA KARI AYAM


2 cawan tpg gandum*
2 cawan santan cair*
1 sudu teh garam*
1 biji telor*
2 sudu besar minyak masak*

caranya
sebatikan semua bahan di atas* guna blender...
jika nak 1 warna campur skali masa kisar tu tp kalau nak jadikan 2 warna iaitu kuning dan oren..lps sebatikan campuran tepung tu... bahagikan 2 bahagian dan warnakan serta kacau hingga semuanya sebati

Panaskan non stick pan...sapu pan anda guna tisu yang diisi dengan sedikit minyak...menggunakan acuan roti jala masukkan bancuhan tepung dlm acuan

jarak antara 2 cm dr muncung acuan dengan permukaan pan..layang2 kan/kirai acuan atas non stick pan
guna api sederhana... nampak dah kering dlm 1 minit..angkat dan gulung....buat sampai habis

** jika batter (adunan) ni agak pekat n payah nak kluar dr muncung acuan tambah sikit air pada adunan..kalau luncur laju keluar tu tak payah tambah2 air lagi ye..

Kari ayam
2 biji bawang besar (sederhana je ye)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 mangkuk santan pekat
3 sudu serbuk kari ayam (babas)*
1 @ 2 sudu lada kisar*
1 kiub stok ayam (terpulang nak isi atau tidak)
air secukupnya
garam
ajinomoto (jika mau)
gula sedikit
air asam jawa sikit je

isi ayam dipotong dadu
kacang panjang dipotong lbh kurang 1 inci panjang
lobak dipotong lebih kurang 1 inci panjang
kentang dipotong 1 inci panjang

caranya
kisar bahan bertanda * dan campurkan bahan kisar dgn serbuk kari dan lada kisar
tumis bahan ini dengan 3 sudu minyak..tumis hingga pecah minyak ye..(lama sikit la tp hasilnya cantik )

masukkan sedikit air je...dlm 1 cawan air...masukkan potongan ayam biar masak baru masukkan santan pekat... nampak mendidih baru masukkan sayur2 tadi dan masukkan garam, gula, aji jika perlu dan sedikit asam jawa..rasa ye..tutup api

Kredit to owner

Acuan Roti Jala 5 Lubang
👉 https://shope.ee/89vJU14nS4

14 Oktober

RESEPI KUEWTIAU SUP FISHBALL


Bahan-bahan
1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang
1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan.
1 pek kecil fishball dibelah dua.
1 pek kecil fishcake - dihiris nipis.

Cara nak buat dia:

1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.

2. Ehhh dah siap dah.

Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih.

Minyak bawang putih:

Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap.

Cili Kicap:

Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka. Perah sedikit limau.

Siap.

Hidangkanlah kuewtiau tadi bersama si ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, ihirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.

Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa.

Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.

Fishball Putih
👉 https://shope.ee/5AHfVorerp

12 Oktober

REMPEYEK RANGUP


1 ulas bawang putih*
1 biji buah keras*
1/2 sudu besar biji ketumbar*
1/2 sudu besar jintan manis*
1/2 sudu besar jintan putih*
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji telur
1 sudu besar air kapur
330ml santan cair
500 gram minyak masak
Ikan bilis
Kacang tanah

1. Tumbuk bahan yang bertanda* sehingga lumat, ketepikan.

2. Di dalam mangkuk masukkan tepung beras bersama bahan tumbuk tadi, garam, serbuk perasa, telur, air kapur gaulkan.

3. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati.

4. Panaskan minyak, sambil itu boleh panaskan acuan rempeyek di dalam minyak selama 5 minit.

5. Selepas acuan dah panas tuang adunan ke dalam acuan (jangan terlalu banyak sangat) letakkan ikan bilis dan kacang tanah.

6. Goreng sehingga keperangan dengan menggunakan api yang sederhana.

7. Angkat toskan minyak biarkan rempeyek sedikit sejuk, barulah simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi & foto : Samsiah Hj Mat Ali

Rempeyek Kacang Tanah
👉 https://shp.ee/eiwmxz5

PIZZA MINI HOMEMADE


Bahan doh :
250ml cawan air suam
1 paket yis mauripan
1 sudu teh gula
1 sudu teh susu pekat manis
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 cawan marjerin

1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk yang lain masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk, gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti.

3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit.

4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggunakan kain atau plastic dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.

Bahan topping pizza :
Tomato puri
Sayur campur
Sosej
Keju cheddar atau mozarella
Sos cili
Mayonis

1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut citarasa memasing.

3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190°c selama 20 minit atau hingga masak. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar memasing.

Resepi & foto : Natasha Jeffrey

Pizza Base
👉 https://shope.ee/VVneXEy2s